OuR JoUrNey~~

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 28, 2011

Muntah Di Pagi Hari

Tidak..sy tidak pregnant lagi.Hehe.Kesian adim cayang,baru nak bermanja tiba2 nak dapat adik plak walaupon setiap masa dia tarik ibu jari kaki masok mulut skang.Normal la,itu kan perkembangan baby 6 bulan.Bukan sbb pepatah nak dapat adik.Hishh.Ni kisah pg td.Sy naik ERL dr salak tinggi g kampus KL.Xpg bangi arini pasal kena evaluate proposal final year project presentation.Arini ngan esok.Malas nak drive,time balik jem.Jalan Tun Razak tu kalo pkl 5 hazabb.Naik public transpot boleh exercise cket.Serius!Berlari2 anak kejar ERL,star kat bandar tasik selatan,monorel kat titiwangsa,lepas tu bas g opis.Hah!sebut transpot apa lg xnaik.Haaa beca sy xnaik;p Alaaa terbabas lagi.Igt td nak straight forward sj.

Nak story mory yg muntah tuh.Dalam ERL pagi td la tuh.Dalam tren kan ada 4 kerusi yang duduk mengadap tuh.Tiba ada srg b*t*na ISLAM pakai mcm berbogel kaedahnya (bedasarkan tag dia adalah pekerja company mega kat KLCC nun) g letak paper bag ngan hdbag dia kat 2 lagi kerusi.Heh ngok giler,ada pompuan mengandung sarat jugak kat situ ok.Mcm mana la company besar ni boleh hired pompuan xada otak neh.Rupanya dia reserved utk bf ngan kawan bf dia.Waaah berapi dah ni.Seb baik kwn bf dia (cerdik cket) bg seat tuh kat sy ngan akak sarat tuh (sy nampak mcm OKU kah??mesti takut sbb sy tunjuk muka bengis td:D).Kiranya sy terpaksa dok berdepan ngan pompuan singkat akal tu la kan.Masya Allah dia punya lentok,haih tahap masok dalam kain.Tangan tu xreti senyap.Main pp bf dia la,usap peha la,tido dalam dakapan la..eeeee geli geleman teman.Xmalu langsung kat akak yg sarat tuh yg sah2 dah experience lebih drp tuh kan,tu pasal dia mengandung.Haha.Kat sy xkisahla,mgkin dia igt sy xkawen
lg.Phewittt.Hiks.Bodohnya bf dia ada gf camtu.Seb baik sy turun kat bandar tasik selatan,2 ekor tuh turun kl sentral la gamaknya.Masa nak turun tu sy buat2 tersepak kaki pompuan senget tuh.Tau plak nak marah.Haha.Mesti sakit tuh.Sy pakai kasut sketchers yg agak keras tebal tapak beli kat Spalding UK aritu.Knfem punya sakit.Padan muka!Seb baik jugak ak xmuntah atas skirt xcukup kain hg tuh..Waaahh syok2 dapat sepak kaki org;p Oppsss lupa plak dah ada anak..kekekekeke

Tuesday, September 27, 2011

Hati Tersentuh~

Kesah pagi td.Jam la jugak nak masok UKM sbb konvo stat ari sabtu lepas sampai esok kalo xsilap.Pg ni sidang ke-5 so pg2 td dah nampak para graduan ngan family masing2.Ceria la kan hari konvo.Yg hati saya tersentuh tu (sy drive teramatla slow since keta que nak masok UKM) bila nampak graduan berbaju konvo tgh tolak mak dia yg guna wheelchair n ayah dia pon guna tongkat.Kedua-duanya pon sgtla tua pada pandangan sy dan sy guess itu mak ayah dia la kan.Mesti mak ayah dia bangga anak dah berjaya.Xlarat pon datang jugak raikan kejayaan anak (eh tersentuh x bc?:p).Teringat masa konvo degree dl.Pkl 4 pg dah bertolak dr perlis g penang.Kena reg b4 pkl 730pg (ntah igt2 lupa dah).Nak betolak lepas subuh ayah sy takut jam kat jambatan pulau pinang tu plak.So awal2 pg dah gerak.Kenangan2.Owh ada lagi~^o^~ sy ambik jubah konvo ngan ayah Adim.Masa tu xpenah tepk plak dia bakal teman sebantal dan se se se lagi termasokla jadi ayah Adim:p...Malam sebelom ambik jubah dapat sms

Ayah adim: Esok ambik jubah camana
Ibu adim: Esok naik bas sampai butterwoth pastu...hmmm haaa hg ambik ak boleh?nak tumpang
Ayah adim: Bereh..esok dah sampai tol sungai 2 gtau.Tgu kat stesen bas pemandu kacak bawak kancil kaler hijau
Ibu adim: Sapa kacak???hg??Xkesahla janji ak leh tumpang..hoho..
Ayah adim: Belanja ak pasemboq padang kota esok
Ibu adim:Bole2..ak belanja hg bayaq:p

