OuR JoUrNey~~

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 24, 2013

Day 30

Salam.Alhamdulillah passing day 30 arini:D Semuanya dipermudahkan.Ibu ok,baby pon ok.Xmeragam so far.Minum susu then sambung tido bina badan.Heee.Owh kami juga telah merayau merata dah.Part paling tough nak urus si abang tuh,bukan si adik.Keluarkan carseat,abg yang nak duduk.Keluarkan stroller,kena tolak si abg.Haihla.Kadang hampir terlepas jugak rs nak marah tuh.Seb baik setiap kali nak marah teringat pesan mak sy.Setiap kali tepon sebelum letak mesti pesanan2 ni diulang byk kali.'Jaga diri leklok,pgg leklok sara masa mandi,jgn marah adim.Dia xsampai 3 thun pon lagi,xtau apa lagi'.Haih tersemat betul pesanan2 tu.Betol...bila rs nak marah tu,terus teringat suara mak yg mcm halilintar tu part jgn marah adim.Hahah.

Sy berpantang mcm org lain jugak.Bertungku,berbengkung, mengurut bagai.Cuma bab makan sy xbp ketat sgt.Both mak n mak mentua sy simple orgnya.2-2 pon guna prinsip yang sama.Makan serba sikit semua.Baru ada zat nak menyusu anak.Xla anak pon kurus keding sj dek kerana maknya pantang makan segala macam kan.Yep lain org lain penerimaan badannya.Mungkin ada org kalo makan makanan sejuk mcm pisang,terus menggigil badan kot.So far drp time adim dulu sy dh bantai semua benda.Mula2 try sikit.Kalo badan bole terima,baby pon ok so teruskanla makan.Xda la istilah pantang azab xleh makan mcm2 kn.Seriously xpaham apasal org pantang laksa sampai setahun n mcm2 pantang lagila.Kroniknya..

Tu bab pantang.Bab cara nak beranak pon jadi isu gak skang.Hadoi...kenapa semua org makin complicated neh..Gentle birthla,water birthla.Whatever it is,sakit nak beranak tu sama.Bini angkasawan pon second time deliver biasa sj.x repeat pon water birth mcm yg anak 1st tuh.N how do you know induce tu lagi sakit lg natural pain.Sy yg first induce due to leaking tp jalan xbukak,yg second ni natural sj.Masuk 8cm tu kau tetap sakit mcm tu jugak.Saya rs sama sj.Cuma mcm mana cara kita tenangkan diri,ambik nafas semua tu.Again experience la yg penting.Allah kurniakan rs sakit tu supaya kita bole tolak anak kuar.Habeh kalo xsakit,mcm mn nak teran.Lagi byk ilmu lagi complicated gaya hidup kita.Hmmm...

Xmasuk vaccine lagi.Byk google pon susah sebenarnya.Take it simple mommies..huhu

Footnotes: Mgu depan dah bole hanta adim pg school, dah bole masuk lab.Rindu nak tgk DNA yg xkuar2 result lagi so far:p Haih...

Tuesday, December 10, 2013

Life so far...

Assalamualaikum..alhamdulillah berpantang day 17 arini.Dok renung keta sj kaedahnya.Nak sj letak carseat bawak sara jalan2.Sampai kedai masukkan dia dlm carrier then ikut ibu shopping.Boley gitu??Hiks.Ikut hati boley tp ikut suami xbole katanya:D.Huh!Owh lupa nak mention,sy berpantang sendiri this time.Mgu first yang masa baru kuar hospital tu sj mak ngn ayah dtg teman seminggu.Lagi pon lagi senang berpantang rumah sendiri.Kalo balik kampung Adim confirm kena ikut.Nak soh org lain selain bapaknya uruskan dia,sy xcomfortable la.Susah senang biar laki bini sjla tanggung.Anak kedua dah pon,malas nak manja2:D

Berpantang kali ni jugak rs mcm senang sikit compare masa Adim dulu.Luka jahit cpt baik,Sara pon xbyk meragam (Baru tau perbezaan baby boy n girl.Boy asikla nak menyusu,bdn keras tough semacam.Girl byk tido,emah lembut sj,menyusu pon xkerap so ibu byk masa senggang utk bertungku,bengkung xlupa jugak shopping online:D)

Plannya nak berpantang smpai hujung bulan ni sj.1 hb 1 dah nak masuk lab.Xsbar nak pakai baju biasa balik neh.Baju2 pregnant semua dh lipat letak setempat.Habuan masuk stor.Till we meet again..3 or 4 years from now.Erkkk:P EBM stok pon dah menimbun.Alhamdulillah rezeki sara.Gigih buat stok sbb berpantang sekejap xmcm org lain yg tgh bekerja kan.Terima kasih jugak utk Talib yg subsidizekan deep freezer semalam.Speechless bila kedai hanta masa dia kat ofice,xmntak pon.Inisiatif dia tgk stok susu menimbun dlm peti ais kot.Semoga rezeki sara berpanjangan insyaAllah.

Footnotes: Excited nak menjawab if ada org ty anak bp org dah nt..'.i'm mother of two!' Heh

Wednesday, December 4, 2013

Saat yang dinanti:)

Assalamualaikum.Alhamdulillah.Sy dah selamat deliver ahad lepas.Dah 11 hari dah pun arini.So far so good.Second time mesti better than first time kan.Dah ada experience sikit,okla:) Harus buat catatan cepat2 so that precious moment ni akan diingati dan dikenang sampai bila2.Chronology..here we go.Heh.

Due date sy sepatutnya 20hb11.So pg rabu tu sgtla berdebar.Sampai ke malam sikit rs nak beranak pon x ada.Kuar makan malam mcm besa,balik tgk tv...feeling2 mlm tu maybe sakit.Sudahnya bangun esok pagi segar bugar jugak.Hiks.Kamis n jumaat ayah Adim dh stat EL,dia pon naik risau dah baby xnak kuar lagi.Sampai ari sabtu 23hb11.Bangun pagi masuk bilik air ada discas fluid sikit.Hmm..signs la kot kan.Ok nerves:D Ayah Adim asik ty sj pukul bp nak pg hospital.Bertahan dan terus bertahan sbb xsakit then yg kuar tu bukan blood or ketuban.Actually gynea yg consult dr awal pregnancy sy dh bg dateline ahad esoknya if xberanak lg nak induce sbb nampak ketuban mcm xbp nak balance ngan baby dah.Bincang punya bincang ayah Adim pujuk pg hospital malam tu jugak.At least apa2 pon dlm pemantauan dr kan.

So ptg tu setelkan adim n bekalannya pastu drop dia kat umah PIL.Menangis jugak sy time tuh.Risau wei.Beranak tu kan jihad.Antara hidup ngn mati.Takut sgt xdpt jumpa Adim dah lepas tu:( Dah puas plak ayah Adim nak memujuk masa tu.Pssstt...dia pon air mata dah bertakung,takut jugakla tu:P  So sy n ayah Adim sampai Bagan Specialist Centre dlm 830 malam camtu.Ok my gynea is Dr.Low.Senang nak cita lepas ni sebut nama dia terus.Xla meleret2 kan.Elok sampai kaunter Dr.Low lalu,kebetulan dia nak ambik file kat klinik.Xsempat register terus dia mintak staf hanta sy ke atas terus utk buat VE (vaginal examination).

Adala rs sakit sikit2, tp sy pon xpasti contraction betul or dah stat psiko.Hahah.After Dr.Low buat VE,dilate still sama mcm hari rabu lepas.Still 2cm.Ketat lagi tuh.Nak xnak warded jugakla sbb esoknya mmg dah nak kena induce kan.Ayah Adim teman sampai pkul 11mlm then sy mintak dia balik dulu.Adim tido ayah dia kena tepuk.Takut menangis plak first time tido ngan org lain.Tgh2 malam tu apa hal ntah sy rs contraction kuat sgt.Even nurse pon terus stay kat bilik sy nak pantau sbb bila drg letak tgn atas perut sy pon contraction 5 minit sekali.Tp tu la,sy pon xtau apahal contraction on and off.End up sy tetido.Sedar2 dh pukul 6 pg.Nurse kejut mintak sarapan get ready semua utk masuk labor room pkul 630.Dah ready semua,ayah Adim pon sampai.Sempatla dia solat subuh kat umah dulu.

Pkul 8 camtu Dr.Low sampai.Nak buat VE then nak stat induce dah.Sekali dia cakap..'Bagus sudah 5 cm.Xrs apa2 kah?Nampak relaks sj'..Ok nak lompat bintang.Hehe.5 cm means xpyh induce.Just dr akan pecahkan ketuban then tgu smpai 10 cm sjla.

