OuR JoUrNey~~

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 27, 2011

Sebulan Sudah..(^ ^)

Sebulan sudah Adim arini.Bila sebulan kena la cucuk Hep B.Pagi2 lagi Adim dah kena mandi.Ibu pon mantain sj nak mengunjungi klinik.As usual since malam ni baru talib sampai,tok ngan tok wan Adim la yg drive dan temankan sampai klinik.Lepas 30 hari Adim dah 4.5kg.Patutla berat semacam.Mana xnya,asik nak menyusu sj.Sampai tokwan asik kata tangki Adim besar:D..Masa timbang td dia tenang sj.Buka baju cool.Bukak seluar pon tenang sj.Bukak pampers lagila senyum.Ibu pon letakla atas penimbang.Misi yg 2 org pon bajet bole handle dgn hebatla anak ibu ni.Sekali Adim pancut sambil senyum.Habes kena seluar misi 2 org tuh.Hambik kau:D Melatah2 2 org tuh.Kekekeke.Sgt cute:D..Kecik2 camni comel la anak oii,besar2 esok jgn buat perangai gini k.Penat ayah ngan ibu nak menjawab nanti:D..Dah setel timbang,sesi mencucuk la plak.Time ni Adim tido nyenyak.Dia kalo dah tido selagi x hon kat telinga dia buat apa pon xbangun.Masok srg misi sapu air kat muka.Xjalan.Ibu cium2 cubit2 pipi pon bagai tuang air kat daun keladi.Huhu.Masok la srg misi yg bajet hebat.B*ng*k betol misi neh.Dia g jentik tapak kaki Adim sekuat hati.Teresak2 la baby.Kengkonon nak bagi baby bangun sebelom kena cucuk.Tua k*rep*t punya misi.Dah tu kena cucuk lagi kat peha.First time sy tgk anak menangis keluar air mata.Apa lagi,air mata mak ngan anak sama laju sj.Sayunya hati sy tgk anak teresak2.Ada misi srg tuh dok pujuk saya plak,dia pon tumpang sedeh kot;p.Ada lagi x ibu2 lain cam saya..Sedey taw.Sesak sungguh rasa dada.Seb baik pujuk2 Adim terus lena.Balik sempat singgah kedai makan.Perut kelaparan:P


Malam ni ayah Adim sampai.Semangat2!:p..Esok ada follow up kat hospital.Kes Adim yg masa deliver aritu lemas sebab leaking ketuban.Btw semalam uncle Adim (adik sy) baru beli Ninja.Alkisahnya ibu Adim terlupa masih dalam pantang.Nak la rasa motor yg berharga rm25k tu camana.So uncle Adim pon bwk ibu yg dalam pantang ni pusing2 area uitm.Huk2 tok saya nampak.Balik terus kena leter.Mana ada org dalam pantang tinggal anak g bonceng superbike.Huahua..Ayah Adim sampai ibu nak ajak naik lagi (mode masih xserik).Naik ngan pakwe baru masyuk.Nak peluk baru feel;p


Monday, April 25, 2011

Hobi Baru ^O^

Hepi monday all:) Hepi kah?Biasa2 sj,xla hepi sgt.Akan tetapi xla tegang pon.Cuma pagi ni makcik mengurut xdapat datang mengurut plak.Laki dia xsehat.Ada halangan la tuh maksudnya.Saya dah ready hundred percent nak menyerah diri untuk diurut.Uhhh sedapnya.Sekali makcik tu call husband dia xsehat plak.Bertungku dan berbengkung sj la pagi neh.Owh hobi baru...hehe.Tiap2 petang lepas mandi dalam pkl 530 camtu,adim mesti kena round2 pusing perlis.Siap dah singgah pasar malam ngan kedai makan lagi tau:D.Belom2..ibunya belom lepas pantang lagi.Arini baru 29 hari.Ada lebih kurang separuh perjalanan lagi.Bosanla dok umah petang2.Sekali tok ngan tok wan adim ajak round2 ngan keta.Amboi...senyum sj adim sepanjang dalam keta ya..skit merengek pon xkelihatan.Mungkin comfort aircond kot.Apa lagi parah la ibu dok isi minyak keta.Semalam sampai ke kuala perlis adim cari makan.Ibu pon dah lupa masih dalam pantang.Huahua.Owh xsabarnya nak menjengah shoping complex.Balik penang next week kita ajak ayah jalan2 k;)..Arini adalah hari menunggu result drp Asian Forensic Meeting either saya punya research diterima or x.If diterima sy akan present ongoing research ni di Seoul,Korea on 25-27 Mei neh.Jikalau diterima jugak bermakna 2 mgu berturut2 ibu tinggal Adim since 4hb6-11hb6 ni sy dan talib akan ke London.Bajet anniversary la kengkonon:D..Jalan2 sementara ada rezeki nak berjalan2 neh.Nak bawak Adim masa booking tiket aritu Adim baru 7 hari,baby x ada paspot lagi meh.Adim bagi chance ayah ngan ibu jalan2 dulu la.Next time kalo ada rezeki ibu ngan ayah bawak Adim.Adim beramah mesra ngan tok n tok wan dulu k.Plus kakak di kemaman dah pesan berkali2 jgn bwk anak.Dia susah nak dpt cuti.Time tuh dia dah apply cuti.So Adim main ngan sepupu sepapat dulu ya baby:)

