OuR JoUrNey~~

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 29, 2010

Today Is Thinking Day...

Isi kandungan adalah kompilasi kali ini.Bermula dgn agenda di lab.Dr.Zaf call td gtau total kos seq DNA sy cecah rm50k if sy mntnkan 1000 sample.1000 sample means 2000 reactions la kan.Sila abaikan jika tidak memahami.Erk,i'm so sure geran xcukup.Belom masok kos purification yg mencecah rm9k.Huk2.Batok lagi.So decisionnya,buat population malay sj,xpyh proceed chinese n indian.Means dah tinggal 200 samples x 3 locus=600 sample.600 sample=1200 reaction..total cost rm22k comci comca (comci comca=lebih kurang en francais,tiba2 teringat bahasa perancis yg dah lama ditinggalkan,gedik!)Kalo harga ni geran can afford rasanya.So keja sy dh jadi kurang,tp sampai skang dok pk ni gud news ka bad news??Good news kot...amin2..huhu.Whatever,cukup bulan ni sy nak angkut barang balik penang.Mesti writing di rumah baru,suasana baru.Mesti2.Pkl 3 lbeh sy lapar thp gaban dah w'pon pagi dah nasi lemak serta roti berintikan hotdog..xcampo lagi kueh2 raya yg sentiasa di depan mata.Lapar nasi kerabu.Puas pusing cari.Kat pasar malam pon xjupa walaupun hari ni hari rabu,nasi kerabu tetap tidak kelihatan.Xsuka tau!Last sekali beli nasi goreng ayam berempah,oren,jambu..kalo bole semua buah nak beli.Hoho.Pastu pusing sek 7 nak beli dvd.Hello 2-2 kedai tutup,takkan sbb syawal xberakhir lagi kot.Terbantut niat nak tgk movie malam ni.Sekali lagi xsuka!Balik umah bukak tenet.Hmm gatal tgn dok tgk gosip2 plak.Hik2.Eee apa pasal la ada cita memey ngan norman tuh.Dr ari tu nak mengutuk sebenanya,tp xtertulis plak.Haish nyampah betol tgk 2 makhluk ni.Geli geleman.Eeee..Xbaik tau,kacau tunang org pon dah haram,apatah lagi laki/bini org.Ntahla sy bab2 ni mmg cepat meluat cket.Even kalo nampak pompuan gedik pon sy rasa mcm nak luku2 sj kepala dia.Gedik ni ada kepelbagaian jenis.Ada yg buat2 manja dr segi percakapan,ada dr segi perlakuan.Owh ngan pompuan ko cakap normal2 sj,sampai part ngan laki lentok tu lebeh cket.Eeee yak...Pastu ada jugak yg bajet comel.Contoh nama dia siti (nama ni common k..so jgn over thinking)..pastu mula la nak bahasakan diri dia siti comey la.siti cute la whatever la..kalo ada student sy camni,mmg kena ulang buat assigment..haha.Tiba2 xprofesional..Eh kat mana td?Owh memey ngan norman..tidak ada kaitan lsg ngan sy cuma sebagai pompuan yg ada maruah,jgn kacau org punya.Sy mmg anti perampas sbb tu sy dah xminat siti nurhaliza:).Kalo kita dah bg org lain menangis,be prepared utk menangis juga later.Hmm..cita lain plak,printer sy rosak,bunyi mcm kereta api sj bila on tp kertas keluar kosong jugak.Huhu.So rm300 la kan kurang2 kena sedia utk printer baru bulan ni:( owh my owh..Mcm2..nama pon kompilasi,harusla campo adok contents.
(Footnotes:got sms from talib ty nak request lagu apa,malam ni dia karaoke bersama 2 org lagi membe yg srg bini tgh berpantang di sg.buloh n srg lagi bini cikgu sekolah di sabah...persatuan bini2 jauh perhaps..haha..-jaga pitching bang,jgn bagi malu bini:D)

