OuR JoUrNey~~

Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 30, 2012

Milestone

Assalamualaikum.Nak quick updatela.Hehe.Arini stay kat library.Byk benda nak setel,tp rasa meja kat opis mcm xsyok plak.Utk arini la.Memerlukan ruang lingkup yg berlainan plak.Jgn satgi terlangkup sudahla sejuk2 ni.Heh.

Nadim Raees dh genap 10 bulan 27hb 3 lepas.Jumaat haritu.And oficially dia sudah bole berjalan. Big yeayyy:D sebelum ni kena pegang dinding,kerusi.Tp dh cover 1 rumahla.Tetiba jumaat malam tu,sy tgh tgk tv.Dia plak dok tepok2 tv.Tiba2 adim pusing sambil gelak2 then jalan ke arah ibu.Woooaaaa best2.Dlm 4 langkah jugakla.Hebatla anak ibu!:D Selalu org stat setapak 2.Heee.Dah dapat kaki asik la nak bejalan.Tp ibu masih kena pantau dgn kritikalnya sbb masih lesen L.Dia kalo nampak benda leh paut,cepat2 dia menjunamkan diri.Semalam dia pg junamnya kat walker.Haih seb baik dan pgg walker.Kalo x patah lak gigi comel yg sudah 3 batang menjelma itu.Hiks.

Okeh nak buat kerja!:)

Guling2.Dengan rambut serabai bangun bc Apo.Tgh baca,ada kartun boboboi lak kat tv.Haih bz benar;)

Wednesday, January 18, 2012

Kerabu, Rabuan Pit..

Salam.Serius xada kena mengena ngan tajuk di atas.Arini kan ari rabu.Seolah-olah keluarkan perkataan lain drp perkataan rabu.Hahah.Marking manuskrip student yang antaranya telah ditranslate kan ke BM.Bukan mengagungkan english,tp aduhai pening ha.Ada term yg lari terus bila translate.Ayat langsung xbole nk catch up.Terjadila,marking 2 ayat,fb.Marking 3 ayat fb.Hiks.Dah hampir siap:)

Nk update apa ni?Owh sudah cukup 2 mgu.Alkisahnya 2 mgu lepas kami telah berumah tangga di ikea dan ikano.Punyala ayah dan ibu kusyuk dok belek barang.Anak terpaksa dimandikan,dimakankan dalam baby room ikano sj.Tp serius comfortable.Masok bby room bertiga siap kunci lagi xbg org lain masok.Buat mcm bilik kat umah:p Adim pon mandi sambil terlompat2.Bajet mandi kat hotel la tuh:D Motif sudah cukup 2 mgu?Ayeyeye barang yg amat dikehendaki x ada stok aritu.Lagi 2 mgu katanya.So mgu ni mari berumahtangga sekali lg di ikea dan ikano.Hoyeh.Bila masok bab shoping,perempuan akan lupa akan kesengsaraan hidup;p..jom sambung marking paper:)

video
Budak tolong ibu lipat baju pkl 11 malam

Friday, January 13, 2012

Tazkirah

Assalamualaikum semua.Sebab tajuk tazkirah kan kat atas:p Agak penatla semenjak 2 menjak ni.Mcm2 hal.Hal opis,hal anak.Believe me,keja pejabat bertimbun cemana pon,dr pagi sampai malam pon xsepenat jaga budak kecik.Ini bukan mengeluh..ini cerita harian.Hujung bulan ni,my boy will turn to 10mos.Hmm cepat saja masa berlalu,secepat perkembangan dia.Skang dah bole melangkah setapak dua.Langkah setapak,pek jatuh.Pastu tgk ada org tgk x.Kalo ada org tgk..haaaa siapla.Akan menangis sekuat-kuatnya.Tp kalo kita buat2 xnampak,pandai plak mntain cool.Pastu jgn cuba2 buat keja lain masa dia tgh main.Dia punya menangis merengek tu xthn nak dgr.

Memandangkan sy srg sj mengadap dia balik keja,nobody else yg sy bole mintak tlg tgkkan contohnya sy nk mandi or nak buat keja lain.Now dah pandai, dia akan bwk mainan dia semua either dok ats riba sy ataupon letakkan kepala dia sj atas riba sy.For what?to make sure ibu wont go anywhere..just be by my side all the time..smart boy.N what will happen to ibu?Ibu will mntain serabai xmandi,makan main cekup sj apa ada till tis smart boy turn to sleep.Begitula ya kawan2 kehidupan harian sampaila weekend.Jumaat ayah plak mangsanya;D..Tp apa pon,bila dia tido ibu akan cium berkali2 sampai dia merengek2 sedar.Tepuk2 bontot balik..tidola dia..heee..Geram mulut tu!erkkk:p

As usual,sll lari topik.Heh.Kesahnya,pg td ada tazkirah kat bilik seminar library UKM ni.Tgk hebahan dkt e-warga ceramah oleh Ustaz Don.Alaa yg kat tv alhijrah tu,30 min bersama ustaz don tu.Ni ustaz generasi kini,mcm ustaz azhar jugak.Xla boring kita dgr ceramah dia kan.Walaupon keja byk atas meja,xsalah luangkan masa cket utk majlis ilmu.Elok sampai bilik seminar..waaa full house.Kerusi dah habeh org duduk.Dpt berdiri sjla celah2 student tu.Tu pon menyempit.Tp tabikla,sy bole mntain berdiri 2 jam non stop.Xsedar pon.Pandai eh ustaz ni.Dalam gelak2 terkesan jugak di hati.Baru 27 thn rupanya.Pangkat adik ustaz don la ni..sejak bila??:p