PKul 9 camtu pecahkan ketuban.Haaa mulala episod yg dinanti.Contraction by contraction.Ayah Adim ada dgn sy sepanjang dlm labor room tu.Masa 6 cm bole lg tgk intenet kat phone sama2,gelak.Masuk 7 cm xmampu dah aih.Tgl ayah adim sj bckan yasin la,surah maryam la kat tepi sy.How was contraction?Masok 8 cm tu sy xsedar mana dah.Paut ayah Adim sj.Dipendekkan cerita pkul 1230 sy menjerit nak push.Serentak 4 nurse ngn ayah Adim dh get ready.Owh masa 8 cm tu sy dh stat sedut gas so suara2 sekeliling mcm sayup2 kedengaran sikit.Juggling antara sakit n khayal.Tp still bole dgr suara ayah adim mintak bersabar,suruh mengucap sambil pegang kepala n tangan sy:) Ntah celah mana jugak Dr.Low dh ready dpn kaki sy.Dia cek sekali lagi then sy dgr dia sebut..'ok full,bole push'..Apa lagi dh mmg berazam dr awal xnak ambik masa lama nak keluarkan anak kali ni.Kali ke-3 push dh kuar.Alhamdulillah.Terlepas azab rsnya nampak Dr.Low angkat bby sempurna sifat.Syukur ya Allah.Tepat 1255pm 24hb11 2013,selamat melahirkan baby girl.Sepasang dah anak sy ngan Talib.Semoga Allah sentiasa memberkati keluarga kami insyaAllah..

Ada byk lgi nak story,nt sy smbung k...

Layla Nursara Bt.Abdul Mutalib.Sy rsa mcm lahirkan Adim sekali lagi.Sebijik rupa 2 beradik ni masa baru lahir.Senyum tgk camera.Comelkan:p Semoga membesar menjadi anak yg solehah ya sara:) 






Tuesday, November 12, 2013

Masih ternanti-nanti..

Salam.39 wks.Hah masih selamat:D Haihla anak,jomla kuar.kita pantang cepat2,ibu ada byk labwork menanti nuh.Huhu.Dah stat stay kat umah dah.Xbp larat nak berkawad dlm lab dah.Barang2 baby pon dah stat merepek dah.Ari2 pon ada parcel sampai depan pintu umah.Pakcik poslaju pon dh ty bila nak bersalin:p Yang pasti org2 penting di sekeliling sy just sms sj.Mcm nak pesan apa2 kat ayah Adim otw balik keja ataupon communicate biasa2,sms sj.Kalo call sure dia kelam kabut.Sebab dia pon dah super suspen bila bini nak sakit bersalin ni:p Mudah2an dipermudahkan kali ni.Xlama dalam labour room.Amin.Ohoi cuak,lg neves drp time Adim dulu.Dulu xpt imagine mcm mana rupa sakit bersalin.Huhuhuhu.

Dah lama xupdate perkembangan anak bujang nan sorang tuh.Sibuk berlatih utk annual concert 8hb12 nt.Ibu dlm pantang pon rsnya ibu bole pg jugak tgk persembahan Adim nt.Dun worry kita angkut smua.Dulu pon kita 2 mgu dlm pantang dah merayau merata dah:D Tgk dia makin besar makin bijak,rs baru lagi panik dia lemas masa bersalin aritu.Tiap2 pg lepas mandi siap ready nak sekolah.mesti ty dia hensem x.Heh..cepatnya masa...N skang ayah segala2nya.Pkul 4 pg nak susu pon kejut ayah.Nak tido,sebelah tgn ayah kena tepuk,sebelah lg kena peluk.Arahan dia tuh:D Kadang2 nak minum susu pon ayah yg kena pegangkan botol.Mungkin dia bole rs lepas ni ibu bz dgn bby kot.Alahai anak,selagi termampu ibu akan manjakan Adim sampai bila2..

Footnotes: Dalam pada excited,cuak mengenangkan komitmen lepas ni.Anak kecik 2 org yg dah sah2 mcm2 kerenah nt,PhD journey..Semoga Allah lindungi sy dan keluarga setiap detik..Ameen yarabbalamin...


Friday, October 18, 2013

Salam Aidiladha

Salam.Standard dh tu lepas raya baru nak wish.Selamat hari raya aidiladha semua.Buat korban?Sy xbuat this year,simpan untuk aqiqah baby terusla nt.Approaching 36wks this wk,hmm berdebar2.So far cergas lg berkawad sana sini.Part shopping especially.Terlupa bai tgh sarat.Throughout prenancy-xngidam, morning sickness sikit sj awal2 pregnant aritu,tumit kaki xsakit n tangan xkebas2 mcm pregnant Adim dulu (azab jugak pregnant last time),jalan stabil n steady lg (high heels dah xberani tp wedges mmg setiap masa,rs hodoh n xkonfiden kalo pakai flat..hehe).Conclusion,alhamdulillah smuanya dipermudahkan.Hopefully bersalin pon mudah dan kehidupan selepas bersalin jugak dipermudahkan (ameen.. yaRabbalalAmin) since plan nak berpantang kat rumah sendiri n maybe ambik sebulan sj kot confinement period.Xbole nak tinggal labwork lama2..huhu.

Adim pon dah 2 thn 6 bulan,bijak dlm pelbagai cabang kehidupan dah skang.Heh.Memanangkan dia dah bole gtau bila dia nak buang air kecil  besar,suppose dh bole off diapers la kan.Tp kan sy xstart potty train lg,sbbbbbnya kalo dah xpakai diapers maksudnya dh big boy.Huuuhu cepatnya masa.Nt sy akan rindu masa kecik nadim raees.Bila nak ada kekuatan potty train dia ntah.Normal ker camni???Ker mental??stress!!

Happy weekend all..

Footnotes: Fasa bz ayah adim skang sampaila sy due nt.Xsukanya..hoho

Wednesday, October 2, 2013

Perkembangan semasa

Salam.Entry bermusim nampaknya:p Semalam sy xpg sekolah...1) hujan lebat so amatla susah nak kejut Adim tp dia kena pg school jugak walaupun maknya ponteng school.Heh.Mak bole baca jurnal dr umah no prob:D 2)Then ada appointment service keta utk 1st 1000km (dah 1000km eh??) pkul 11 pg.Lepas tu teringat check up 33 wks supposed ahad lepas lupa nak visit.Sibuk bejalan n shoping samp terlupa nak tgk kad appointment.Memandangkan 1st service keta yg amatla sekejap tu n service centre pon dekat dgn hosp, call gynea ty dia ada d hosp x kalo nak buat check up semalam jugak.Dia cakap ada n mintak terus dtg sj.So call ayah Adim gtau mintak nak pg check up sendiri sj this time memandangkan hujung mgu ni dia kena stay kat site.Dptla berjumpa dgn si kecik tgh hari semalam:)

Alhamdulillah at 33 wks, berat baby dah 2kgs plus minus.Besar eh walaupon berat ibu naik 500gram drp berat last 3 wks check up.Doktor cepat sj nak scan takut baby xmembesar dgn normal.Total weight gain starting awal pregnant smpai dh 8 bulan lebih ni baru 6kgs.Masa Adim dulu cecah 8 bulan dekat 15kgs dah.Betul2 sebelum deliver berat naik total 19.5kgs.Erkkk dasatnya.This time xberniat pon nak diet tp nampak gaya zat2 pg ke baby la kot.Semangat ni ibu nak beli treadmill mgu depan.Persediaan!!cukup 40 hari pantang marilah berlari2 di atas treadmill:D

Barang2 baby dh lengkap (terlebih lengkap rasanya).Just nak isi dlm bag sj in case emergency.Kali ni ucapan terima kasih kalo ayah Adim tolong buat apa2 n mintak maaf mmg dah xlokek.Restu laki penting wei nak beranak:p Semoga semuanya dipermudahkan n si kecik keluar dgn sihat n selamat.Amin:)

Friday, September 13, 2013

Mudah sungguh

Salam 7 Zulkaedah..Betol eh 7 Zulkaedah..hehe.Lama dah xupdate.Arini ari jumaat,tenaga tu lebihla cket.Maklumla esok cuti,lusa cuti,tulat pon cuti.Nak balik arau plak esok.Bertambah2 la tenaganya tuh:D

Nway nak update pasal sy dah jual si lion yang dah berkhidmat almost 6 years.Nak tukar keta baru,harusla tolak salah 1.Matila yg baru pon nak ambik,yang lama pon nak simpan.Driver in d house pon ada 2 org,cukupla dua keta.Ooops i dah collect new car marin.Arini sakit jantung dtg lab bwk keta baru.Bagi sj laluan kat smua org ats jalan.Motor,lori,bas,teksi,smua mnang arini.Takut keta baru tercalar dan terguris.Ahaks:P

Ok pasal mcm mn jual si lion.Owh i tot ambik sampai 2-3 mgu.Sekali within 24 hours dh berpindah milik.Rezeki jugakla.Alhamdulillah.Alkisahnya gini.Mmg mudah,company keta baru yg kita nak beli tuh akan uruskan cr used car dealer.Xjadi masalah pon.Masalahnya used car dealer akan ambik keta kita 4-5 ribu murahla drp kita jual sendiri kat mana2 individu.Alasannya nak cat balikla,nak baiki bg jadi betol2 barula.Takkan beli kat kita 24 ribu jual blik 25ribu.So ptg kamis lepas sj la sy snap 2-3 keping gamba si lion n advertise kat mudah.my.Dlm 3 jam jugak mudah ambik utk proses n publish.Lps dh publish tu tekejut den.Bertalu2 kot sms n call ty pasal si lion.Lepas maghrib ada 1 call.Encik ni cakap dia nak beli keta tu cash.Owh iyala encik.Igt dia main2.Tgk tidak,cuba bwk pon tidak.Sekali esoknya betol dia dtg ngn wife dia bwk cek nak byr terus.Tercungap2 jadinya.Keta baru belom smp.keta lama dh ada pembeli.Patah kaki la nak g lab ari2.