Monday, September 27, 2010

Pack


Di Shah Alam sudah.Flight pg td pkl 1050.Igtkan ambik tiket pkl 1050 lambat.Penat memerah otak semalaman memikirkan sama ada nak tgu di airport atau stay kat opis talib dulu lepas breakfast.Sekali dahla ke2-2nya tido balik lepas subuh (yg bekerja pon xsedar diri hari bekerja:p),gerak ke opis nak punchcard dah lambat,lepas tu g sarapan roti canai depan usm,lepas tu tgk jam dah 945.Harusla check in pkl 950.Terjadila di drop sj,xperlu tgu2 sambil bergurau senda.Sudah masanya untuk masok.Huhu.Xbest..xpala,weekend ni hes coming,nak hantar ketuk cket keta kesan kena langgar aritu,then maybe ikot balik sekali kot sebab 5hb ada appointment doktor lagi.Okeh..hari yg tertinggal adalah hari sabtu ngan ahad kan yakni kelmarin dan semalam.Sabtu yang lepas tersangat penuh jadual.Sampai ke malam.Bangun pagi okla jugak 8 lbih sebab dah plan nak basuh rumah pg tu (starting next month dah dok sendiri..ambik kesempatan memprivacykan diri sebelom balik ke ukm bln 6 next yr).Kunci rumah 1hb9 lagi dah dapat,tp posa raya semua so celah mana nak pindah kan.Plus owner nak renovate cket n cat baru.Kaler kuning ngan hijau konsep cat,tidak kah mcm berada di kedah?xkisahla,cantik jugak:)Tp sy jd mandor sj,semestinya la kan.Nak basuh mop tu semua pakai air,risau licin.So kerja sy dgr arahan.."ok bukak air..ok tutup2..)".Tutup ngan bukak paip air sj.Kekekeke.Tp sabtu tu sempat setel tingkat atas sj sbb pkl 12 ada open house.Pkl 230 ptg lak jnji tgk movie kat queensbay mall.Memandangkan magika best,dpt inspirasi tgk 4 madu lak.Alahai,plzla jgn buat cita camni.Xbestla..apek pon cam skema sj berlakon.Pahal??xmau tgk dah.Setel movie mery go round cr seluar baju yg agak longgar cket.Dah dapat:)Byk choice jugak,rambang cket mata:P..Pastu dapat call ada staf opis talib rumahnya kena pecah.Si husband plak kat jerman,ada knferens.So opismate yg call tu plak xdpt g ty kabar.Mintak talib g tgk dulu kat kepala batas.Sy dok pk,perlu ker bergegas?Kalo husband x ada pon,family should know first.Mesti wife dia akan call sedara mara dulu,how come straight gtau opis..something wrong somewhere.So sy cakapla ngan talib.Dia pon pelik tp tu la..ssh nak dgr suami sy berkata tidak.Huhu.Bergegas la ke kepala batas time2 nak maghrib tuh.Tgk umah ok sj.Rupanya salah maklumat.Gate terkopak,kontraktor buat slack kat mana ntah,so wife dia mntak tlg kat opismate husband dia neh?Mana dpt cita kena pecah lak?Alahai...Rezeki makan soto kat rumah tu.Balik umah malam tu sy dah xlarat.Tp walaupon xlarat sy lapar.Hehe.Capati menari2 di depan mata.Sudahnya 2 biji belasah kat seberang jaya:D Ahad bgn mmg agak lambat,sesuai utk bgn dan masak lunch terus:P Nak g sambung basuh rumah tingkat bwh lak dah nak tgh hari.So kami berdua menanam keyakinan utk mula bekerja pd pkl 2 ptg sebb ptg nak tgk piranha kat sunway carnival.Last cinema pkl 520pm.Wajib bekerja pantas.Sudah lunch pkl 115,igt nak rehat2 sebentar cuma.Sekali tetido..kalo setakat pkl 2 mgkin bole dimaafkan.Ini pkl 330ptg..btl2 makan dan tido:D..Tiada lagi piranha kerana urusan basuh rumah harus dibereskan dulu.Huhu.beli dvd sjla nampaknya.Bila larut malam menjelma.Ketagih capati lagi.Mintak apa sj kala ini pasti ditunaikan walaupon hujan masa tu sgtla lebat (mintak2 dia terlepas bc yg neh..hak3).Harini?Kan baru sampai ni..:p


(gambar pekerja upahan sedang membasuh rumah:D)

