Hujan tgh lebat mencurah bumi..(sambungan tajuk kat atas..heee)..So terpaksa memberhentikan writing barang seketika.Bukan sbb tgh menulis dalam hujan tp almaklumla cuaca tgh stimmm..mestila kena berenti utk buat keja2 merapu yang lain kan;) Td godek2 folder kat MyDocuments.Proses penyucian laptop istilah yang lebih tepat kita gunakan;p Nampak ada 1 folder PERSONAL.Dah lama xusik folder ni.Bila bukak ada mcm2 folder lg dalam tu.Umpama folder dalam folder..Hehe.Yg ada mcm fail gaji (penting tuh tau tarikh gaji masok walaupon lupa nak download 2011 punya dr website bendahari ukm), card credit payment (sudah berjaya menyetelkan kad kredit to zero ok..hebatkan!Kalo kredit limit 3 kad yg berjumlah RM21k tu boleh guna tanpa perlu bayar,sy rasa nak terbang ke Amsterdam semata2 nak deliver supaya birth certificate anak sy dr sana..hahah..pastinya kena ketuk ngan laki sy sbb dia ala2 patriotik cket...huh!) serta fail tazkirah (kata ex-Smaplabu..harusla ada saki baki ciri2 warak;p).Dalam celah2 folder tu ada folder named Abdul Mutalib.Sy igtkan dia yg simpan folder dia kat situ.Owh rupanya sy create sendiri.Folder tu utk isi apa2 sj yg dia bagi sy.Mostly tru emel or YM la.Dr 2007 rasanya...Ini masa baru grad neh.Mana ada bunga2 cinta lagi..kutuk mengutuk ada la..Heh.Huarghh smua sy simpan tanpa disedari rupanya.Mcm kad raya hodoh yg dia buat sendiri..dah tu letak gamba dia plak..xcantik langsung kad;p, video lukisan burung tgh bercium (xnotice plak burung tu tgh bercium..senget;D),artikel arkeologi ofice dia pon nak hantar sy (i'm not interested ok..hihi) serta lain lagi.Tp dalam byk2 tu sy suka yg ni.Skang baru nak menghayati walaupon dihantar thn 2008. Tahun 2008 sy masih sesat bersosial di KL lagi okies..Hehe..
TUGAS ISTERI SOLEHAH
TUGAS ISTERI SOLEHAH
“Ustaz, ana mohon nasihat ustaz sebagai bekal menjadi seorang isteri,” kata saya kepada al-Fadhil Ustaz Zainul Asri Hj Ramli beberapa hari sebelum Majlis Perkahwinan saya hujung tahun lalu. Ustaz dalam ketenangannya menyatakan, saya perlu miliki 3 perkara ini untuk ‘hebat’ sebagai seorang isteri.
“Pertama, anti perlu menjadi ‘umman’ (ibu) kepada suami. Kedua, jadilah ‘ukhtan’ (saudara) kepada suami. Dan ketiga, jadilah ‘bintan’ (anak perempuan) kepada suami,” kata ustaz. Selepas itu, ustaz menghuraikan tiga peranan tadi buat anak muridnya ini.
“Pertama, anti perlu menjadi ‘umman’ (ibu) kepada suami. Kedua, jadilah ‘ukhtan’ (saudara) kepada suami. Dan ketiga, jadilah ‘bintan’ (anak perempuan) kepada suami,” kata ustaz. Selepas itu, ustaz menghuraikan tiga peranan tadi buat anak muridnya ini.
UMMAN
Seorang ibu sarat dengan kasih-sayang kerana satu sifat Allah telah difitrahkan dalam diri mereka iaitu ar-Rahim. Hanya wanita mempunyai anggota rahim yang tak dimiliki oleh kaum lelaki. Ibu akan melihat anak-anaknya dengan pandangan cinta sekalipun anak-anak tidak ‘membalas’ cinta ibu. Cinta ibu ibarat langit menaungi bumi dan bumi menemani langit, tidak terpisahkan. Ibu tidak sanggup mengatakan ‘tidak’ kepada anak-anak. Jika mereka mampu, seluruh kemahuan hidupnya adalah untuk anak-anaknya. Walaupun ada ibu berkata ‘tidak’ kepada anak-anak, kata itu bukanlah dari hatinya, sebaliknya dia berdoa di sisi yang lain, moga Tuhan memenuhi apa yang terbaik buat si anak.
Untuk anak-anak, ibu sanggup tidak mengeluh ‘penat’ dan ‘lapar’. Dalam kelaparan dan kepenatannya, ibu tetap akan memastikan anak-anak tidak lapar dan sihat. Hati ibu mahu anak-anak sentiasa gembira dan bahagia. Dia berasa menjadi wanita paling bertuah di dunia apabila anak-anak berjaya dalam hidup. Ibu berdoa kepada Tuhan agar dipanjangkan usia, bukanlah untuk dirinya tetapi untuk terus berbakti kepada anak-anaknya. Ibu bimbang sekali, jika dia tiada siapalah yang akan menguruskan keperluan anak-anak, memasak, menemani anak-anak belajar, memberi kata ransangan dan berdoa untuk mereka. Doa seorang ibu lebih laju daripada kilatan halintar. Mustajab dan mujarab.
Ibu, sepanjang hidupnya adalah menjaga syurga di bawah tapak kakinya adalah untuk anak-anaknya di akhirat kelak.
Dan, sifat ibu ini perlu ada dalam jiwa seorang isteri kepada suaminya.
UKHTAN DAN BINTAN
Ustaz tidak menghuraikan sifat uktan dan bintan secara detail. Ukhtan kata ustaz, peranannya adalah menjadi saudara atau sahabat kepada suami dalam perjalanan dan pekerjaannya. “Berbuallah dengan suami apa sahaja topik ilmu. Jadilah pendengar yang baik kepadanya, berkongsilah cita-cita dan matlamat kebaikan serta menjadi penasihat suami yang ulung. Jangan sesekali berasa ego dengan suami. Jika ada kesilapannya, maka tunggulah waktu yang sesuai (ketika nak tidur) untuk menegurnya. Dan ketika suami marah, jangan sesekali buka mulut. Diam dan dengar sahaja hingga marahnya surut. Jangan melawan atau meleteri suami di waktu dia kepenatan,” kata ustaz.
Bintan adalah sifat ‘anak perempuan’ yang manja, kaletah, comel dan menceriakan orang lain. Sifat ini perlu ada pada seorang isteri untuk menghiburkan suaminya. Apabila suami melihat isterinya, dia berasa tenang dan bahagia. Rasa terhibur atas kaletah isteri yang tidak menjemukan. Dan jangan lupa, pandai ‘bergaya’ dan sentiasa comel keremajaan..
Footnotes: Untuk suami saya yang byk mengalah walaupon xbererti kalah dalam byk hal dengan saya..terima kasih tidak terhingga..i'm trying my best:)
No comments:
Post a Comment