Esoknya sy ke bank ngn encik yg nak mbeli ni la nak buat full settlemet ngan bank sbb keta tuh still ada balance loan.Sekali lagi rs mcm haihla sapa la org ni.Setiap kali jumpa dia asik betukar keta mewah sj.Nak ty segan.Dgn jubah,janggut ala2 ustaz tuh.Sudahnya sampai ke sudah xtau nama dia.Dahla kat bank xpyh ambik no mcm org lain.Terus pegawai bank jemput dia (dgn sy sekalila) masok bilik urus cek utk transfer.Dia keluar dulu baru sy ty pegawai bank tu sapa nama buyer tuh.Lupa plak nak ty keja apa,bisnes la kot gamaknya.Peg bank tu jugak yg buyer tu rushing nak hanta si lion kat anak dia yg baru register first yr kat UNIKL.Owh byk duit bolela beli keta cam beli kucai kat market.Huhu.Apa2 pon alhamdulillah si lion dah kembali ke KL.Sbb plate WRG kot,so xsesuai dok penang:p


Hampir 6 thn bersama..dia juga yg pertama..ofkosla sedih jugak berpindah milik:(






Friday, August 16, 2013

Salam Aidilfitri

Assalamulaikum w.b.t.Kuih raya ada lagi??Mintak sikit:p Kuih ry kat umah sy berbalang2 lagi,dah kata balik kampung,xberusik lagi la balang2 tuh.Plan nya nak buat open house next week.Kena buat perbincangan lebih lanjut la ngn ayah Adim.Jumpa sekejap2 sj neh.This week sy ngn Adim kat arau dia kat site.Pastu ptg  smlm balik,pg td pkul 630 dh pg airport.4 hari ke Kemboja,hal ofice.Aduhai bila dah dok sekali ni n mostly keja umah n Adim serah kat dia,rs huhuhuhuhuhuhu sunyi n susahnya hidup.Tp esok pg ayah n mak dr Arau dtg teman.At least adala org nak main ngan Adim. Kalo x asik gaduh sj ngan dia.Mulut mcm murai, sepatah kita cakap berpatah2 dia jawab.Bila sy dh nak stat marah mulala dia cakap..'kolis (polis),ambik ibu ni' :p

Raya thn ni first turn di penang.Sedara mara sebelah ayah Adim ramai,ziarah sampai lebam.At 27 wks pregnant, xda plak yg ty sy due bila or to be precise, xda yg notice sy pregnant.Hey pg raya baju kurung moden ok.Mungkin part pinggang tu mcm dh hilang shape sikitla:p Apa2 pon, berat baby normal due to check up cuma mcm mana dia melipat kat dalam xpasti sampai org xperasan sy pregnant.Mak sy kata kalo sy budak jahat baru tingkatan 5 pastu pregnant, mmg cikgu xperasan punyala.Ha ah,mak ak mmg kuat baca harian metro:D

Meriah ke x?Meriah bilang duit raya anak sjla.Hehe.Dh besar2 gini xtau nak memeriahkan keadaan camana.Besa2 sjla kot istilahnya.Seronokla ada gamba raya sedondon 3 beranak.Thn depan apa jadi pon nak kaler merah menyala jugak.Thun ni dr awal plan nak merah,sampai kedai baju melayu Adim kaler turquoise plak nampak menarik makanya ibu n ayah terpaksala cr turquoise.Ayah Adim ok sbb mmg dia jual baju ayah n anak sekali.Yg maknya sambar kat butik sj:)

K la selamat ari raya adilfitri,maaf zahir batin.Eh syawal kan sebulan, biar la nak wish bila pon:p

Biasa bangun pkul 11, pkul 12 camtu.Ayah mndikan pkul 930 balik dr masjid muncung sedepa la:p

Sebelum pg umah PIL.Kesian ambik gamba sendirik:D

Xnampak bump pon kan. 7 bulan dah neh:)

Warna-warni aidilfitri.Xdala warna warni sgt pon,sekaler sj hah:p



Thursday, August 1, 2013

10 Malam Terakhir Ramadan

Assalamualaikum wbt.Lepas lelah sekejap.Janji nak jumpa supervisor pg td tp dia ada meeting so 230 japg baru bole jumpa.Sepagi bc jurnal prepare nak discuss,lemau dah rasa.Dahla candy crush saga level 29 xlepas2,boooo:p

Apa khabar ramadhan uolls dkt2 nak hujung ni.Sy??Sedihnya.Lepas bukak posa mmg letih yang amat,terawikh ntah ke mana,Nak ngadap anak lg sbb bapaknya g terawikh kat masjid.So ramadhan thun ni xtekejar nak tingkatkan ibadah ha.Seb baik ayah Adim sedapkan hati cakap jaga anak tu ibadah,penat lelah sbb pregnant lg ibadah.Lg byk pahala drp pg terawikh.Huhu,terpujuk jugakla hati ini:(

Preparation nak raya dah amat lengkap ha:p Tgal nak raya sj.This time turn penang raya first.Excited la wpon raya penang, raya kat umah sendiri.So lepas solat pg raya tu baru pg umah PIL.Malam tu jugak or esok pepagi raya kedua tuh zass balik perlis plak.Xjauh sgt so xdak hal lah:)

Then kami 2 beranak mungkin kena tinggal kat perlis sbb ayah adim kena stay kat site semingu stat raya ke 3.Betul2 lepas seminggu kat site,pg kemboja plak.Xjadi jugakla nak buat open house.Tak teropen kalo dgn Adim sj.Heh.

Perkembangan Anakanda Nadim Raees?Dh lama xupdate rasanya.Umo 2 thn 4 bulan,tgh develop ayat panjang.Cth `ayah,jomla tido dalam (dlm bilik maksudnya)' kalo main game keta 'ayah kona kanan,ish cepatla kona (sambil hentak kaki takut eksiden:p)..kalo sy cakap adim ni pandaila mesti jawab 'good nadim' (maybe teacher dia sllu cakap good nadim kot) etc..komen makanan kita masak bole meruntun jiwa kekadang..huhu.'Sedap x mi ibu? sure dia akan jawab pedas sangat,masamla...adala sesekali dia cakap sedap.Bila dia cakap sedap ibu rsa mcm nak bukak rstoran sj,bukan sng dia nak puji:p

Monday, July 22, 2013

2nd phase Ramadhan

Salam ramadhan.Arini hari ke-13 dah eh kita berpuasa.Alhamdulillah walaupon sy dah 'buang' 1 hari.Sabtu aritu la,badan dah sgt2 lemah masuk tgh hari tuh.Mcm nak pengsan rs.Memikirkan org dalam, bukak sjla.Xboleh nak paksa diri dah.Marin n arini so far rs cergas lg.Owh drive pg td dah ada lagu raya kat radio.Rs mcm dh nak ry sgt2:)

Sabtu lepas was my 23wks check up.Berat sy turun sekilo.So sepanjang pregnant ni sy bru gain weight 1 kg.Dahla berat turun,bump xnampak lsg.Dr cpt2 sj nak scan,takut baby xprogress. Tp alhamdulillah,baby progress normal n aktif.And the gender also confirmed.Shoping jom!:D

Shopping raya tgl kueh sj kot.Dh order belaka, tgl nak collect n bayar sj.Baju adim n ayahnya pon dah lama setel,sehari sebelum puasa lg aritu.Tgl maknya sj belum setel.Bukan apa,nak beli aritu takut tiba2 perut membesar drastik.Dh gini gayanya,bole beli dahla kot.Baju2 sy before pregnant aritu semua bole pakai lg.So xrisau sgtla tkut baju mengetat di saat2 akhir nak ry sbb pertmbahan berat xobvious sgt:)

K la..perut kosong, idea pon kosong..happy fasting smua:)


Friday, July 12, 2013

Salam Ramadhan

Assalamualaikum.Dah 3 ramadhan arini.Hows ur ramadhan.Saya perit sikit nak habehkan puasa tiap2 hari kali ni.So far xtinggal lg tp yarabbi nak sampai petang tu seksa benar rasanya.Kontraktor tgh cat 1 rumah termasuk semua bilik, dapur this week mgu terakhir finishing cabinet.Ok boleh imagine tahap keserabutannya kan.Dah 2 minggu lebih xmasak ni.Sgtla xsempurna buka puasa n sahur.Hopefully mgu depan dh complete belaka.Letih aih fridge dlam bilik tgh, pinggan mangkuk bilik belakang.Pastu pregnant n puasa amatla x serasi bersama.Selalu every hour at least kena minum or makan apa2 sikit.Ni bertapa sampai ptg, dok kuat dgn iman sj ni.Kuatkah???:p Alhamdulillah berjaya lg la so far walaupun marin sakit gg mcm nak mati dah.Ada lubang sikit plus xcukup kalsium kot.Padahal vitamin n susu hari2 ambik.Dugaan btul.Semoga Allah permudahkan kandugan dan ramadhan ni.Sy dah stat letih bila teringat ohhh esok ada lagi..emosi xbgus maksudnya tuh..huhu.