Friday, September 24, 2010

Perkara2 Yg Perlu Dititikberatkan

Memandangkan nama blog ni pon blog suka-suka,jgn harapla nak jumpa perkara2 ilmiah kat cni.Malasla asik la nak kena berwawasan.Tajuk pon x ada kaitan langsung dengan perkara2 penting seperti adab2 bertandang ke rumah org atau langkah2 keselamatan di makmal.Tidak.Tidak sama sekali.Semuanya tidak mendatangkan faedah kalo bc pon.Semuanya pasal sy sbb ni blog sy.Heee.Sebenanya dah kehabisan idea nak letak tajuk apa..heh.Nak letak tajuk pon susah tau.Mgu ni dah stat 2nd trimester.Bermaksud semua dah kembali stabil except emosi la kot.Time happy tu hypernya,time moody tu semua rasa xkena.Seb baik sang suami xmemberi tekanan tambahan,tp mungkin dia yg tertekan.Biar2.Biar dia tertekan cket.Awal2 sy dah cakap,sy nak handle emosi,diri sy sendiri pon susah,so plz jgn buat benda2 yg bole menyerabutkan keadaaan lagi.So ada benda xbetul pon dia iyakan jugak.Tp malam2 karang bila rasa bersalah menyelebungi diri,sy slow talk la balik mintak maaf..give and take,that's what we call marriage .Tp buat masa skang dia byk give sj..haha.Masok fasa ni juga bermaksud sy makan xleh berenti.Makan dr bangun pagi sampai nak tido balik.Tp so far berat bertambah berkala lagila.Last month check up 48.5kg.Rabu aritu g check up 49.5kg.Hebatla tu,sharp sekilo naik.Hihi.Cerita pasal ari rabu,hmm penat sungguh.Sy balik penang selasa petang.Nak g airport subang tu punyala seksa sbb hujan lebat.Malas nak kacau housemate since dia bz kat lab,so dcd to take cab sj ke airport.Flight pkl 530,so 630 dah sampai penang.Sampai talib kata dia puasa,n nak kena g tgk maklong dia kat island hosp,sakit tenat.Tp sy tgk dia dah pgg byk roti ngan air,preparation utk bini yg asik lapar n mgkin utk dia bukak posa jugak.So terus heading to hosp.Tenat maklong dia.Kami berdua tgu sampai pkl 845 camtu.Pastu siap2 salam nak balik,tgk maklong lagi tenat.So dcd tgu lagi.Padahal perut dah super pedih neh.So sy mintak nak tgu dalam keta,ada makanan.Biar dia sj bagi nampak muka kat situ.Dia dah pesan,apa2 call.Tp sy suka nak tunjuk hebat.Tiba2 sy rasa perut sgt pedih.Bukan reti nak call.Dok nanges dalam keta.Time tu jugak dia tergerak nak turun tgk sy.Menggelabah la dia.Terus bwk kuar mkn dulu.Char kuey teow kat depan usm.Jauh jugak tu cr makanan.Sebab sblom naik flight sy sms sy nak char kuey teow ptg tu.Berusaha dia memenuhi dalam keadaan darurat.Bestnya pregnant.kekkekeke.Nak balik umah terus dia kata xsampai hati nak tgl maklong dia.So sewa hotel so that sy bole rehat,sementelah dia lak bole pg hosp.Okla,perut sy pon rasa mcm nak cramp that time.Elok check in bilik sj,n baru stat nak megurut perut cket,mak call gtau maklong dah meninggal.Innalillah.Terus g hosp balik,n tgu semua urusan setel sampaila uruskan jenazah naik van semua.Setel semua dalam pkl 245a.m camtu.Sampai umah dah pkl 315a.m.What a bz day for both of us.Sy ngan baju kurung lagi dr kl xberehat lsg.Huhu.Esok paginya call klinik dulu mintak pospone check up.G mengunjung dalam pkl 10 camtu,sebab terlajak tido plus dah urus semua sampai pkl 3 pagi semalam kan,so biar org lain take over plak.Smpai ke kubur jugak ktrg ikot.My first time ikot smpai kubur.Sebelom ni kalo ada org meninggal,setakat rumah sjla sy ziarah.Balik tido sekejap,ptg tu jugak g klinik.Alang2 dah cuti,terus check up jugakla.Everything ok,cuma doktor cakap..'alahai keciknya perut,awat xnampak lagi ni'..hehe.Nak buat camana.Kamis nothing special..eh ada.Semalam walaupon hujan lebat kuar jugak g tgk magika.Bersemangat sungguh.Sebelom g dah kuar g pasar malam dulu.Dah kenyang dah sebenanya.Nak masok wyg ngada2 lagi nak beli makanan.Fish n chip,air besar bagai.Fasa kagum laki terhadap bini dia yg kuat makan skang ni dah habes gamaknya.Dia plak ty apa2 lagi nak x sebelom masok ni.Teringin waffle tp mana bole bwk masok kan.Siap kena paksa makan dulu kat situ,masok wayang lambat cket x apa.Nak muntah la plak mkn byk sgt.Haha.Magika ok la.Not bad.Sukala watak apek ngan sabri yunus dalam tu.MMg terbaeekk.Last tgk movie melayu kat wyg ialah cita lu pikirla sendiri.Yes mmg gua kena pk sendiri cita tu,haram xpaham.So agak trauma nak tgk mvie melayu.Sekali diyakinkan oleh sang suami..berkeyakinan la cket.Eleh dia nak tgk sgt sebab ada M.Nasir.Sepanjang balik sy dok kata M.Nasir xada duit sbb tu terima watak yg xseberapa tu.Ada ke plak jd naga.Nampaknya ada org panas hati kutuk idola dia.Yes2!!berjaya..haha..k..nanti jumpa lagi.Nak ikot mak mertua beli lauk kat kedai makan.Harini xmasak..daaa