Thursday, April 21, 2011

~Murah Sungguh~

Bukan jualan murah.Tgh2 berpantang gini mana boleh keluar sesuka hati.Hibanya.Yang murah tuh air mata saya:) Since dah berjanji ngan pihak2 tertentu nak balik smbung berpantang kat penang (berpantang sendiri kaedahnya), air mata murah sj jatuh hari2.Sedih tau nak meninggalkan kampung halaman.Semua mak sediakan.Part breastfeed anak sj mak xleh tolong sbb sy sj yg bole bagi anak susu pon.Yang lain sebut sj everything dah depan mata.Dok pk mcm mana nak handle sendiri lepas ni.Celah mana nak mandi,masak,bertungku,pakai bengkung,sidai baju2 baby semua masa talib p kerja.On top of that dok pk macam mana keadaan kami berdua di kl nanti.Uhhhhh xterbayangnya.Nak2 mak skang kalo mandikan adim mesti sebut nanti tok dah xleh mandikan adim.Tok mesti rindu adim.Dah stat mintak nak jaga adim sampai agak keras cket,baru bawak g kl.Owh xkeruan sy nanti kalo tgl anak kat kpg.Mesti terbayang mata dia yg cheeky masa breastfeed.Susah cmana pon kena harung jugak.Mesti kuat semangat!Mgu ni talib xbalik.Ada konsert kat Istana Budaya.Dulu igt besalin awal.So belila 2 tiket.Dah lama xmasok IB.Sekali 1 lagi tiket terpaksa bagi membe.Xpala adim,kita berkonsert berdua sjla kat umah:)

Tuesday, April 19, 2011

Akikah Nadim Raees

Si botak pagi ni...


Bagus tido sj sepanjang kenduri:)


Merelakan rambut dimesin:D


Baru balik dari UNIMAP.Tumpang ofice adik fax document kat Talib.Urgent kot pagi2 call nak doc tuh.Yeah dapatla menghirup udara segar barang seketika masa kuar g kangar td:D Owh still ayah drivekan.Rindunya nak drive.Dah lama seingat saya xpegang stereng.Okeh lepas ni kita pusing penang ya Adim:) Ayah g kerja kita leh ronggeng2:D


Ahad lepas alhamdulillah dah selesai buat majlis akikah Adim.Dah botak anak ibu.Nampak lagi nakal;p..Hmm tp perangai tetap sama.Nak tido mesti kena nangis manja sambil tendang2.Igt rambut dah kena mesin,perangai berubah.Xjugak rupanya.Hihi.Awal bulan depan dah nak balik penang.Xabeh pantang lagi tp dah xtahan sabar nak balik dok bertiga.Camana agaknya keadaan nanti.Bole ke x berpantang sambil urus anak srg2 (siangla...malam talib dah balik kerja xrisau sgt).Practice namanya tuh.Nanti kat kl pon terpaksa berdua ngan Adim.Owh serius air mata takut dah jatuh..saya bole handle anak kecik srg2 ke nanti kat kl?????????