(sumpah xada perasaan langsung masa tu:D...sekarang?xbole stat keja kot kalo xdpt sms pg2..:D)

Footnotes: Ready nak g jamuan konvokesyen sidang ke-6 pkl 12.Pkl 2 dah stat perarakan masok dewan.Tgk kad kat bawah..bp kali dah update kat jabatan pendaftar..tp surat2 semua masih CIK..:D

Friday, September 23, 2011

Secara Pantas

Japg pkl 10 nak gerak g kampus kl,jamuan raya forensik.Yeay last makan2 banyak la kot.Lepas ni sure dah habeh open2 house neh.Pkl 10 gerak,singgah secret recipe ambik kek, pastu terus g kl.Jamuan stat pkl 12, tp ada appointment ngan student pkl 11 lebih pasal final year project so kena la sampai awal sana.Xsabar nya nak makan.Semalam excited cas bateri kamera,sekali xbwk plak pagi ni.Haih kekurangan nya di situ.

Footnotes: Semalam budak kecik kat bawah ni pkl 830 xtido lagi (Selalu 630 petang dia dah tido sehinggalah keesokan paginya).Dok guling2 pastu stop kat meja tv.Tgk tv dr pandangan bawah.Siap gelak2 tgk drama sedih apa ntah kat prima.Salah reaksi:p


Sayang sungguh dgn budak nakal neh.Bila nak cium dia sembor air liur..gerammmmm.Kalo ayah dia lagila,siap cium sampai anak nanges,baru puas hati;P

Thursday, September 22, 2011

Semangat Membara

Semangat sedang membara untuk memasak.Sejak lepas raya.Kalo weekend sarapan lunch dinner semua masak.Waaaaahhhh.Dr mana semangat tu datang ya?Entah mana2 mai ntah:D. Ayah Adim nak kuar beli sarapan pon ditolak dgn bangga.Kekekeke.Sepatutnya dr dulu kena rajin masak.Peralatan dapur semua cukup.Siap berlebih2 lebihan lagi.Huhu.Yg kurang hanya skill dan usaha nak masak.Set pinggan mangkuk dekat nak penuh sebilik,siap tinggal kat perlis lagi suku (setengah cam tipu lak sbb banyak dah bawak cni).Hadiah kawen campor beli sendiri campor pau yg mak punya..rasa xtau plak bila nak guna.Peralatan dr yg canggih sampai ke lesung batung semua ada.Kalo yg tradisional tu tok syla hadiah tuh.Tp kan satu sj benda yg xcukup lagi.And benda ni sgt command.Nak tau apa?Blender.Haaaa kan keperluan yg remeh yg boleh dibeli dimana2 tuh.Dalam sebanyak2 hadiah kawen,blender xtermasok senarai pon.Kami laki bini pon xberusaha nak beli.Bolehh?Boleh la sbb sy jarang masak.Kalo masak pon pakai cili giling yg dah siap,rempah yg dah siap.Sambal belacan apa ada hal,lesung batu kan ada.Apa isu sebenanya neh?Hahah..Masalah tu dah selesai sebenarnya.Tetiba teringin nak melawat Sengheng bandar baru bangi.Sj gatal2 nak check points kad kredit maybank.Xsedar plak dh 30000 points.So dpt la redeem barang2 berharga rm200 ke bwh.Pling2!Blender! Hasilnya seperti di bwh.Sukanya!Hiks.Jd kala ini semangat semakin memuncak nak masak.Cuma momentum nak memasak ni xtau kekal lama mana,harap2 berterusan la..;) Igt haritu nak buat kek sendiri utk jamuan raya ofice esok,sudahnya semalam order kek tiramisu sebijik kat secret recipe.Habih tu camana????:D


Saya suka sebab xpayah beli dan ia jugekk berwarna putih;)



Footnotes: Kelmarin mak sy tepon dengan nada risau dan sedih.
                 Mak : Mak mimpi anak mak kena culik.Kesian Adim dok tgu2,sampai petang ibu dia xambik

                 Saya : Bp depa mintak duit tebusan mak

                 Mak : Seb baik depa xmintak.Kalo mintak,mak soh depa tepon talib la.Mintak kat laki dia ,awat mintak kat mak plak

                 Saya : Hahah

Friday, September 16, 2011

Haihhh geram...