Saturday, September 18, 2010

Recheck Myself




Tgh hari td attend wedding batchmate smaplabu dulu kat kajang.Thanks ject teman ak.Seronok x jalan2 ngan ak kat putrajaya??Lain kali bukak GPS awal2..xla rabun warna exit putrajaya.Hihi.Terima kasih jugak bwk nasi lemak kat ak.Kalo bwk 2 polisterin pon ak leh habeskan dalam keadaan sekarang.Heee.Arini cam seronok nak menulis.Semalam sy mimpi tgh analyze DNA and i can see all the bands.Haha ilmiah tol mimpi.Mungkin sebab seharian semalam search jurnal,terbawak2 ke alam mimpi.Sampai skang selalu terpk sy ni berada di landasan yg betulkah?Sy xpenah ada cita2.Kalo cikgu ty,cita2 sy selalu bertukar.Kdg2 nak jadi doktor.Sesekali wartawan.Kadang2 cikgu pon ok.Cuma xpenahla plak nak jadi askar.Conclusionnya,sy x ada cita2.Dan sy jugak xsuka program motivasi since zaman sekolah sampaila skang sbb sy penah dengar dua kesah motivator yg berbeza org,berbeza tempat dll tp kesah sebijik 2-2 nya.Jalan kaki pg sekolah,jual kueh,penah merantau jadi tukang masak,penah jd cikgu sementara,umor baru 30 lebeh.Sy yg dah 26 ni berabad nak habeh study,nak cr experience,hebatnya liku2 hidup motivator.Maybe ada yg marah,whatever,masing2 ada pendapat kan.Habes sekolah masok matriks,okla.Score matriks so MARA panggil interview buat medic ireland.Later,offer letter dental but still kat ireland la.Still remember masa dpt result tu sy menangis frust kat riba ayah yg kebetulan baru balik masjid.Then ayah cakap dok cni sjla,ayah sng nak tgk.Kebetulan tawaran U pon dah keluar.Bila2 pk2 balik ada hikmahla sy pilih forensik USM.Jodoh tu di tangan tuhan.Kalo x celah mana nak jumpa kekasih hati sy kan;p.Sy suka igt moments kat u.Sekarangla baru sedar.Dulu xrealize pon.A lot of things we did together, cuma masa tu kawan baik sj.So x appreciate sgtla kan.But if i can hold d time,i know what to do:)And hes the only one guy dalam forensic tu yg xpenah lost cntact lepas kuar USM.Sebelom declare dl hari2 mesti masok ofice awal sbb nak YM.Cuma kadang2 terhalang sebab fellow utama ukm Dr.Halim 1 ofice ngan sy n dia pon sll dtg awal.Dia suka dok depan meja sy,ajak borak,ajak g sarapan ngan dia.Persis anak menurut perintah la kan:P..tu sj la halangan waktu tu.Everything smooth sj sampaila dah jd soulmate sy sekarang.InsyaAllah dunia akhirat.Amin:).Okeh back on the track..Betul kah sy pilih jd academician neh..n bidang ni.Masa mula2 sy masok kuliah masa 2nd yr dulu sy xphm sgt subject ni.Tp ada sekali kuliah tu,lecturer ganti masok.Baru balik dr glasgow,tgh pregnant,muda lagi n cantik pada mata sy.Bila dia stat lecture sy admirer sgt sbb sy bole paham kuliah dia.Naik 3rd yr dia jd lecturer tetap forensic DNA.Sy igt dia pnh ty dalam kelas,what is primer.Semua org tau tp the way nak explain xsemua org pandai.Then dia cakap,primer tu mcm umpan,DNA tu mcm ikan.Kalo nak tarik DNA kena ada masokkan primer,kalo x mcm mn nak dpt ikan kalo x ada umpan.Humblenya dia explain:) 2-2 sem sy score A subject neh n terus fall in love.Then masa interview nak join UKM,panel ty..u nak further bidang apa?Dengan confident nya sy gtau.Thanks Dr.Zafarina,now timbalan dekan health science usm.Dah jadi supervisor sy pon skg:)Xpenah sombong even call malam nak ty apa2..I wish i can be like her to my students later.Well organize walaupon husband dia di penang.Kalo sy ssh hati pk pasal kehidupan sy lepas2 ni,since sy bonded to ukm,jd nak tukar IPTA tu agak susah slagi xhabeskan kontrak so i always think of her so that d inspiration will come.Sy xsuka borak ngan org yg sll cakap..'kesiannya pjj,kalo ak mmg xbole'.Sory,u r not really my fren.U should comfort me instead of giving me stress.Sy mesti boleh buat:)..betol la kot apa yg sy pilih ni,xbole pk byk2,nanti rasa xbetul.Nak toast roti la,perut mintak diisi lagi:P


(Footnotes:Tahniah Dr.Shuib & Dr.Zawil..thanks to ject bwk nasi lemak kat ak:D)

Thursday, September 16, 2010

Cepatnya..