Pengerusi ada ty nama dia yg pelik tu.Dia kata salasilah family dia.Yg laki ada don,kalo pompuan ada dona.Dia sebut kalo jumpa kat mana2 ada nama contohnya ainul basyirah dona,tu kakak or adik dia la tu.Masa dia sebut nama tu mcm familiar. Then ada membe gtau kakak dia senior sy masa di smaplabu dulu,betul la ainul basyirah dona tu.Patutla fmiliar masa dia sebut tuh.Xrapat pon,tiba2 sj tumpang glemer kat cni:p Kesimpulannya,terasa jumaat kali ni terisi.Selain terisi sbb setiap kali jumaat baru ayah Adim ada kan..hehe.Last g dgr tazkirah2 ni masa prgnant kot.Masa tu write up tesis,dok kat penang.Adala jugak ikot ayah Adim g kuliah kat masjid.Ada 1 masjid tu kena parking tepi jalan.Pastu kena jalan cket ke masjid tu.Kiri kanannya sawah.Setiap kali lalu ayah Adim akan main2 tolak bininya neh masok sawah.Ada sekali tu tgh sarat mmg betul2 nak jatuh dlm sawah.Senget.Tok imam nampak.Dahla pakai telekung..kekeke.Sekali tok imam lalu ngan moto kapcai sebelah ktrg cakap..'baik2 bini jatuh dlm bendang satgi'..hahah.Rindu plak masa tu:)....


Hepi weeknd all:)

Tuesday, January 10, 2012

Azam

Lama xupdate,wish new year pon tidak,tetiba nk cerita pasal azam.Heh.Masih dalam fasa bz & mcm xakan habeh sj.Ni bersambung marking paper plak.Baru habeh final exam kan.Manuskrip lagi.Smuanya ada dateline.Balik umah mmg xbole nak stay up malam2 dah.By the time Adim zzzz..ibunya pon melepek kat sebelah ketidaklaratan.Kena cr kacip fatimah nampaknya.Jamu mak dara??Xmola,model xcantik langsung.Hah ambik kaklimah beleter!Hiks.

Mgu lepas ayah Adim cuti seminggu utk jaga anak.Bbysitter Adim mintak cuti 3,4 n 5hb.Nak setel anak dia masok drjah 1 srg,masok asrama srg,srg lg apa kaedah ntah.So kena la berperikemanusiaan kan.Tiba tgk jadual hari yg sama sy kena jaga exam.Hoh.Org kat opis dahla xcukup.So mmg x ada pengganti.Whoelse kena bertanggungjawab kan:D..Tp igt senang ke nak tgl baby sehari suntuk dr pkl 730 pg sampai 6 ptg dgn bapaknya.Seminggu sy dok pk.Mmgla ayah Adim mahir mandi anak,bt susu,bg makan semua.Dalam pantang lg dia dah mandikan anak,bgn malam2 tukar pampers bg susu semua and till now.Yg ni sy xmau simpan.I'm proud of him:) Tp nk tgl seharian berdua.Haih.Mcm2 dlm otak.Anak merangkak ke bilik air masa ayah dia tetido,anak tarik kipas timpa atas badan,ayah dia goreng nuget xtutup api.Hahah.Hebat x imaginasi:p

N guess what?Rumah mntain kemas time sy balik keja,anak tido makan teratur.Sampai umah anak dah siap mandi pakai baju cntik2 dh,pgn mkan tgh hari dh siap basuh.Hahah sejuta kali like:D Tp ada kesan cket.Adim sgt manja dgn ayahnya.Bgn tido terus cr ayah soh peluk,ibu cium nak g opis pon buat dunno sj.Sabar sjla..kecik hati ibu tau.Heh.Anyway,i thank him so much, i love him so much..of kos la kan:p..Natijahnya..ntahapaapantah bahasa;p..jumaat sy apply cuti n pg tu kami bertiga pg melaka.Dh terlalu byk kali utk ayah ngnt ibu, tp first time utk Adim.Kemain suka dia:) Tido sana sabtu dkt nak mgrib dh betolak balik kl. Next time ibu ngan ayah ada masa,kita g jalan2 lg.Ok Adim?:)

Eh nk cita pasal azam 2012.Tiap2 thn xpenah ada azam.Aci redah sj.Tp since dah ada komitmen ni,nak berazam la cket kan.Xbole nak list byk cam org lain,1 ke  2 pon jadila labu!:D

I)Ni yang paling utama & akan jd azam tiap2 thn.Jd isteri yang soleh,kawan yang setia,kekasih sejati utk Abdul Mutalib:), the best mother for Adim n the next&next kids, good daughter and sis for my family n FIL.Amin:)

II)Nak enroll PhD at least hujung thn ni.Either local or overC, family will become my priority.

III)Kurangkan shoping barang2 Adim yg lebih kepada kehendak bukan keperluan (duit barai di situ..huhu)

IV)Pregnant?Ini kena KIV dl.Kalo dah enroll PhD,bole la pregnant kot.Hiks.Adim anak master,xsalah hasilkan anak PhD plak.Bak kata ayah Adim,kurang2 kita dah jimat kuota 300 hari cuti kerajaan bg kalo deliver masa study leave.Amboila dia;p

Tu sj la kot.Sket kan azam.Haih sy xreti nak berazam sgt,rasa perkara tu elok,sesuai,mampu,buat sjla.Xpyh teruk2 nak berazam kan.Dahla,p bc blog lain plak.Blog ni xmembantu perkembangan diri;p..Selamat menempuh 2012 semua.Setiap yg dilakukan iringla dgn doa.Anda buat anda dapat;p