Minggu Lepas Punya~

Selamat pagi.Last week xupdate langsung kan.Ibu yg tengah berpantang ni demam 3 hari.Selera makan hilang terus.Seksanya demam time2 tgh berpantang ni.Xlarat la.Nak urus diri sendiri lagi.Nak breastfeed anak lagi.Nak rehat sungguh2 mmg xdapatla.Baru nak deep sleep,mak dah letak anak kat tepi yg dah 'ek ok,ek ok' merengek nak susu.Mula la rasa give up.Nak marah anak xlogik plak.Haiii sabar sjla.Kalo berpantang sorang2 mau meroyan jadinya.3 hari jugakla skip bertungku.Nak pegang tungku pon xlarat weih.Campo malam Adim buat hal lagi.Menyusu sambil menangis2 manja.Mcm tu keadaannya kalo dia ngantok sgt.Xkan tido direct,mesti nak kena menangis sambil tendang2 kaki dulu.Selesai agenda tuh terus senyap dibuai mimpi.Budak umo xsampai sebulan pon mcm2 perangai eh.Aduhai...Bila saya demam,mak la yg teruk.Dia terpaksala teman kami berdua tido.Saya mmg xlarat nak bangun cepat2 kalo anak nangis nak susu.Masok ari jumaat dah ok.Nak menyambut ayah Adim balik agaknya:p...Tp yg geram Adim sgt behave weekend.1 perangai buruk pon xtunjuk.Tido malam mcm org besar.Tido pkl 1230,bangun pkl 530 pagi..hamboi2....kalo dgn ibu sj,mcm2 perangai dia tunjuk.Xpala,syurga di bwh telapak kaki ibu:)

Monday, April 11, 2011

Half month..

Morning:) Arini Adim dah 15 hari.Muda lagi kan?Hehe.Ibunya pon dah 15 berpantang.Jalan dah xmcm org baru beranak dah.Dah laju.Sampai mak tegor jgn ligat sgt,takut jahit bwh terkoyak,kena repair balik.Ouchhhh nauzubillah.Tp tu la,dah xrasa sakit mula la lupa semua.Siap Sabtu malam lepas kuar malam lagi ngan talib.Anak dah tido,mintak tolong org kat umah tolong tgkkan.Dah tinggalkan EBM sebotol la kot2 Adim terjaga.Menggelabah plak org kat umah xtau nak sumbat apa kan:) Waaa seronoknya bole berpacaran malam2 dalam keta:p.2 minggu berpantang ni asik terperuk kat umah sj.Tido,bangun nyusu anak,tungku pastu bengkung.Tu sjla kejanya ari2.Tp dah nampak hasil.Perut saya dah nampak KEMPIS.Weee.Tp xla mcm zaman2 dok p kelas menari/aerobik before neh.Tp saya yakin selepas 45 hari nanti kembali seperti asal.Wohoooo tingginya keyakinan diri.Cuma part peha ngan lengan ni mmg big trouble la.Muat x agak2nya lepas ni seluar jeans lama.Harus!Harus!Harus kecik kan kesemua aset dalam tempoh berpantang ni.Hukhuk.Breastfeed la Adim sebanyak mana Adim nak.Janji ibu bole kurus balik.Baju kebaya ibu ada 2 pasang lagi xsempat pakai sbb tailor siapkan masa dah 6 bulan preggie.Huhu.Yang penting anniversary ibu bulan 6 ni ibu kena kurus dah.Adim mesti tolong bf byk2 ok!:D Jauh ayah ngan ibu nak celebrate ni:)

Friday, April 8, 2011

~Rukun Tetangga~

Hmm ini kesah 2 malam berturut-turut.Hoho mengantoknya skang neh tp apahal ntah susah sgt nak pejam mata.Takot xalert Adim menangis nak susu agaknya.Kebiasaan time2 camni sumbat earphone dengar lagu kuat2 kat mp3.Pon dah xbole buat.Karang Adim meraung dalam katil dia, xdengar pulak.Alkisahnya mengantok sbb 2 malam berturut2 budak kecik ni segar bugar pada malam hari sambil moncongkan mulut menunjukkan tanda dia xmengantok.Tu la tido siang lama sangat,xpyh la nak buat camana pon.Langsung xsedar.Nak bf pon ibu kena kejutkan.Dahtu stat pkl 12 malam mulala jd rukun tetangga,seperti menjaga kawasan la kira-kiranya.Dahtu x ke ibu pon terpaksa berjaga malam jugak.Malam ni siap!Lepas maghrib ni nak kacau sungguh2 Adim.Jgn tido sampaila waktu tido yg sebenanya.Life berubah 360 darjah dr segi matematiknya.Ibu nak gayut ngan ayah pon xbole.Sms di masa2 selingan sj.Huhu.Tetapi...esok ayah Adim balik.Siap!He has to join us ya.Xbole bersenang lenang tido di malam hari hokey.Ngeee:D

Tuesday, April 5, 2011

Cabaran seterusnya.....

Okeh ni kesah sambungannya....