Apa yg cepat tu?Jawapannya ialah MASA.Ya Allah cepatnya la hai masa.Aritu dok pk bole x seminggu dok cni sorang2.Housemate kata org rembau,dah tu reti kah nak balik shah alam awal2.Sah2 raya cukup sebulan baru balik cni.Sekali arini dah ari kamis.Writing baru jalan 1 chapter.Tp walau apa pon nampaknya writing saya berjalan.Tiada gangguan sekeliling termasok dr pihak berwajib iaitu si suami..kekekeke (dia jrg jenguk blog ni,dr jgk blog ni baik dia search video clip john fogerty..berkongsi minat dgn ayahku terchenta..hihi).Bila dah siap cket mulala nak leka kan.Tp saya org yg berdisiplin tinggi.I know myself;D..so dun worry.Lambat bangun la arini.Lps subuh tido balik,tgk jam dah pkl 10.Patut r lapar semacam.Malas nak kuar cari nasi lemak lagi,frust sebab nasi lemak semalam xsedap.So buat roti telur sambil tgk cita rahsia gambar kat tv3.Xbest langsung.Baik bukak laptop.Baru teringat sabtu ni ada wedding invitation kat kajang.Dr.Shuib,batchmate labu dulu.Rasa nak attend la,teringat dia dtg wedding saya aritu.Harus balas ok.Plus saya lapar lauk kenduri:P.Lalu dgn yakinya call best fren dr form1 dulu..si ject neh.Ject mmg terbaekkk,jarang menghampakan.Mana saya ajak dia mesti ok walaupon terpaksa ulang alik 2-3 kali shah alam-kl.Teman tgk wayang serta teman hadir jemputan kenduri ataupon event di kl neh.Walaupon tempat saya bwk tu dia xkenal sapa2,dia hentam sj.Eleh,saya pon penah saja terjebak ngan event2 dia yg xdak kena-mengena ngan saya langsung..kekeke.Belasah sj,janji makan:P.Xsabar nak jumpa dia sabtu ni.Gosip2 terkini belom update since last jumpa dia ialah masa wedding saya aritu.Tp dia ada cakap biar dia sj celupar,saya kena jaga perlakuan dah.Takut anak saya kuar nanti terjal ngan merentan.Kosa kata dia semalam merentan.Sabtu ni sy ty balik merentan tu apa.Arini pon dia ajak g umah dia kat kapar.Tgkla japg kalo mood masak berada pada tahap paling minimum,saya akan stat enjin kereta;)..Apa point arini sebenanya??Ntah..merapu sj dr td.Kalo lepas hubby call mmg camni.Cam blur2 cket nak stat keja..hihi.Xsabar nak balik selasa depan.Nak shoping.Nampaknya si bapak lebih excited..wink;p..bila call mesti ty bila nak beli baju2,seluar2 longgar ni.Haha.Sabar2 saya xnaik mendadak lagi.Cuma part pinggang cam ketat2 cket,tp masih bole dimaafkan..next week kita merry go round k;D

Monday, September 13, 2010

Mcm2...