Reg pregnancy, esok next check up.Amat xsabar.Risau bump yang xnaik2.Tp dah bole rs baby gerak2,sometimes kick.Tp tu la,kalo xinform tgh pregnant, org xkan notice punya.Xnak ke depan, melebar ke tepi sj kaedahnya.Sadis betul.Biar gemuk sbb prgnant, bukan sj2 nak gemuk.Masalahnya kalo xinform org xtau sy pregnant.Mesti org igt apahal la dia ni makin hari makin gemuk.Sdihnya..Heh.

Shopping baby's stuffs??baju n aksesori not yet.Lepas raya ni la.Just beli bean bag n medela freestyle. Medela tu cam nak try tahap kseronokan mcm mana seperti yg diwar2kan padahal breastpump avent still bole pakai lg.Hopefully investment ni memberi pulangan yang berbaloi.Last time adim sekejap sgt breastfeed.Pg UK tinggal dia balik terus xnak breastfeed dah.This time insyaAllah xkan berulang.If kena pg mana2, nescaya akan diangkut semua sekali.

Okla..selamat berpuasa semua.Tingkatkan ibadah memasing!!Erkk..hehe


Tuesday, July 2, 2013

Welcome July

Assalamualaikum.Back to Penang, back to routine works.How was concert??superb!! Seb baik igt diri tgh berbadan dua, kalo x mesti join crowd berjoget.Hahah.Seriously, enjoy sgt:)

Ligat, xmcm 55 thn pon.Suara dahla amat sedap..:D

Sampai penang balik dah pkul 130 pg.Mana xnya, singgah sogo la, aquaria la.Tp hadoila manusia kat jalan tar.Sebab baru gaji, sebab mgu dpn dah puasa, so jalan amatla sesak.Parking sogo pon polis dah xbg masuk,terdamparla keta kami di semua house.Huhu.Tp dptla jugak lepas hajat g sogo.Sebulan xhabehkn duit kat sogo ada rs hidup xlengkap la:D

 At 20wks ++, berusaha pakai maternity blouse, tp bump masih segan silu.Adim??Transit umah kakak ayahnya sekejap.Hihi
 


Wednesday, June 26, 2013

June:)

Hey hey..heh:D i love june..every year!:) Sebab musababnya..every year ada sj yang menarik pada bulan June.This year x adala great achievement mcm last year tp besdayku ttp jatuh bulan ini.Hiks.Wishla..wishla...yerkk:p 21hb lepas genap 29 tahun. Hadiah?as usual..dinner + hadiah drp ayah adim la.Zaman sekolah kotla masuk kelas pagi2 cpt2 tgk dlm laci meja kot2 ada mana2 jejaka letak hadiah kan.Hahah.Apa pun I'm blessed..Dikurniakan suami yg kunci terus hatiku untuknya setiap masa (erkkk:p), anak yang sehat,bijak n the most handsome boy (alaaa bagi canla,semua ibu pon akan cakap mcm tu utk anak dia kan..kan..;D). Dan pada umur 29 thun juga, i'm going to be mother of two (si kecik kat dalam ni ibu doakan yg baik2 sj ok;D) dan dikurniakan kerjaya yang mengizinkan sy belajar sehingga ke peringkat ini.Syukur alhamdulillah..semoga kesejahteraan ini berkekalan selama-selamanya..amin:)

Footnotes: Sabtu ni ada konsert Sang Pencinta kat IB. Adim akan ikut ke kl cuma malam konsert kena stay ngn mak sedaranya dulu k.Masa untuk expose second child to entertainment plaks.Astaga:p

Bangun pagi ada kad sebelah bantal.Last year gamba kek sj, this year  ada tambah bihun..komfem2 thn  depan ada puding:D..




Wednesday, June 19, 2013

:)

Salam
Seriously xtau nak letak tajuk tp nak update.Xdala benda penting apa pon.Heh.Currently kat USM kubang kerian.Dah 4 hari.Attend course.Si kacak nadim raees terpaksa ditinggalkan d penang, ayahnya xbole ikut.Parah dah ni.Rindu.Mana penah tgl lagi, pg mana pun sll angkut habeh semua.Haih.Seb flight blik penang tgh hari esok.Amatla xsabar hokay;)

Almost a month being a phd sudent..hmmm...cuak kot.After discuss method dgn supervisor,rasa semput xleh nafas lsg.Sempat kerr nak siapkan within 3 years..ayayai..

Reg pregnancy, approaching week 18 this week.Dh nak masok 5 bulan dh.Bump masih malu2.So kalo sy xinform that sy pregnant,susah org nak agak.Check up sy buat kat bagan specialist.The latest check was sabtu lepas n gender pon dh nampak. Yeay it's time to shopping barang2 baby.Kekekke.Barula sng nk dcd nak beli kaler pink or biru:D Semoga dipermudahkan semuanya..ameen:)

Till next entry,xlarat angkat mata dh ni..nite...:)


Wednesday, June 12, 2013

drNya kita dtg,kepadaNya jua kita kembali..

Assalamualaikum...baru sudah masak, sementara tgu nak ambik adim dr sekolah (feeling2 fulltime housewife tp gaji masuk setiap bulan;p). Mgu depan ada training kat USM kubang kerian 4 hari, dr saat dapat emel mintak attend training, hati sudah gundah gulana. Mana penah tgl lagi putera nan 1 tu, slalu angkut sekali bapak ngan anak.Semoga 4 hari nt berlalu mcm 4 jam sj;p haih...

Harini cukup 5 hari tok saya meninggal (mak kepada mak sy). Sedihla tp alhamdulillah nampak arwah pg dgn tenang.Semoga Allah cucuri rahmat ke atasnya.Actually nak share experience yang buat sy rs insaf sgt tgk saat2 tok nak hembus nafas terakhir.Sabtu 8hb tuh dlm pkul 11 pg sy ngan ayah adim dh pg melawat.Masa tu nampak ok walaupun dah terlantar xmakan lsg almost two wks.Bila bercakap pon still ada respon lg.Mata mmg dah amat kuyu, imagine 2 mgu xmkn lsg.Air masuk setitik 2 sj. Makngah (adik mak sy yg jaga sepenuhnya tok gtau dh 4 hari mata bukak cket sj..pahamla xda tenaga langsung kan). Then dalam pkul 12 lbih sy balik umah.

Dalam pkul 415 ptg camtu, makngah call lg gtau tok dh nazak.Surprise jugak sbb td nampak elok.Sy mintak ayah Adim jaga adim kat umah, sy drive bwk mak g umah tok.Smpai tgk org kpg dah penuh dok bc yasin.Masing2 bagi laluan la kat sy n mak soh pg dkt katil.Sy xpg terus ke katil, dok dulu kat tepi dinding, capai yassin.Sempatla seround.Nak masok kali ke-2 bc yassin nampak tok dah sgt nazak. Letak yassin, tarik tangan tokwan ajak pg dekat dgn tok.Masa tu makngah ngan mak sy dh teresak2 sambil ajar tok ngucap.Jatuh jugak air mata masa tu bila tokwan sambil menangis mintak tok tgu dia d pintu syurga (terimagine ayah Adim akan cakap apa eh kalo saya yg tgh nazak masa tu...uwaaaa).Bacaan yasin ngn ajar mengucap bergema, tp sy fokus pada tok sj smbil pgg tgn dia.Sy pon xtau apasal buat camtu.Yg buat jntung sy mcm nak tercabut bila tok yg nazak dgn mata xbole bukak, tiba2 mata mcm terbukak luas terkejut. Dalam 5 saat camtu sj then stim mcm asal balik.Elok mata kuyu balik, perut stat berombak dalam seminit, habes...move to dada plak...then nampak nadi mcm kencang bhg leher lepas tu snyap sunyi...Makngah ngan mak dah menangis non-stop.Then makngah angkt kepala ty sy tok ada lagi x.Sy cakap rs dah xda tp kena call hosp jugak utk buat pengesahan....masa last nadi terhenti sy tgk jam, tpat 540 ptg.Masa hospital buat pengesahan pon dia pakai masa yg sy inform.Dan proses seterusnya diiuruskanla oleh family...

Sungguh ni pengalaman sy yang pertama & mgkin jugak terakhir jika x diberi kesempatan lg lepas ni.Sampai harini sy terfikir masa mata terbukak luas lebih kurang beberapa saat tu arwah nampak malaikat ataupon sakit ketika nyawa mula2 ditarik.Allahuakbar...Semoga roh bersemadi dgn aman di sana....

Footnotes: Tok saya di diagnose cancer paru2...tiba2 jd kritikal n terlantar 2 mgu lepas..seblum ni sehat segar bugar..huhu


Thursday, June 6, 2013

3rd Anniversary

Salam.Almost 2 weeks bermukim di penang.Rumah masih macam tongkang pecah.Kontraktor tgh besarkan dapur before pasang kitchen cabinet.Sbb masih under renovation, semak la cket.Nway rumah sendiri, feeling tu dalam cket:) 

Alhamdulillah, arini jugak genap 3 thun sy n ayah Adim bersama.Hidup berumah tangga bukanla sesenang selicin selancar yg org tgk, tough ok!Cuma bergantung mcm mana kita n pasangan handle every situation.Give n take la.Kalo kita marah n merajuk, dia pujuk,turn dia marah n merajuk kau la plak pujuk.Simple rule tp susah nak laksanakan:) Xbole manis setiap masa.Kena masam sekali sekala.Drp situ baru kita lebih mengenali pasangan kita.Apa pon, anniversary celebration terpaksa postpone to end of june, bz yang amat sekarang.Dengan baru pindahnya, dgn Adim yang xbp stabil lagi kat sekolah, rumah yg masih lintang pukang, nak tune in jd student balik skang...hopefully smua akan menjadi lebih baik dr hari ke hari.

3 thun bersama, alhamdulillah anak nak masuk 2. Saya nak hidup dgn dia smpai syurga.Semoga  Allah pelihara rumah tangga kami setiap detik.Ameen:)





Tuesday, May 21, 2013

At last:)



At last!We are going back to penang this weekend.Hurray:D Since this week adalah mgu terakhir bekerja sebelum bercuti panjang, so mgu ni terkandung misi menyelesaikan semua urusan dgn student, misi menyiapkan amanat utk lecturer yang akan take over my courses, misi kemas ofice dan juga misi packing barang2 kat umah:) 

Footnotes: Bila KPT lambat kuar offer letter, terasa amat berharga surat ini compare masa buat master dulu.Dulu x ada komitmen, tiba2 sj surat offer scholar dah atas meja...hmmm.Nway research time...Rabbi ya sir walatuasir ya karim:)

Wednesday, May 8, 2013

Fasa penyesuaian

Salam.Lama xupdate.Byk benda yg membuatkan sy stress sepanjang April.First time mengalami morning sickness n kpt yg menangguhkan meeting bulan april ke bulan ni (oleh itu surat cuti belajar sy xdpt dikeluarkan lg secara official).Yep, i'm still kat kl walaupon ukm dah suruh sy guna annual leave utk bercuti  dl sementara nak tgu surat official kpt.Sy masih besabar sbb xnak byr yuran sndiri claim kemudian.Hehe.Xpala,hopefully hujung bulan ni dh bole register.Actually x ada benda nak rushing pon.Yg membuatkn sy stress tu adalah sbb sy mrning sickness so i need husband around 24 hrs/7 days all the time.Xdpt urut sy pon,take care of adim sudehla...bukan senang nak manage part tu srg2 kalo x sehat. Seriously sy x enjoy 2 bulan awal pregnant aritu.Tu pasal ayah adim bwk sy balik penang rehat seminggu,so PIL bole jaga adim.Tp dh balik sana cergas la plak.Serius loya2 ni mcm xwujud.Sengal betul rs.Habeh cuti seminggu balik kl, jd balik.Apakah??ayah Adim plak ambik cuti seminggu teman kat cni last week.Nampak mcm sindrom ngada2 berleluasa kan..hihi.

This week approaching week 12.Alhamdulillah morning sickness dh mcm hilang sikit2.Just malam2 xbole tido exceed pkul 12, kalo x merana la stat pening loya bagai.Cinderella kot yg nak kuar kali ni:p Walaupon niat asal nak check up terus kat Bagan Specialist nt, terpaksa jugak bukak buku kat Az-Zahrah bangi.So nt transfer sj ke penang.Nak tgu check up kat penang rs mcm dh lambat sgt.Takut jugak if anything xmonitor dr awal kan.Hopefully kali ni dipermudahkan segalanya..(during scan masa check up kat az-zahrah dr ty adim nmpk apa kat skrin, dia jawab 'kacang'...sabar sjla:p).

What we did masa ayah adim cuti seminggu jaga sy last week?Tido hotel (sbb sy ngadu nyampah tido umah:D), tgk konsert kat istana budaya, memanjang mengunjungi spa n shopping definitely..hehe.Dh byk maternity blouse n seluar ayah adim belikan kat mumdreams bangi.Kalah nak sambut anak 1st.Cashier pon pelik agaknya sapa yg pregnant.Bini xada rupa org pregnant pon;) Drp observation bini, ayah adim much2 more excited nak sambut anak ke-2.Masa adim dulu terkujat kot kawen terus pregnant, xada experience plak tu kan.Sejak pregnant sy xpenah xbetul,smua sy betul n menang.So xpenah gaduh lg.Cemana ni,dlm intenet kata sminggu sekali at least laki bini kena gaduh utk eratkan kasih syg..hihi.Cakap sj nak apa, konfem dpt...ooo bahagia neh!!!;p.

Same goes to officemates.Ada sj rezeki hari2.Cam pg td elok nak kuar sarap bos ketok bilik bg nc lemak bungkus daun pisang.Masa drive pg td br teringat kalo kat umah mak mertua bgn pagi walaupon menantu pkul 11 baru nak bangun sama ngan cucu, nasi lemak daun pisang mesti dh ready atas meja makan.Pg2 lepas balik dr surau lg dia dah beli:) Bila teringat mmg teringin sgt2. Rezeki betol ada org bagi.Hihi.



Kat Zouk Spa Bangi.Ibu ngn ayah dh siap massage, dia plak xnak balik..suka naik benda alah kuning tuh..



Thursday, April 11, 2013

My Dear Nadim Raees is 2 Yrs Old now:)

2 entry terus sementelah ada tenaga n mood neh.Yeay Adim dah genap 2 tahun 27hb3 lepas, betul2 hari ibu buat upt to confirm pregnant ke x. I dun think and dun want to say that it is the besday present for you.Heh.I still remember, masa tu umo sy 6 thun n tiba2 mak sy gave birth to adik bongsu nan 1 tu, sy terus isi baju2 dlm beg nak lari dr umah.Kau penah buat???X kan.Hahah.Pada sy, nak dpt adik tu bukan hadiah ok.It's a mix feelings.Takut mak dah xsayangla, tkut org lain fokus adik more than focus on me lah..dan seangkatanyala.That's y sy xnak kata itu hadiah utk besday Adim.Walaupon pertambahan ahli keluarga berkadar langsung dgn penambahan kasih sayang, bukan pembahagian kasih syg.Penambahan ahli keluarga  di cni bermaksud hanya anak yeh, bukan bini.Jikalau bini bermaksud ia berkadar langsung dgn kadar kes pembunuhan.Hoh ganas!!:p

Sbb ibu xlarat this time, so beli kek kat secret recipe, makan kat pizza n pg sogo beli beg cars (ayah Adim sponsor) and Cuties n Pals (ibu Adim berkorban..perfume ibu pon sekali sekala sj cecah harga neh..tskkk..tskk..demi anak tercinta:D). Besday party nt tgu sekali besday ibu, besday ayah ngan house warming kat penang terus bulan 6 ni sjla Adim eh:D Apa pun, ibu doa Adim sll dilindungi Allah dan dipelihara menjadi anak yg soleh, dikurniakan akal yg tajam, lidah yang fasih, hati yang terang..Ayah n ibu sayang Adim without reasons son:)

i'm two now...for ayah + 9 at the back:p

Dah pandai pilih sendiri, tu ibu xsampai hati tuh

Okeh yg ni ibu:D

Apa jua gajet ibu, ni la wall papernya:)

Always be my feveret capture. Masa ni 3 bulan lebih.Cepatnya masa...

Where to start?

