OuR JoUrNey~~

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 30, 2012

Our eid adha

He he he..menyepi lagi as usual;) Salam aidil adha, bp byk daging korang belasah??Sy surrender raya haji kali ni, on off demamla. Raya petama siang (raya petama di penang dl) tu terperap sj dalam bilik.Adim totally ayah n toknya yg handle, ibu xmampu.Berselimut berjaket dalam bilik sj. Malam gerak balik perlis. Siang tu mcm dah xdemam cuma perit kat tekak. G ambik ubat tonsilitis plak dr kabarkan..huhu.Telan ubat sjla..tp okla petang tu cam dah ok.Plus tiba2 ramai membe sms nak dtg umah.Kebetulan mak sy (bukan sy) buat mi rebus petang tu.Pkl 7 dah sold out.Malam org dtg kena masak benda lain plak. Cuma pelik eh ry haji ke-2 ramai org dtg, mcm ada open house plak.Hihi.Esok paginya tuh kami dah kena shoot balik kl sbb isnin sy n ayah adim xcuti.Plus nak singgah bertam sekejap jumpa Dr.Zaf (InsyaAllah spvisor utk PhD sy soon).Alhamdulillah discussion smooth n mintak2 xada masalah masa meeting cuti belajar nt.Ameen:)
 
Pkl 2.15 ptg lbih kurang sambung perjalanan balik ke KL.Ok pkl 2 pg baru sampai kota warisan.Kami anak beranak adalah masak dlm keta.Jem amat amat kronik sepajang 300km ok! Seb baik anak jenis happy happy joy joy boy punya budak sj.Kalo dia meragam mmg meroyan ibunya dalam keta.Huhu.Tolongla org lain beraya kat kl sj next2 time, xpyh sebok2 nak balik kg kalo cuti cket.Biar kami sj balik kpg...erkkkk:p
 
Mgu ni kembali bz.Tp xsbz mgu lepas.Eh sabtu ni Adim dah nak fly ke Amsterdam la:D Agak2 hyper X ni behave x dalam direct flight.Fuhhh2...menadah tangan ke hadrat illahi:D...
 
 
Waaah ibu xexpect adim sgt syg baby..good sign 4 2013 eh;p


Si ainun ni bila nak besar ntah:p anak lg besar dr mak ha..hikhik


Budak baju hijau tu baru balik keliling kampung ngan tokwan naik moto, terjerit2 sampai org tgh bergamba:D


Mcm dia plak yg meeting ngan PM Dr.Zafarina;p
 

Tuesday, October 9, 2012

Nomad

That's me.Minggu ni la.Office telah berpindah but still di Bangi la.Makanya bilik di office baru tu wiring xsiap lg plak.Ofice lama wayar dah berselirat sana cni.Nak gerak masok bilik br xbole, nak patah bilik lama pon xboleh.Sudahnya sy tersadai di library.Nak buat keja smua dokumen dah hanta ke tempat baru, ada stor simpanan.Makanya bersidai bersantaila sy bersama novel-novel di library UKM ini. Heheh. Heaven,mcm cuti plak.Dah 2 hari mcm ni. Cuma yg bosan pakcik library igt sy pon student jugak.Terpaksala mencapap pakai tag kerja setiap masa.Huhu.
 
Alkisah xbyk benda nak tulis mgu ni.Hmm weekend aritu pon shopping complex 1 kl/selangor kami terjah.Misi melengkapkan barang2 travel Adim.Uuuuu serius mahal.Dkt2 1k kelengkapan dia sj.Tp sgt comel bila dia pakai ear muffs bulu2.Hihi.Ibu ngan ayah? Ambik nafas sekejap.Nak ry haji la plak...sekian...
 

Monday, October 1, 2012

Bajet Celebrity!

Salam 1 Oktober.Amacam Bajet 2013??Untuk yang berkenaan la.Nothing new kan.Bonus 1 1/2 gaji is x ada apa2 yang menarik.Lain la 7 bulan gaji (ada bunyi xbersyukur d situ;p).Plus apasal ada rebate 200 utk beli tepon pintar.Xbg duit tu pon belia sgt pintar dalam beli gajet2 ni k.Huh!Apa yg dinantikan sy?Sy menantikan announcement interest rumah utk loan gov zero ataupon kurang2 jd 1%..tiada pengumuman itu so bajet 2013 tidak menggembirakan sy..org lain ikut suka sy peduli apa..heh.Owh lg 1, ptg pengumuman subsidi gula kurang 20 sen, malam kedai mamak depan teh ais dah jd rm1.80.Xsempat nak tgu 2013 dah hah!Ke laut, jom balik topik asal:D
 
Tgk masterchef 2? Sy ikutla jugak kadang2.Kalo dah semua chanel x ada cita menarik so layanla jugak masterchef 2.Sabtu lepas, agak sepetang jugak pusat rawatan islam azzahrah bangi tu.Nak ambik ubat Adim.Bukan demam ataupon apa2.Mcm syok2 xtau nak buat apa ptg tu.Hihi.Lgipon malamnya ayah Adim ajak makan kat restoran Gearbox Bangi tu.So boring2 keluarla rumah dr petang.Ambik krim Adim,ada macam gatal2 (xnampak pon gtal2 tu, puas doktor observed:p) n ubat cacing dia sekali.Terlepas pandang.Adim dah setahun setengah  n seminggu 2 ni dia mcm kurang selera bila bab makan. Bs dia kata try bg ubat cacing.Betul la doktor kat azzahrah suggest ambik ubat cacing sbb dia dah makan segala mak nenek.Hmm harap2 kembali berselerala.Tp berat dia so far xmenyusut lagi, bertambah adala.Mana xnya, susu sekilo xcukup seminggu.Parak!huhu.Ok2 masterchef!Hiks
 
Lepas setel hal ubat, singgah kedai aksesori sekejap.Dekat2 klinik tu jugak.Huruf2 kat plate keta sy luruh la plak.WRG tgl G sj..:D Ha masa tgh tgu org kat kedai lekatkan huruf lalu la 3 org peserta masterchef.Sy igt 2 org sj sbb yg srg ni ala2 azwan ali la dalam masterchef skang n srg lg cam cun sj masa mula2 audition dl.Apa ke namanya hah che lah n etiqa.Yg sorang tu lg xigt sbb xbp cun n dia pon senyap;p Wohoooo baru jd peserta masterchef dh rs cam artis la tuh:p 3 org ni lalu sebelah sy nak lintas jalan, dressing bole tahan dah tu bantai p lemparkan senyuman kat semua org kat kedai tu (bukan senyuman sedekah, senyuman yg merasakan diri ini glemer).Helo cik kak, bukan semua org ada astro, yg ada pon bukan semua org tgk masterchef.Huhuhuhuhu.Waaaa sy xsenyum balik n buat muka bodoh mcm xpenah tgk tv.Kekekeke. Bila perasan xdak srg pon senyum blk, 3 org ni terus jalan (xtaula malu ke x) tp masih control senyum.Haha.Org Malaysia ni bole thn la (termasuk diriku:p). Dah kenal tu apa salahnya senyum balik..Hihihi.Tp sy mmg gini, kalo jumpa artis sll tunjuk mcm xambik tau dunia hiburan.Hahah.
 
Hah igt lagi thun 2010 masa tu kat gerai jeruk ground floor Plaza Masalam Shah Alam (masa tu demam xsilap baru siap buat lab DNA kat UiTM), Ziana Zain ngan husband n 2 anak dia tgh pilih2 jeruk jugak.Masa tu mmg x ada customer lain.Sy dgn xada perasaannya cakap 'excuse me' sbb ziana zain berdiri depan jeruk yg saya nak ambik tu...Tp masa tu mmg xbp cam sgt sbb kat luar tv ziana zain mmg gelap (dlm tv make up tebal kot so npk mcm cerah jugak..huhu). Bajet la xtaksub ngan artis, sampai umah terus menjerit panggil housemate masa tu..'kak kema, kita pilih jeruk ngan ziana zain td..' hahah:D