Aloss..dah abeh posa,raya jugak boleh dikategorikan dah habes.Xkesahla ada yg kata raya sebulan,not for me.Cukupla raya 3-4 hari sj.Kehidupan mesti diteruskan,makan mesti dikurangkan:D..Sementelah both of us have to work on monday,so ahad aka sunday i've to go back to shah alam.Not alone for sure.Dulu keja ayah menghantar anak ini,now keja husband ok.Beraya ke-3 la kami berdua di atas highway n for ur info,jam stat dr juru.Pinggang saya,perut saya mengalami kelenguhan yg melampau dok lama2 dalam keta.Huhu.Smpai Shah Alam flat..padahal bukan drive pon.Tolong suap makanan kat driver sj sepanjang jalan..kekeke.N now i'm alone..hubby dah berada di site stat arini.Citer pasal raya.My first time raya umah mertua.Mula plan nak raya pertama kat arau,second day penang.Tp memandangkan nak balik kl raya ke-3,mak saya nak bagi bekal mcm2.So plan bertukar di saat2 akhir.Nak balik kl dr perlis,so mak bole tolong buat ketupat bwk balik cni.Never mindla,1 rumah sehari sj pon mampu spend,so xkesah raya mana dulu.Actually dah lama xpg sembahyang raya,so kali ni teringin nak ikot laki g sembahyang raya.Yeay berjaya bangun awal.Mesti jaga tatasusila ok,tu pasal bangun awal.Hik2.Balik sembayang raya,dah ada org dtg beraya kat umah.Telekung pon xsempat bukak lagi.Uishh dasatnya beraya kat cni.Kalo sebelah perlis,pgi2 camni org xdtg lagi.Dah tu family saya pon kecik sj.Then hubby ajak kuar cpt2 g ziarah sanak saudara (sanak..cam dalam kad raya plak).Kalo lambat nnti org dtg dah xleh nak kuar.Yeay suka2..:D..tp memandangkan ari raya jatuh pada hari jumaat,bp buah umah sgtla leh ziarah.Nnt tgh hari karang nak solat jumaat lak.berjaya la 3 buah rumah pagi tu.Ptg dalam pkl 2 sambung lagi rumah2 yg mampu dicover.Hmm..tp ada dugaan raya yg ingin disampaikan disini.Ptg tu terpaksa guna my baby g jalan2 raya.Unser abg ipar ada masalah starter cket,so hubby bgla keta dia.Nak dijadikan cerita,lepas habeh menziarah ptg tu,otw nak balik rumah dkat ngan simpang nak masok sg.2 tu tetiba ada moto pintas.Xkesahla dia nak bawak laju camana pon.Masalahnya dia terlanggar side mirror keta saya,jatuh n handle moto dah seret pintu keta.Motor dia dah terseret sampai ke tgh jalan.Hubby pon xsempat nak buat apa,panjat tayar moto tu la.Waktu tu sy menanges sebab terkejut n igtkan dah naik atas bdn budak tu.Berenti tepi.First time terlibat ngan acident camni,sgt terkejut and ari raya plak tu.Talib turun tgk budak tu,jadi tumpuan jugakla sebab kat trafic light n main road.Haish budak baru tingkatan 3,helmet pon xpakai.Geram betol.Org dah tolong angkat moto,n dia mintak hanta dia balik umah sj.Tp lepas dia naik keta,sy jadi kesian plak.Terlupa dkt pintu keta yg dah tercalar akibat kesalahan org lain.Sy tgk dia mcm xbole angkat tangan n muka pon berdarah seret atas tar jalan tu agaknya.So kami dcd bwk g klinik dulu.Tp klinik manala nak bukak time raya camni.So terus ke emergency hospital seberang jaya.Saya terasa dia mcm adik sy,sebab dia asyik mintak maaf.Xsampai hati nk tgl dia camtu.Sy tgu dia kat dalam bilik rawatan tu,siapa doktor ngan nurse ty dia adik sy ke?sy cakap..'x..dia langgar saya ngan husband'..Doktor gelak n soh balik sj,sebab dahla dia buat salah,pstu dah menyusahkan org,menyusahkan masa org.Tp sy ngan talib xsampai hati nak balik.Even family dia dah sampai pon kami berdua masih tgu.Kol 8 malam setel urusan hospital dan budak tu pon admit ward,patah tangan.Hadoila..musibah raya betol.Family dia terus bagi kami duit rm300,nak setel luar.Sebab kalo buat repot polis,sah2la drg yg kena.Budak bwh umur.Duit pon ambik,police repot pon buat.Bukan apa,takot belakang hari,lain cerita plak yg keluar.Mana tau,nanti kot2 tau bole claim insurans,depa putar belit cita.Jalan selamat,buat police record.Nak setel tu semua,pkl 11 malam sampai umah.Sah2la xjadi betolak balik perlis malam tu.Esok paginya baru gerak balik perlis.Sekejapnya raya kali ni.Nway our first time raya together is the best moment;)..Byk lagi perkara2 yg berlaku yg susah nak ditulis,xreti nak karang.Tp kami berdua berusaha jugak utk setelkan walaupon susah..dan setiap hari bangun pagi sy terasa i luv him much2 more than before..InsyaAllah thn depan semua selamat dan ada rezeki,raya bertiga plak:)..selamat hari raya semua,maaf zahir batin

Tuesday, September 7, 2010

It's pain,I love U..but y u did it to me??