Salam. Lama xmenulis.Seriously susah nak fokus.Byk benda nak update tp which and where to start.Okeh pasal pregnant dulu la eh:p Yep it is confirmed. Dah 2 bulan lebih dh this week n i'm suffering of quite bad morning sickness this time.Kalo bukan waktu pagi waktu2 lain org panggil morning sickness jugak kah??Whatever la tp azab ok kali ni.Masa Adim dulu 2 bulan pregnant nun ke puncak gunung kinabalu ku bawa diri i tell u.Yg ini??jgn kata kaki gunung, nak turun pg cafe bwh office pon rs xdaya.Rasa kepala pusing2 pastu pkir nak landing sj.Buat keja umah mmg xnak n xmampu.Dtg keja pon ikut suka hati seperti bapak ku pemegang saham terbesar UKM neh.Hoho.Lebih malang lg, kpt (kementerian pengajian tgi) belum keluarkan surat offer cuti belajar lg (dah follow up, mgu depan katanya br akan kuar..amin).Selagi xkeluar status official cuti belajar, kena la dtg keja cam besa.Part tu la menguji kesabaran cket sbb bdn tgh lemah, kena urus Adim sorang2 weekdays seminggu 2 neh..sabar, sabar n terus bersabar...

Whatever it is, ini bukan unexpected pregnancy.Once result lulus cuti belajar 21hb2 tuh, terus decide it's the right time for second one sbb Adim pon dah cukup 2 thn 27hb3 lepas.Yg unexpectednya, sepantas kilat rezeki Allah tu.Alhamdulillah walaupon diri ini sedang berperang mencari tenaga nak manage kehidupan harian skang.Emo xpyh cakap la.Student cakap salah cket rasa nak sj tikam ngan pisau.Normal x perasaan camni?:p 

Ayah Adim pon time2 ni la sibuk kat penang.Agaknya sbb bini dia emo sgt bila cakap kat tepon, nak bwk berbincang pasal cuti bukan masanya la skang.Masok ofice pg2 dah ada emel perancangan cuti dia karang.Hiks kelakar lak sbb konsert awie ngn beli baju pregnant pon masok dlm jadual:D

Celah2 kekalutan pun sempat lgi:p



Wednesday, April 3, 2013

Testing:)

Test2.New gadget sempena welcoming ADIK Adim:)..officially i'm approaching 8 weeks of pregnancy period this week..later story morry k..susahla nk taip..heh

Wednesday, March 20, 2013

Curious nak tahu but cuak jugak..

Salam..

Currently i'm having pre-pregnancy symptoms and already missed menstrual cycle for more than a week after a few days off segala family planning yang digunapakai selama 2 tahun..wuuuu..perlu kah buat UPT sekarang..Baru sj tulis dah ready for anak PhD since lg 2-3 mgu akan kembali hidup bersama 1 keluarga di penang..owhh gundah gulana plak rs memandangkan nt for sure sy akan sibuk masa nak pindah rumah nt.Cuak sebenanya.Anyway wish me luck yeh:)

Wednesday, March 13, 2013

Kelmarin..

...telah kuserahkan piala..yang berisikan  madu cinta..lagu zur eda pagi2...kau ado??:p


Kisah kelmarin.Kelmarin di cni bwk masuk the day before today.Yes semalam.Tp sy xsuka cakap semalam sbb semalam pada sy malam td.Ikut suka kau la labu:D


Sy g service keta kat peugeot glenmerie semalam.Malas nak tecongok kat service center,mintakla driver hanta ke subang parade sementara keta nak siap tuh.Masok parkson kejap,xtau nak beli apa dah.Pg bhg kanak2 mcm alahai apasal baju budak2 laki sama sj pattern.Nak beli baju Adim pon dh mlas rs.Lalu bhg men teringat ayah adim xada lg baju kaler merah utk dinner forensik this week.Hah dptla selai baju utk ayah adim.Pastu dah xtau nak merayau mana.Lalu dpn MBO tiba perasaan nak menonton wayang terus membuak2 mcm nak pecah dada.Ohoi expresi dirimu di hotlink!;p

Masa beli tiket budak kat kaunter gtau movie dah stat a few minutes tp panggung xada penonton lsg.Means 1 cinema yg besar tu kerusi sj ya.Oopss lupa, cita snitch yg sy intent nak nengok tuh.Tawakkal beli jugak tiket.Masok wayang of kos la cuak.Kosong,gelap,sound yg bikin telinga bingit dan sekejap2 terkejut tuh.Cuak dok pk tiba2 ada org masok menodai diri ini lg:p ya la, kalo menjerit sapa leh dengar.Terpk lg tiba2 drg tgk srg sj penonton pastu pompuan plak,dok pakat sesama drg kan.Ok bismillah xlekang drp mulut awal2 tuh.

Ayah adim plak asikla sms soh kuar.Mula2 plan nak kuar dah sekali diri ni dah masok habeh ngan cita ni.Terus lupa tgh tgk srg2 dlm panggung wayang besar.I can't believe i can stay inside alone for two hours.Jiwa kentang jugak sebenanya:D

Cita mcm mna the si ayah gadai nyawa,ambik risiko bahaya just nak selamatkan anak dia yg diperangkap org kekononya nak edar dadah.Sy suka cita2 camni.Cam movie 2012 pon sy tgk byk kali.Cam ayah Adim suka cita2 ala2 Ip Man dan seangkatan dgnya so kat situ ada konflik interest cket;p

Tp sedih bila anak dia yg kena penjara tu cakap dia sedih tgk ayah dia kawen lain  n dok umah besar ngan family baru.Pompuan kan..mana leh terima adegan2 ada pompuan lain.Kawen lain apatah lagi;p

Wednesday, March 6, 2013

Counting Days

Salam.Something to update.Heee.Aritu lagi nak update tp byk benar agenda,xnyempat nak jenguk blog:D..Pasal interview cuti belajar sy yg asik postpone last time tuh.Ok dah selamat berlangsung (berlangsung??tu sj word yg kuar kat otak skang) pada 21hb2 lepas.Masa tu sy tgh kursus seminggu kat Klana Resort Seremban (18-23hb2).Ayah Adim mmg telah diarahkan utk berkelana jugak kat hotel tu seminggu.Iyer la, kat mana plak nak ditinggalakan anak bujang nan sorang tu, seminggu lak tuh.Hehe.

Pepagi 21hb tu gerak ke UKM dr Seremban.Adim pon main angkat sj masok kereta,ayahnya sj uruskan bg mandi makan semua kat masjid UKM.This time interview dia panggil 5 org candidate sekaligus.Sbb ada 5 org sj staff UKM yang nak bercuti belajar:p Me, 2 org lecturer fakulti engineering n 2 org lagi medical doctor dr PPUKM.Walaupon sejam setengah dalam bilik senat, alhamdulillah kelima-limanya diluluskan bercuti belajar selama 3 thun dengan dibayar full emolumen (gaji+elaun) + biasiswa SLAB drp Kementerian Pengajian Tinggi.Tu 1 hal.Satu hal lagi, 3 weeks left sebelum keluarga comel kami dapat hidup together2.:D Done with anak master, now it's turn for anak PhD plaks.Kekekeke:)

6 bulan di Noida, India.Unpaid leave utk ayah Adim la kot.Jgn ibu Adim sibuk study ayah  Adim ambik part time job  berlakon sudah, tiba2 nampak dlm filem bollywood ada pelakon tambahan dok petik daun teh, hah sudah!:p

Thursday, February 28, 2013

Unplan Visit

Salam.Tgh download software nvivo n spss.Nyampah terkedek2.Di samping menunggu, apa kata buat coretan cket:)
 
Kisah lawatan ke JB last week (9-11hb3).Tujuan asal 1 sj.Konsert ayah Adim tu la.Di celah2 tu ada plak jemputan kawen kat Rengit.So kalo dah rezeki x kemana.Sampai jugak kami anak beranak ke Rengit tu walaupon rs alahai bilala nak sampai umah kenduri ni.Tgk map umah pengantin cam 100-200 meter sj dr simpang.Heh.
 
Hasil drp jeritan sang ibu pg2 soh 2 anak beranak ni bangun, dptla gerak ke JB pkul 10 pg sabtu lepas.Pencapaian membanggakan tuh.Selalu nak g mana xcecah pkul 12 xsah.Seb baik umah dh dkt ngan exit plus Nilai so dptla skip jem yg semua org nak balik kpg sempena raya cina itu.Sangkut sikitla kat Seremban.Shoot terus sampai rnr Machap.Berenti lunch.Dalam lepas zohor dah sampai JB.Hujan lebat plak menyambut kami.Serabut tol nak cr hotel.AmanSari Residence Resort.Dpt sj hotel,landing2 dah nak kena siap2 pg umah membe plak kat Setia Tropika.Bukan ada apa pon, sj nak melawat.Sejak habeh grad degree dulu mana penah jumpa lg.Kawan baik neh.Anak dia pon dah 2 org.
 
