Salam..Pg ni hujan.Jiwa damai gitu.Pastu semalam dah berazam bulan ramadhan kali ni nak membanyakkan amalan.Cuba maksimumkan.Jd arini rasa jiwa suci murni tulus dan naif.Ahaks:D..Pasang niat, berangan xkena duit so apahal nak risau pasal rugi..Tgk senarai di bawah..yg sy highlight sgt terkesan di hati sy:)..Baca! Sampai Habes!;p
Guide to A Better Life Seorang pesakit kanser pankreas yang meninggal pada tahun 2008 telah menulis sebuah buku yang bertajuk“The Last Lecture” di mana buku ni adalah antara bestsellers pada tahun 2007.
Salah satu legasi yang hebat yang ditinggalkan. Dalam surat beliau kepada isteri nya Jai dan anak-anaknya Dylan, Logan dan Chloe, beliau telah menulis ‘Guide to A Better Life’ untuk menjadi panduan kepada mereka. Diubahsuai dari bahasa inggeris dan dikongsikan melalui forwarded email.
Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan Kita
Personaliti
1. Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya. (ntah2 org lain hutang bersepah;p)
2. Jangan ada perasaan negatif pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini
3. Jangan berlebihan, tetapkan had
4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius (ini serius!~nada wonderpets;p)
5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’
6. Bermimpilah ketika anda berjaga
7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan
8. Lupakan kisah yang lama. Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang (please jgn ungkit..-sejarah akan tetap sejarah)
9. Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa
10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini
11. Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri (org lg suka tgk kita hancur w'pon nampak mcm suka tgk kita berjaya..hmm)
12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat
13. Lebihkan senyum dan ketawa (siapa yg hidup n bekawan ngan sy tau sy sgt kuat gelak..hoho..sbb tu jodoh sy orgnya pendiam;p)
14. Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju
Komuniti
15. Kerap menelefon ahli keluarga (mak konfem dah tiap2 malam bergayut-habeh sekampung jd topik perbualan termasuk arwah Pak Hassan Gajah yg meninggal thn 2001:p)
16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain
17. Maafkan semua orang untuk segala galanya
18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun (i have Adim in d house y'all;p)
19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari (Setiap org yg sy jumpa sy akan senyum n drg senyum balik so more than 3 definitely:D)
20. Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda (Ha ah betul jugak..ada ak kesah;p)
21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka
Kehidupan
22. Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan (Allah tahu apa yg direncanakan..go with the flow)
23. Allah akan mengubati segala galanya
24. Buat perkara yang betul
25. Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah (1, 2, 3 do re mi, apa nak jadi alif ba ta ABC, apa nak jadi akan terjadi hujan pasti berhenti.apokalips!Maklumla baru tgk konsert M.Nasir..kekeke)
26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia
27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba (sll cakap ngan diri sendiri masa bertungkus lumus habeskan master aritu)
28. Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan
29. Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah (doa bangun tido jgn lupa!)
30. Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah
Footnotes: Byk plak yg dihighlightkan.Hehe.Owh esok sy nak shoping bersungguh2!Serang SOGO n Jalan TAR esok.Serius list berjela!Shoping raya dgn izin suami k.Hahah