Walaupon menanges di dalam hati,i still love u..Hah!!bukan masalah rumah tangga sama sekali..haha.Nauzubillah..alhamdulillah dah masok 3 bulan kawen.Means si kecik di dalam ini jugak memasuki minggu ke-12 mgu depan:)..Ini masalah keretaku..Saman oh saman..So sure balik dr penang ari jumaat lepas dah kena speed trap.Xperasan plak la time tuh ada pakcik polis dalam pondok tepi tuh..Tgk meter dah 135km/j.Igt dah berjaya mntain 110km/j dah.Huk2.Harap sabar menanti ketibaan surat cinta tersebut.Bila berada di kampung,ingatan terhadap polis tersebut semakin dilupakan.TETAPI...kunjungan posmen petang semalam merubah segala-galanya..Ho ho ho ho licks!Igtkan ada insan sudi mengirimkan kad raya manual tahun neh,sekali surat saman bulan lepas daaa...Kat mana ni km 444????dah la xletak alamat penuh lokasi kena saman tuh.Hangin sungguh.Baru saja setel saman speed trap yg lepas,dah ada koleksi baru plak..haishhh..Y la my baby xkesian kat tuan dia ni?i love u so much,tp mengapala dikau menyakiti hati ini?hiks..Salah sapa sebenarnya??tuan atau kereta tuan?(Cuba menyalahkan takdir)Rm600..Bole buat kenduri kat masjid duit byk tuh..huhu.Mari2..mari kita lupakan kisah duka.Saya dah berjaya buat 3 hidangan raya.Xsebut kueh sebab 1 biskut makmor,1 kek batik n 1 kek coklat lembap.Yg kek tu xdisebut kueh kan.Tu pasal tulis hidangan.Macam teksi la.Walaupon teksi tu kereta,org xpanggil kereta.Org panggil teksi.Apa neh??sendiri pon xpaham dah tulis apa.waka waka eh eh;D..Yg lain tu pejam mata bole buat (ewah2) sebab selalu buat.Tp kek batik tu first time.Nampak kalut sgt sorang2 kat dapor so ayah ngan mak tolong patahkan biskut meri.Jadi 3-3 kalut mcm buat kueh yg sgt hebat.Haha.Tambah lagi sms kata2 semangat dr suami yg di kala itu berada di opis berbunyi,'xpa,janji boleh makan sudahla'..nampaknya jadi kot.Hak3.Tgkla bukak posa nanti kita rasa.Xsabar nak esok..Sebab musabab:1)Mr.Abdul Mutalib balik arau ambik bini dia;p 2)Ada kuih goyang shafiq pkl 11 kat tv3 3)Ada pengumuman raya kat tv..okeh masa utk teman mak sembang di dapor..kekekekeke:D

Monday, September 6, 2010

Nak Rabu..

Haa tu la gatal lagi..bajet hebat.Nak balik buat kueh kat umah arau konon.Balik dulu la kan sementara si suami xcuti lagi.Jumaat aritu dia ada majlis bukak posa kat ofice,campor tarawikh bagai sah2la kol 11 baru sampai umah kan.So xnakla bukak posa sendirian.Mengambil keputusan utk balik perlis,bole buat kueh ngan mak utk faedah sampingan.Hmm tp tula,balik keja xjalan pon.Baru siap biskut makmor sj.Esok bole la kot buat 2 jenis kek.Pastu gatal nak rabu cepat.Iya lah,rabu baru husband cuti.Baru leh balik cni ambik bini dia ni.Sebab tu nak rabu cepat.Manusia ni mmg xpenah puas.Lepas buat camni nak camni plak.Hihi.Xkesah,nak rabu cepat jugak.Jasad di arau,jiwa di penang.Haishh..nak drive balik sana,semua org xbagi lak.Kena tgu rabu jugakla.Tp xlama dah.Lusa sj.Cket sj lagi.Hehe.Dok umah mak lemak mmg menjadi2 la.Mak lak mmg xsuka org kacau dia kat dapor.Eh ini bukan rekaan.Ini betul2.Dia rimas buat keja ramai2.Sebab tu anak dara dia dulu 2-2 org agak hancur dalam agenda memasak.Seb baik anak2 dia masok asrama,then keja pon jauh.So pandaila jugak berdikari sebab dok ngan kawan2.Tapi kalo nak soh buat masak lemak jantung pisang tu mintak maapla,mmg xtau n xbelajar lagi.Huhu.Ada ke masak lemak jantung pisang??Mcm penah dengar..kekekeke.Dan 2-2 anak dia bole dikategorikan sebagai insan bertuah.Haha.Dapat laki yg makan sj semua.Xbyk kerenah.Makan apa yg ada sj depan mata.Tp masih lagi belajar la,xkan nak jamu laki menu yg sama ari2 kan:D Belajar itu wajib sampai ke liang lahad...Bijak:)..Nak blah dulu,nak tolong ayah cuci kereta.Dulu selalu teman ayah joging,basuh keta..skang bila dah kawen susah.So sementara ada kesempatan ni,mari ambik kesempatan.Bak kata suamiku,dia kawen ngan anak ayah:D..Hiks