Lepas Adim discharge ari rabu lepas,bermulalah kehidupan baru kami berdua (Adim di dischargekan pkl 10 mlm..mcm lari dr wad plak kan:p).Whoaaa mencabar betol malam pertama Adim kat umah.Ibunya ni la yg agak tensen.Sakit jahit kat bawah tu agak memberi tekanan yg hebatla.Jahit byk,nak duduk time breastfeed mmg susah.Nak ambik posisi yg betol mmg take time.Dah baby plak kalo dah lapar tu maraung mcm kena gigit semut.Huhu.Seb baik husband byk sgt menolong.Tukar pampers anak tgh2 malam,pujuk dulu Adim sementara ibu dia ni bersedia nak bf,bengkungkan bini,tungkukan bini,urutkan bini.Kalo berterusan mcm ni,anak yg seterusnya bolehla dipertimbangkan:p...heh.Anak laki mmg kuat menyusu eh??Setiap masa nak menyusu.Sudahnya masok ari ke-3 luka kat niples tuh.Saya xsure org lain jadi cam saya ke x.Sakit nya bila anak nak menyusu.Sampai satu tahap sy agak fobia nak bf anak.Dah pam susu masok botol tp Adim mcm xpuas kalo guna botol.Dia mcm refuse puting tiruan tuh.Naluri ibu tinggi,susukan jugak walaupon pedih yg amat.Sambil menyusu anak,air mata menitik2 sakit.Keja husband la plak lap air mata bini.Sedihkan situasi.Hihi.Saya xtau kalo laki saya xada time baru lepas bersalin neh.Proses yg berulang,masok ari ahad paternity leave pon dah habeh.So Talib dah kena balik Penang.Tuhan sj tau mcm mana sy simpan rs susah hati mcm mana nak handle malam tu sorang2.Time salam mntain lagi.Elok dia nak masok kereta sj,sy xtgk pon.Terus masok bilik.Sumpah teresak2 kat bilik.Seb baik Adim tido.Saya rs sy xbole buat keja srg2 malam tu.Atas bawah sakit sgt memberi tekanan.But my boy so behave.Malam tu dia baik sj.N esoknya sy dah xrasa kesan jahit tuh.Alhamdulillah..Stat dr semalam jugak sy dah enjoy my new life.Sebb semua sakit dah hilang kot.Counting days for this coming saturday.Tgu first hero balik setelah berdua-duaan dgn second hero selama seminggu:)..


Footnotes: Adim tgh nyenyak..bolela berblogging..tp dah nak sampai masa bangun dia dah neh.Better get ready:)

Monday, April 4, 2011

I'm Back:)


Assalamulaikum..Dah dekat 10 hari xupdate blog.SAYA DAH JADI IBU!Hehe.Alhamdulillah dah selamat melahirkan baby boy named Nadim Raees Bin Abdul Mutalib pada hari ahad lepas pkl 1142 malam.So entry kali ni nak share experience melahirkan Adim sementara daya ingatan masih hebat nih.Sampai bila2 pon InsyaAllah saya xkan lupa.Mcm tu rupanya sakit nak beranak.Kalo tanya time tuh tobat xmau dah.Sakit yarabbi:).Tapi skang dah xleh nak feel sakit aritu mcm mana.Kuasa tuhan la kan.Kalo x mau semua org beranak sekali saja,camana nak meramaikan umat Nabi Muhammad.Kekekeke.

Ceriteranya gini......