***Ok susah nak karang entry ni..pack sgt jadual..sambung esok2la kat umah.Time adim tido..***

Ha bersambung balik..(berkepuk kat draft:p)

Sabtu malam konsert kat stadium MPJB, ahad pagi gerak ke batu pahat utk kenduri, ptg ke tg.piai (nak jugak jejak kaki kat tanah paling hujung benua asia kaedahnya), malam singgah umah parent my bestfren ecah kat kota tinggi, sampai balik hotel pkul 1 pg then pengsan sampai subuh!(summary kronologi aktiviti:p)

Isnin pg trus g larkin  sbb kawan baik MIL a.k.a cik anie (novelist:rohani din ) yg menetap di Singapore berkurun lamanya janji nak jemput keluarga nukleus kami masok Singapore kat situ.Alhamdulillah xcerewet urusan masok singapore even first time bwk keta sendiri:) Pkul 10 dah sampai umah Cik Anie di Toa Payoh.Then husband dia bwk g Geylang Serai n pusing 1 singapore (singapore kan kecik:D).Ptg pkul 330 ktrg gerak g Sentosa island.USS n Aquaria targetnya.Malangnya time tu peak season raya cina.Nak masok aquaria kena tgu turn 2 jam, nak masok USS dh lambat sbb pkul 6 dah so jalan2 kat situ,beli svnr merchandise bagai pastu dcd gerak balik kl.Campo tolak jem nak kuar singapore, sampaila kl pkul 1 pg.Not bad la kan sbb betolak dr singapore pun dh pkul 8 malam:D


Footnotes: Entry ni rs susahnya nak karang.Sbb skang tgh gigih tulis paper utk submit ke jurnal utk publish thn ni, so 1 kaedah penulisan scientific, yg ni plak kaedah penulisan merapu:p Amatla berbeza.So far utk thn ni dah publish 1 paper kat Jurnal Problem of Forensic Science (clap!clap!:p..walaupon tidakla high impact hatta scopus sekalipon..hehe)


Ibu dah makin xlarat nak dukung dia..berat 1, kasar 1.Sekali kena siku ngan dia hilang ingatan sekejap rs;p

BFF..bersama2 time 1st degree dulu, xsangka dah beranak pinak skang.Yg tudung biru menyusul nt,di ambang zaman bertunang skang:) Alhamdulillah dgn kehidupan masing2 skang.2 university lecturers (me n ecah bertudung biru) n Ida hosp dietetian

Rengit, kenduri ex-staff ayah Adim.Hoho jauh perjalanan nak sampai umah kenduri.Nway Selamat Pengantin Baru buat kedua-dua mempelai.Nak balik berkepuk tuan umah bg bekalan makanan cenderahati.Besar hati rasa:)

Di rumah Cik Anie,best fren mak mertua di Toa Payoh.Terima kasih buku2 yang dihadiahkan.Ikut hati nak rembat smua novel bwk balik kl.1 rumah dia penuh ngan buku.Hiks

Few pics kat Sentosa,Geylang n Masjid Sultan Abu Bakar











 

Thursday, February 7, 2013

Pulak dah..

Salam.Yep semalam sy balik umah pkl 1130.xjadi ambik mc sbb dah togok ubat batok kat office before balik tu so bila drive nak cpt smpai umah sj.Amat ngantok.Nak singgah mana2 pon xmampu dah.Sampai umah campak beg (x la campak kasar, campak lembut2:p) masok bilik panjat katil zzzz sampai pkl 230 ptg.Nak lajak lg xley dah, kena prepare serba cket utk interview yg dimaksudkan which is scheduled today pkl 3 ptg.So skang tgh bengang cket rs sbb pendaftar call gtau atas hal2 yg xdpt dielakkan, the interview dh postpone next week 14hb pkul 9 pg.Aloha!!Sy dah tinggal smua keja lain termasok shoping biskut semalam utk santapan stiap hari demi interview arini cancel plak.Hak ena.
 
Seb baik sabtu ni betolak ke jb.Ada konsert (konsert sapa lg.Kalo bukan M.Nasir, Ramli Sirap la tu.Kalo org lain nyer konsert x dikejarnya ayah Adim tu:p).Jadual agak padat kebetulan ada kenduri ex staff ayah Adim jugak kat Batu Pahat so if ada masa bole lajak singapore sekali:)
 
Footnotes: Semalam kan sy xsehat demam sakit tekak bagai.Time2 tu la anak bujang tu nak mcm2.'Bu, nak susu'..bagunla si ibu dgn longlainya buat susu.Bila bg kat dia..'Bukanla, nanak more la (chipsmore)'..u know y??Sebab vocab baru dia since sabtu lepas is 'bukanla' so semua benda akan ada 'bukanla'..Tp bila main puzzle ball akan speaking ok.Haha.Kalo ibu ty..'is this hexagon shape?'..'noooo, star!' semua pon 'nooo, star!' walaupon ibu ty 'is this star shape?'..hahah:D

Wednesday, February 6, 2013

Dugaan

Assalamualaikum.Esok sy ada interview cuti belajar dengan panel universiti dan arini sy demam sakit tekak bagai.Stressnya!huhu..So nak prepare apa patut pg ni utk interview esok then maybe g ambik ubat mc sekali kat azzahrah, shoot balik umah rehat.Haihla ada sj..:(
 
Naib canselor xpasti trun ke x esok tp one of the panel is timbalannya, Dato'Azlan.From previous reviews, dia bukan jenis simply2 nak lpskan lecturer bercuti belajar.Perlu justify apa benefit phd sy nt to universiti, to faculty n crucial part is offer letter sy dr local university which is dia xbp suka staf buat phd local.Adui pray2.Badan yang xsehat, pleasela kompromi.Sy nak buat preparation utk esok.
 
Tgh2 malam2 semalam jugak head department sy sms.Jap nak tgk balik intipati smsnya.Hah bunyi gini..'i think tomorrow your interviewer will be prof Dato Azlan.Read up on blue ocean strategy and be prepared to answer to prove that your phd is unique that allows you a special nich among all others' and sy reply gini sj..'Agak2 Dato'Azlan mc x esok:p'..and again he replied..'Dia very open, better him than the others'..Suntik semangat la tuh:D
 
Footnotes:Masa study leave staff akan dibayar gaji penuh,semua elaun jalan plus ada tambahan elaun sara hidup, elaun buku la segala mak nenek elaun lg drp kementerian pengajian tinggi (ok xsabar gaji akan double masa cuti nanti:p).Tu pasal byk prosedur cket kena lalu.Please sy nak balik penang sementara momentum belajar sy xkurang lagi neh..ameen:)

Friday, February 1, 2013

Perbualan

Sambil tgk tv,sambil gayut ngan ayah Adim..

Me:Abg tau x dulu sblum pregnant bj seri saiz xs or ss..bukan setakat s tau.Skang M pastu yg cutting kecik2 tu terbabas sampai L kekadang

Ayah Adim: Xpala, kan tgh berusaha skang.Bila masa XS, bila masa M/L abg xperasan pon.Sama sj abg rs.Tp xpala demi isteri tercinta yg tgh berusaha keras skang, mintak2 isteri abg ni berjaya smp bole pakai bj saiz 6-12mos ataupun newborn (nada serius ok!).

Me: Ok stress:p

Wednesday, January 30, 2013

Current

Salam.Ouchh dh nak habeh januari 2013.Lusa dah feb 2013.Haihla masa sgt cepat.Macam br sj update blog, tgk2 balik 11 januari lepas last entry.Dah bp minggu dah neh ek blog berhabuk:)
 
Ooh things to update..lagi eh?:p i've lost 4.5 kg so far..yeay!:D obviously sluar g office, seluar jeans dah loose cket.Ececece;p. So diet masih berterusan.Ok sy admit sy consume SDII awal2 dl.sj2 nak try.2 tin utk 2 mgu.1 tin rm150 so kalo sebulan dah 4 tin,agak membazir.Tp kesan sgt cepat kalo disiplin tgi.Mcm sy orgnya agak berdisiplin (insert bunyi booo di sni:p)..that's y dlm seminggu sy lost 1.5kg aritu.Adala syarat2nya dlm buku panduan tu.So now sy dh dpt konsep so off la SDII tuh.Konsepnya diet protein off carbo.Seb baik jugakla semenjak 2 menjak ntah apesal kurang interested ngan nc.So ayam daging suma tuh menjadi faveret.Tp weeknd terpaksa surrender.Mcm sabtu lepas sy buat family treat kat ana ikan bakar petai tanda kesyukuran kami tiga serangkai sekeluarga(utk keluarga ipar duai shj).Camana la nak tgk shj ikan jenahak bakar yg mmg feveret tuh, sotong goreng tepung terbaik di Bangi etc so dalam kes2 terpencil gini, belasah sjla:D At least lg 4 kg kena buang.Hoho dgr sng tp memerlukan pengorbanan yg tgi neh!!:D
 