Thursday, September 2, 2010

Roller Coaster



Bukan naik roller coaster.Xsuka roller coaster.Cukupla naik sekali kat times square dulu.Saya bukan jenis cepat menjerit.Kalo terkejut or takut selalu diam sj,tanda terkedu.So akan sakit dada menahan rasa.Lagi nak g tempah ketidakstabilan adrenaline.Baik g buang duit buat benda lain kalo dah terasa duit berlebihan.Roller coaster di cni bersamaan ngan mood saya.Mood di bulan ramadhan ni sepatutnya kena molek2 sj.Kena byk bersabar.Alahai,susah sungguh nak mengawal mood.Keupayaan saya untuk marah dan merajuk sgt tinggi.Xcampur lagi negative thinking.Selalu pikir cam xelok2 sj,but kesudahannya positif belaka.Minggu ni campor lagi suamiku yg tidak sihat..so xlehla nak merajuk sgt,takut nanti dibiarkan sj.Dah dia pon demam kan.Baik jgn merajuk.Hiks.Tp tula,mgu ni xtunjuk perasaan lagi.Lama la plak dia demam.Kena mengalah la maksudnya mgu ni.Itu yg seksa tuh.Huhu.Demam2 pon sempat bwk bini shoping kasut raya aka kasut yg sesuai utk preggy woman.Makasih daun keladi..hihi.Dah xbole pakai wedges yg agak tgi tuh.Saya suka kasut yg agak tgi memandangkan saya agak rendah,tp kena tahan la utk sementara waktu.Xsalah korbankan minat sekali sekala demi keamanan sejagat.Baju raya seb baik dah plan dr sebelom kawen lagi.Masa tukar2 barang hantaran tu saya dah bagi dia sepasang baju melayu,n saya pon dah dapat sepasang baju yang saya pilih sendiri dr hantaran belah laki.So baju utk raya pertama dah setel.Purple ok:) baju utk raya ke-2 dan seterusnya jgn risau..laki pakai baju kemeja n t-shirt sj dah ok.Bini baru ambik 6 pasang baju yg dr tailor.Haaa..byk kan.Tu la beli kain asik dok perap.Sekali g hantar hmm kayap la jugak nak membayar.Walaupon baju telah byk disediakan,tp kami mampu beraya 2 hari sj.Raya ke-3 he has to send me back to shah alam.Saya nak siapkan keja sy yg tertangguh di sana.Bole nak stay kat kampung lagi.Tp dah laki pon kena ke site dah raya ke-4,baik raya ke-3 beraya atas highway sj.Xkan nak beraya sorang2 kat kampung,nama pon dah kawen.Mesti xsyok,nanti gundah gulana lagi cam time dia g bosnia aritu.So bila buat keja,selalu saya bole lupa benda2 lain:) Hopefullyla.Mak sila sediakan makanan raya seperti ketupat etc byk2,sementelah sorang2 kat shah alam nanti tatkala org lain masih lagi gembira berhari raya.Hoho.Weekend ni rasa nak balik arau lagila.Teringin nak buat kueh raya.Kurang2 kalo xjadi mak leh take over..alkisahnya.Hihi.Igt lagi thn lepas,buat kueh makmor..kueh ker biskut ha?xkesahla..dekat2 nak baling oven dah.Pkl 2 pgi xsiap2 lagi.Campo nak serasi ngan suhu oven lagi.Uussss seksa tuh.Thn ni kena stat awal la kot.Lps maghrib perhaps.Haish tarawikh plak.Sejarah berulang la nampaknya.Kek kena buat 4 biji la kot.2 perlis,2 penang.Buat 2 biji thn lepas pon xbecakap sepatah haram sepanjang buat kek tu,tension.Thn ni 4 biji ya?Ada harapan g beli yg siap dah.Haha.. Nak buat biskut cornflakes madu semua tu mmg bole.Teramat senang.Kacau2 tuang susu bagai masok bekas.Tp saya xsuka kueh2 moden aka kueh2 senang nak buat ni.Saya suka kueh2 dulu mcm karas,bahulu (gambar disertakan di atas).Senang nak buat karas?tok saya pon xtau buat.Setakat cookies2 moden ni indah tgk sj,bila makan sama sj rasa.Tp tat nenas ngan almond london saya layan.Hehe.Masih kategori susah ok.Tolong la thn ni jgn ada umah yg saya bertandang letak biskut bentuk aiskrim or tembikai dalam bekas kueh raya nanti.Cemuih sungguh.Harus saya kritik sampai habeh bulan syawal.Huk2.Astagfirullahalazim..baik stop.Kalo x pahala posa saya arini cket..:D