Pagi sabtu lepas,around 530 am camtu saya rasa mcm ada kuar air sket dr **tut**.Xbykla,so malas nak ambik tau.Terus tido (baloq kan:P).Lepas subuh pon sambung tido balik.Pkl 10 camtu bangun nak sarapan,iron baju semua sbb arini dah plan nak p kenduri kawen membe sekolah rendah so tgu nak fetch talib kat stesen bas then terus pegi la perancangannya.Tiba2 sekali lagi ada air kuar.This time agak banyak cket compare ngan pagi td.Ty mak ok ke tak.Mak terus marah sbb xgtau awal.Yg kuar tuh air ketuban rupanya.Saya leaking ketuban rupanya tp xsakit.Kalo lambat anak berkemungkinan lemas.Huaarghh takutnya.Ayah terus call misi kat klinik dekat2 rumah soh datang tengok.Dah misi plak datang sekali ngan ambulans.Dia kata kena cepat sbb leaking dr pkl 530 pagi td.Dah naik ambulans terus la dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah Kangar.Sia2 sjla check up kat PMC.Siap dah booking doktor lagi.Apa2 sjla yang penting anak selamat.N seb baik jugak Talib dah otw.Sampai terus admit wad n drg cucuk antibiotik nak protect baby.Xinduce lagi,still mengharapkan ada contraction.Sampai ke malam xsakit jugak.So doktor decide induce esok pagi sbb kalo sampai esok xdeliver lagi,ketuban dah leaking more than 24 hrs.Seb baik jugak my BF Dr.Faizah dtg temankan kat wad walaupon dia tgh off time tuhTalib tgu saya sepanjang malam tu,tp kat luarla.Hosp government mana leh masok sesuka hati.Huhu.Malam tu jugak sy menangis srg2 kat katil wad sbb rasa lonely,takut,sy nak husband sy ada kat sebelah,takut ada husband sy kecik hati kat mana2 ngan saya.Mcm2 feeling lagi.Xtau pkl bp tetido sdr2 dah pkl 6 pagi.Sharp 7pg doktor masokan ubat kat **tut**.Baru 1 cm bukaan tp sy rasa air ketuban dah nak kering dah.Dalam pkl 1030 camtu sy dah rasa berdenyut cket kat pinggang.Ubat dah react la kot.Masa melawat pkl 1 camtu sy dah berpeluh2 sakit pinggang.Tapi takla sakit sgt.Husband saya tolong picit2 sket.Pkl 130 camtu doktor check bukaan dah 4cm.Terus kena masok labor room.Menangis lagi masa husband,mak ngan ayah saya cium sy (dah nama pon kuat menangis,harusla semua situasi diiringi air mata..hikss).Lain plak ceritanya dalam labor room.Dari sy masok sampai ke petang langsung x ada contraction (ataupon ada tp sy xsedar.Aduhai anak oii,dalam labor room pon nak main2 lagi).So saya disuntik ubat tido so xla saya melopong sj dalam labor room tuh.Sesekali dgr nurse incharge dalam labor room angkat phone.Talib yg asik call direct ke labor room.Hebat husband saya!:p Saya mmg dah separa lalok dah.Tiba2 sj pkl 930 camtu saya rasa sakit yang amat.Kulit perut mengeras,pinggang mcm nak putus n mcm ada bola besar turun ke pelvic area.Tp sy msh mengerang xpanggil sapa2.Cuba nak menahan dulu.Saya pon xsedar proses tuh ambik berapa lama tp sedar2 sy dah menjerit 'saya nak push!'..doktor terus lari n check bukaan n saya dengar dia jerit 'ok 9 cm,get ready!' N dalam masa yg sama jugak 6 org nurse dah keliling saya.Ada yg tolong tekan pinggang,ada yg lap peluh saya,ada yg soh selawat byk2.Pasukan sorak terhebat sy rasa..Hihi.Sy igtkan bila dah sampai masa nak keluarkan baby senang.Nak teran pon payah wei.Plus sy dah kekurangan tenaga sbb lama sgt dalam LR.Sy pon xtau mcm mana serabainya saya waktu tu yg pasti sepanjang nak keluarkan baby tuh saya asik sebut Allahuakbar ngan igt nak keluarkan benih suami saya.Tiba2 saja baby dah ada atas dada sy tp xmenangis.Baby dah quite lemas.Berlari nurse masokkan baby dalam balang oksigen.Owhhh leganya rasa bila dah tgk baby selamat.Hilang sakit yg kalau time tuh saya pegang pokok balak pon leh tercabut pokok balak tuh.Dah siap episiotmy repair (sakit jugak hokey sampai gigit towel masa tgh jahit kat situ walaupon dah dibius),6 gelas milo nurse suap saya.Haus sungguh lepas bertarung nyawa td.Lepas sejam lebih berehat nurse tolak sy kuar dr LR nak masokkan ke wad.Nampak muka talib,mak ngan ayah terus menangis (menangis lagi:p)..Husband peluk bole tahan lagi.Bila mak cium rasa bersalah sgt kalo ada mak terkecik hati ngan saya selama neh.Sakitnya bersalin tuhan sj yang tau.Lupa,baby terus dimasokkan ke NICU sebb lemas.Masa dia kuar td pon kurang menangis.Esoknya sy discharge,tp bby still kena observe for 3 days.Ada hikmah jugak,sempat sy berehat.Sakit jahit kat bawah tu pon agak memberi tekanan jugak.Huhu.Now baby dah bersama ibu dan ayah kat umah n sehat walafiat.Siap ada perangai manja lagi lepas 5 hari bersama kami:)..Nadim Raees,anak pengikat kasih sayang ibu dan ayah,semoga jadi anak yg soleh dan berjaya dunia akhirat.Amin.


(Footnotes: Ada byk lagi nak cerita..next entry k)