Quick entry..sementara nak tgu ayah Adim sampai:)..semalam kat astro ria ada cita cinta dr kaabah.Tgk x? Tu cita baru ke lama ntah xsure tp sy baru tgk semalam la.Kebetulan Adim nyenyak sj.Pasal 2 laki bini x dikurniakan zuriat lagi (Fazrin & Fauziah Ghouse-cemtu kah ejaan bapak fauziah..huhuk).So drg 2 org neh g Mekah.Kat Mekah laki dia mimpi sorang pompuan (Eja) n jumpa pon kat sana.Ok fine mimpi.Tgh beribadat ngan bini pon ko leh nampak pompuan lain ek.Finelah ilham dtg dalam mimpi bagai, yg ko gatal g mintak no phone,ajak dinner..xnak ikot bini g shoping semua sbb nak jumpa pompuan ni apa cer.Mmg la akhir cita ni ialah pompuan tu nak serahkan anak luar nikah dia kat laki bini neh tp laki tu sempat curang la kiranya.Iya sy tahu tu cara tuhan nak kurniakan sesuatu utk kita,sy xargue.Tp the way laki tu laksanakan.Mintak no phone,keluar berdua.Hohoho.Curang for me xpayah sampai tahap dah berzina,dah sampai nak kawen bagai..hati dah beralih arah pon i consider curang ok!Huh..Seb baik kelas mengaji ayah Adim lambat habih semalam.Dok tgu jugak,sekali tetido daa.Igt nak bahas tajuk neh..hahah..

Monday, September 12, 2011

~Back to Work~

Salam Syawal lagi:) Raya kan sebulan.Tp duit raya hulur mgu petama syawal sj.Kalo hulur sebulan makan rumput kami anak beranak bulan neh.Hiks.Sabtu lepas sudah kembali ke kl..sudah berlalu cuti 2 mgu.Makk aii malasnya.Adim pon pagi td hanta umah bs punyala menyebek.Dahtu nak kejut bangun pagi punyala seksa.Bangun2 nanges,marah kaco tido dia agaknya.Sepanjang cuti raya pkl 8-9 camtu baru nak bangun.Huhu.Ni ibunya pon dok menghitung detik nak sampai petang.Nak balik ambik anak cepat2.Haihh rindu ngan anak.Ngan laki yg dah balik penang kerja xpyh cakapla.Besnya kalo cuti lama2:)

Before balik kl ari jumaat ayah Adim dah taja full body massage dgn mandi wap utk kali ke-3 sejak bersalin.Heavennya diurut badan.Bole x kalo bt bajet khas utk diurut setiap hari.Hahah..Sabtu betolak balik kl dah tgh hari,menantikan si kecik yg susah nak bangun.Dah la tu, kalo berenti kat r&r punyala lama.Solat gilir2la, tukar pampers anakla serta serba serbi lagi.Dah tu bapak nak main2 ngan anak pon time ni la jugak.Sudahnya 730 malam baru sampai sepang.Perjalanan paling lama dan santai rsanya..

Sy masih blur nak menulis..tgk sjla video adim yg murah ngan senyuman neh:D


video

Monday, September 5, 2011

Raya 6

Lambat benar wish raya;)..Selamat Hari Raya Aidilfitri semua.Dah nak raya 6 baru nak wish.Hiks.Mcm mana raya thn neh?Saya?Mcm xpercaya plak tetiba thn ni dapat beraya bertiga.Alhamdulillah.Syukur.Mmg bestlah!Raya thn lepas Adim baru 12 minggu dalam perut kalo xsilap.Thn ni dah bole buat koleksi duit raya.Bole tahan masyukk.Setiap kali masok bilik lepas tetamu balik ataupon balik dr bejalan raya,ibu mesti kira jumlah wang terkumpul;p Ayahnya mmg xambik pot.Xbest betol org laki ni.Haha.Disebabkan susah nak balik kampung dgn anak kecik,ambik cuti 2 mgu terus.Bole spend seminggu kat perlis,seminggu kat penang.2-2 belah tok rindu nak main ngan Adim.Thn ni turn raya kat perlis dulu.Raya ke-2 baru zass balik penang.Tp raya ke-4 dah balik perlis balik sbb belom jumpa kakak sy dr kemaman lagi n gambar studio family pon xambik lagi.Excited ambik gamba family thn ni sbb gamba family kat dinding umah arau tuh belom update.3 org xmasok gamba lagi.Talib, Adim n Aqief (anak bongsu kakak sy).Eh blur plak nak sambung nulis..makan kueh raya byk sgt kot:D..Sambung nanti2la k..


Selamat Hari Raya semua..Adim dah stat nak ngamuk..ngantok di pagi raya..apa daaaa;p


Bajet org KL...hiks.Suka sungguh ngan neneknya..(tok saya)

Ni lah antara teknik2 yang digunakan bagi menambah jumlah wang terkumpul;p