Nak prove la tuh..nah ambik:p
 
Sekeping dahla:p

Pg ni jugak sgt bersemangat.Dah 2 mgu application utk study leave sy terperap kat bilik dekan.They insist me to go overC for phd tu pasal pihak2 kat ats tu susah nak approve application sy utk smbung di USM penang.Penang-KL dh cukup survive, lagi nak penang-uk probably??Call dr steno dekan inform pihak fakulti dh approve really made my day:) so menunggu hari utk interview peringkat universiti.Once approved, jom packing barang:D 70% done..pray for another 30%..ameen:)
 
Ni video secara xsengaja.Masa g pameran dinasour kat i-city shah alam last week.Si ibu sj ambik video bunyi2 dinasour dalam bilik pameran tu.Tetiba dengar suara budak melalak.Sabar sjla.Ayahnya dah letak Adim dlm kandang dinasour.Melalak xigt sambil toleh belakang tkut dinasour kejar dia.Masa mula2 masok lagi dia dh sebok kata...'ayah,akuttt' (takut maksudnya:p).Hahah kesian dia kena buli;p

video
 

Footnotes: Makin byk vocab anak manja sorang tu.Tp selalu highlight mmg ayah bukan ibu.Cth 'Ayah..sakit kaki'..memanjang gtau sakit kaki la, sakit perut la.Smp kadang2 ayahnya reply balik 'ok adim rilek, lg 5 minit ambulans sampai'..hahah.'Bu, pakai selaq'..puas mikir sampaila dia angkat seluar dia.Oowh sgt utara.Pakai seluaq rupanya:D.Pening babysitter dia.Hiks.Tp part sakit jiwa bila pukul 2 pg bangun duduk atas katil then cakap..'Bu, asyik (nasi)' or 'Bu, nanak more (chipsmore)'.Puas google situasi ni.Dia nak betul or sj2 ntah..konfius dah si ibu..huhu.
 
 

Friday, January 11, 2013

Sembunyi

Salam Jumaat.Ya sy masih dalam bilik, walaupon pekerja kerajaan lain akan bergembira rehat 12-3 pm, iya masih di sini.Actually bukan masih di sini, baru masok balik.Hiks.Dah kuar td pkl 11.Awal eh kuar.Kuar sekejap sj g deposit installment keta,pastu jejak kaki kat manjaku bandar baru bangi sebelah tu barang setengah jam.Now kembali ke ofice:)
 
Ohh td masa pilih2 baju kat manjaku ada srg customer ni pakai batch tulis 'i lost my 20 kg' n dia sgtla slim dan quite tinggi (appearance nampak cm pompuan muslimah la.Tudung agak labuh n pakai tshirt muslimah yg sampai lutut tuh). Terusla makcik ni teruja kan:D. Sy tgh cr bj saiz Adim masa tu n dia pon sama la keadaannya. Dgn spontanious nya sy ty 'excuse me, ur batch. U dr mana'..owh terus dia pon dgn ramah tamahnya bercerita pasal lepas bersalin berat dia dah xnak kembali ke asal (dah 2 anak rupanya walaupon dia gtau umo dia 29..heh sebaya).So dia pon dok cita la dia guna herbalife. Dia hilang 20kgs tu within 5 months.Hmm dia pon offer la makcik yg tekun dengar ni g ofice dia or dia bole dtg ofice sy utk consultation n free coaching.Dia inform lg dia kerap sj masok UKM sbb ramai customer esp lecturer yg jd loyal customer dia. So bertukar2la namecard di situ..
 
N now dia dok call nak set appointment..hah sudah!i'm not ready yet nak consult bagai utk kurus kedekiang so xangkatla hp neh.Itula gatal g ty lagi....adoyai!
 
 

Wednesday, January 9, 2013

Things to Update

Assalamualaikum..
 
I'm on diet right now.So kehidupan seharian seakan menyeksakan.Nak2 bila ayah Adim ada kat umah dan ajak makan mcm2.Hoho.Xmasok sms hasut lg time2 bekerja.Pizza la, ayam penyet wong solo la..sabarlah wahai iman.In 8 days, i lost 1.5 kg already.7 kgs to go to my pre-wed weight.Owh harapan menggunung tuh:p Kalo berjaya maksudnya sy ada extra 1 1/5 almari baju lama2 utk pakai balik.Sekali harapan menggunung diletakkan.Bak kata Ustazah Bahiyah, nak pregnant kali ke-2 atau kali ke seterusnya kena kurus balik dulu.Baru bole mntain.Ok nak prepare diri ke arah itu kena usaha keras utk kurus (tp mak mertua sy kata org kurus sgt bg dia xcantik, xmenarik...ok ambik hati sy lah tu:p..eh sy xla gemok gedempol utk pengetahuan umum, just gain weight sedikit selepas deliver:D).
 
Dan juga tgh survey2 SUV.MPV bagus utk family tp sy serahkan kepada ketua keluarga utk uruskannya.Bak kata ayah Adim nt tgu anak nak masok 3-4 org bru dia nak pk.Oklah drp dia xnak pk lsg.Why SUV? ntah mmg semula jadi minat.Heh.Hari2 dok intai keta baru staf kat cni tucson kaler putih (siap highlight kaler lg:p) tp pengeluarnya ialah Korea la plak walaupon design cantik.Sy belaja driving pun dgn fiat 124 bukan power stereng, keta skang pon kalo bwk rs stabil ats jalan so SUV brand apa yg tinggal eh Volkswagen, BMW, Merce, Volvo, Audi (Xmampu, kalo yg mampu pon makan nasi ngan garam bulan2), Peugeot (jom tukar brand walaupon stiap kali service keta dok intai 3008 kat showroom:p), Chevrolet (dalam pertimbangan ni...;p)...Ada suggestion x??honda, toyota semua xpernah jatuh cinta.Huhu.In the future kalo pakai maksudnya kawen terpaksa:D
 
Masa utk berangan dah berlalu...Ada meeting kat kl ptg pkl 230 ptg ni so better gerak skang.Bai:)
 
Footnotes: Bahasa Adim sgtla utara..ayaq, awat, xmau, 'bu..susu hangat...' .Hahah. Stok kalo balik kampung mmg xkena tipu la ngn org kpg:p
 
 

Friday, January 4, 2013

Welcome 2013

Hai, salam tahun baru!:) As usual tertinggal train.Hehe.Baru masok ofice yg asik2 ditinggalkan ini.Kesian bilik ni, cleaner nak masok cuci pon xboley:D Byk sgt cuti umum so sambung terus la ngn saki baki cuti personal yg ada tu.Nway hows ur new year??Sy anak beranak biasa2 sj.Sambut di Penang.
 
As planned, 1 hb tu nak gerak balik kl.Tiba2 perasan ada minyak setitik 2 dok menitik bwh kereta.Call ayah sy ty minyak apa.Ayah sy soh calit ngan tgn n tgk kaler.Call balik gtau kaler hitam cair means minyak gear ayah sy inform.Terus call peugeot kat Juru Autocuty.Of course la cuti.New yr kot.Seb baik ada kenal mamat service advisor kat situ.So dia mntak hanta pg2 2hb tu n check dl (xpercaya la tu bila pompuan inform minyak gear bocor:p). Terpaksa la laki bini ni ambik EL 2hb tu.Dah hanta pg esoknya tu n service center pon knfemkan betol minyak gear yg bocor, cpt2 drg proses sbb emergency n gtau nak kena balik kl cpt.Pkl 3 siap terus shoot balik KL.Kamis pg pkl 630 terus hanta ayah Adim ke airport, flight pkl 710.Masok ofice pg marin sgt blur.Xtau seh nak stat apa dl.Student plak tgh exam.Sunyi!
 
Ok jom imbau 2012 jom;p Imbau sy punyala,u all imbau sendiri la kat blog u alls.Hiks.
 
Jan - Mei: --- xigt, mcm biasa2 kehidupan sj:D --- owh bulan 3 was 1st Nadim Raees Bithday n Mei was 28th birthday of Ayah Adim:)
 
Jun: ---My 28th birthday ---2nd anniversary (Pulau Kapas)
--- Dapat Master (research in Genetics):)
 
Julai - October: ---kehidupan biasa
 
November: --- My convo --- Vacation to Netherlands --- been promoted to University Lecturer DS45 - Alhamdulillah:)
 
Disember:--- Received offer letter for PhD, yeay (panas lagi ni..heh).Pray..pray..pray..xdak aral, our small family will stay together at least for 3 years.Soon Ayah Adim, soon Adim.Amin:)
 
 
Azam 2013??
 
As usual..xpenah ada azam khusus.Penat reka azam kalo xberusaha.Niat, usaha, tawakkal lebih praktikal.Selamat Tahun Baru semua yeh!:D