OuR JoUrNey~~

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, March 5, 2011

Takdir Tuhan..

Badan ni teramatla letih.Mata ni teramatla lemah.Tp xtido2 jugak.Siap landing lagi kat bilik KPJ Shah Alam.Tp apa org borak,nurse or doktor masok menenangkan patient semua masok telinga.Y i'm here.Xpenah merancang nak travel di kala masok mgu2 akhir nak deliver neh.Dengan kaki tangan yang serba bengkak.Kesahnya mcm ni.Malam td lepas dinner talib cakap dia g jenguk mak dia sekejap.Okla.Sy dok umah sj.Sementelah dah seksis2 depan tv.Waiting for kungfu panda.Selalu dalam setengah jam sj dia ke umah mak dia.Tp sy tgk jam dah 1030.Means dah sejam.Pastu dgr org bukak pintu.Xkecoh2 pon.Selalu dkt pintu dah bising panggil sy si buncit la,mcm2 si lagi.Ni baik sj landing sebelah sy.Pastu ckp.Jom siap.Sy nak sj ketuk.Eeee mesti nak ajak midnite muvie ni.Sy cakapla xlarat.Then dia cakap,'jom siap.Kita g kl skang.Anak kakak baru sj meninggal jap td'.Terkejutla sy.Actually sy due sama ngan kakak ipar sy neh.Mak mertua siap risau lagi yg mana akan kuar dl.Iya la,1 plan bersalin di kl,1 di perlis.Dah ditakdirkan xpanjang umur anak kakak ipar sy ni.So bertolakla kami berempat (sy,talib and PIL) dalam keadaan tergesa2 semalam sbb biras sy gtau dalam tepon doktor xleh operate lagi utk kuarkan baby sbb maknya xbole terima hakikat anak dah meninggal.Lagipon dah cukup bulan.Mgu depan sj pon doktor nak czer sbb baby dia breech (songsang).Kol 5 pg tadi baru sampai Sepang sbb byk kali berenti.Driver nampak teramat mengantuk dan letih.Turun2 sj drp keta dr luar lagi dah boleh dgr kakak ipar sy tengah menangis.Sayunya hati.Talib terus bwk sy ke bilik.Tp sy masih bole dgr dia meratap lagi.Dia kata pg td baby tendang sgt kuat dr kebiasaan,mungkin masa tu baby dah bagi hints kot.Pastu dr tgh hari onwards,baby dah xgerak.Tp lepas maghrib baru dia g check kat hospital.Masa tuh dah xdpt detect heartbeat baby.So dr assumed baby dah meninggal dr tgh hari.Sapa pon xleh terima hakikat kan.Semua barang dah prepare,nama dah ada.Tinggal seminggu sj lagi nak sambut org baru.So doktor mintak bwk kakak ipar sy ni balik umah dulu.Dah tenang,baru dtg balik utk kuarkan baby.Mak mertua sy sjla dok tenangkan dia dr jam 5 pagi td sampai pkl 8.Pkl 8 pagi baru dia mcm redha utk dikeluarkan mayat tuh.Tgk barang2 baby yg diprepare,sy dah kuar air mata.Nauzubillah.InsyaAllah anak sy yang bersama sy 9 bulan ni sehat,selamat dilahirkan.Hari2 sy dgn dia.Dah boleh pegang tapak kaki dia kalo dia tendang ke tepi perut.Mau xsedih tiba2 hilang mcm tuh.So pkl 2 td operate.B4 tuh doktor bedah masok bilik dulu tenangkan dia,terangkan procedure pada family and ambik sign utk consent form.PKl 3 td dah selamat operate.Baby boy.Besar and comel.Cuma agak kebiru-biruan.Maybe dah 24 bours dia meninggal and still dalam air ketuban kot.Dalam keadaan separa sedar kesan bius pon masih menangis kakak ipar sy bila family angkat baby n letak atas badan dia.Sy dok depan pintu bilik sj masa tuh.Xmampu nak tgk.Sbb naluri keibuan sy dah tinggi.....Now tgh berehat kat umah kakak ipar kat Shah Alam.Tgu husband sy uruskan pengebumian mayat di sepang.Semua org dah xbagi sy jalan mana dah.Kaki sy pon dah xmampu..Japg talib sampai terus balik penang.Innalillahwainnailaihirajiun....



(Footnotes:Semalam talib yg packingkan baju.Tp dia xambik tudung.So sy pakai tudung ms dtg semalam sj ngan baju arini.Seluar putih,baju merah n tudung kaler coklat.Sejak akil baligh,nilah fesyen terburuk yang sy pakai.Walaupon dalam keadaan sedih..talib sempat cakap sy mangsa fesyen pagi td.Menciii!!!;p)

2 comments: