OuR JoUrNey~~

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 31, 2010

Si lemah & Si demam

Masa menulis ni kat arau.Balik semalam lepas servis baby kat juru autocity.Huhu..sikijap sj,lepas tarawikh malam ni dah kena balik penang,esok sudah bekerja ya wahai penduduk malaysia sekalian.Makanan mcm xsempat nak cover habes lagi.Dah la kejadian makan xberselera berulang lagi.Makan rasa nak terkeluar balik.Dan penyakit ini jugak berjangkit kepada sang suami.Dah 3 hari demam.Pening lagi.Kesian plak tgk dia.Masing2 bukak posa makan sejemput sj.Balik arau semalam pon sy yang drive.Tido saja dia kat sebelah sampai arau.Si lemah dan si demam balik berbuka puasa di arau.Tp sy sayang dia,walaupon demam tetap mengotakan janji nak balik kampung bini.Bagus..harap mengekalkan prestasi sampai akhir hayat k:D..Tiba2 kekurangan idea..sebab lapar kot..hiks..k sambung nanti:)

Thursday, August 26, 2010

1st Visit

Ini semalam punya cerita.Semalam dah stat buat buku pink/merah utk ibu2 mengandung kat Klinik Sungai Dua tu.Tolak campur bahagi darab bagai,dcd buat kat klinik tu sjla.Sebab kat Shah Alam ada fix hari la plak.Takot xleh commit nanti.Cni isnin sampai kamis,ari2 apa pon leh dtg.So bole adjust masa sendiri.Semalam igtkan sekejap sj urusan.Sang suami pon half day la,kekonon cuma nak menemani,eh mestila.Anak sama2,kena sama2 susah.Kalo sorang2 susah xmau buat check up dah lepas2 ni.Hihi.Sekali ngan dia2 sekali kena ambik darah.Screening thalasemia whatever.Oooo dh complex procedure skang.Tp bagus jugak.Credit to nurse2 kat situ.Very nice.Sepanjang half day kat situ xjumpa pon la sesuatu yang mengguris hati nurani.Every thing nak tulis,nak check or nak lekatkan apa2 kat buku pon akan explain dulu to both of us so that xla mcm org hilang pedoman xtau apa2 kan.Bagus2 i like.Jumpa doktor pon sgt baik.Dah stat scan.Weee excitednya dah ada heart beat even sgt kecik.Subhanallah.Masa tu terasa mcm..susah nak explain tp mmg mix feeling.Terharu.Nak nanges xbersebab plak.Tp sebijikla cam iklan susu yg sharifah shahira nanges masa tgh discan tu.Tau x?nanti tgkla balik kat tv.Kekeke.Setel semua dalam 1230 camtu.Balik umah 2-2 keletihan.Bajet nak tido sebentar cuma,pkl 115 hubby nak g kerja.Kita pon kejutla dia.Dah xbangun,malas nak kejut lagi.Sambung tido lagi.Sudahnya,pkl 3 kitrg p beratur beli murtabak yg sedap kat sungai dua neh.Xmasok opis ya.Hihi.Murtabak tu kena cepat,pkl 3 pon dah dekat sejam menunggu.Apatah lagi kalo gatal2 pkl 6 baru nak g beli,mmg bukak posa bwh kemah murtabak tu la ngan tokey serta pekerja2 gerai murtabak tu.Balik masing2 buat kerja masing2.Sila ngadap laptop sendiri.Tp bertahan setengah jam sj.Tu la,sehari kalo laki xajak terjebak ngan perkara2 xberfaedah,mesti dah mcm2 leh sumbang utk negara.Dah ajak tgk catdog plak.Pastu sambung spongebob squarepants tu plak.Pastu?pastu dah pkl 530 la.huhu.Solat siap g bazar ramadhan kat bagan ajam.Xbest.Balik sungai dua jugak.Terkocoh2 jugakla membeli,dah dekat nak bukak kan.Malam td juga berjaya g solat tarawikh kat masjid.Tp buat 8 sj.Tu pon balik makan tembikai terus lena.H mntain buat keja atas katil.Hebat.Xaci,keja dia siap,keja kita xsiap.Tp skang mood mmg malas.Even doktor pon cakap,dia dulu pon malas.Mmgla xalah apa2,tp malas nak buat keja.Rupanya nak kuar anak lelaki.Lelaki dalam perut lagi dah tunjuk perangai malas.Doktor pon leh tahan.hik3.Arini dental check up.G sendiri sj.Keja senang.Kena tgu sebab dentist ada hal kat hosp seberang jaya.Xkesahla sebab bwk buku jugak g klinik tu.Kot2 kena menunggu,got something to do.dalam setengah jam lepas tu nurse cakap.'Puan,5 minit sj lagi.Doktor dah sampai,tgh naik tangga'.Ikot sukala.Sekali hmm keciknya dunia.Doktor yg muncul pon kawan tgk tv kat usm kelantan dulu.Xperasan lak kat board Dr.Sanisah tu Si Sah org kelantan ni.Okeh senang cita.Sikijap sj urusan,bole balik...skang mode nk makan cheezels.So nak g kedai la.Mak ngan mak mertua pesan,apa teringin nak makan selagi xmudarat makan sj.Jgn tahan2..:)

Tuesday, August 24, 2010

Jangan Layan Perasaan Sangat


Begitula pesan org2 yang dah berpengalaman.Asikla mengantok 24 jam.Bangun sahur pkl 445 (sebab laki kena makan,kalo harap diri sendiri lebeh rela berlapar dari buang masa tido..hihi).Panaskan lauk buat air so dalam 515 camtu baru leh makan.Landing seketika tp jgn tido sebab husbandku itu akan ke tempat kerja sebelom pkl 7,nak balik awal petang.So subuh n tgu dia ke tempat kerja,dalam pkl 7 camtu dah bole tido balik.Hoyeh2.Hmm kalo ada apa2 urusan pkl 10 baru makcik terjaga balik ok.Huhu.Nyenyak sungguh.Dahla tu cam semalam,bangun pkl 10,pkl 1130 dah tido balik.Pkl 4 ptg baru bangun.Baru teringat xzohor lagi.Nampak x separuh hariku adalah untuk tido.Org kata ada org baru2 pregnant mmg kuat tido.Xkesahla,mungkin xalah lain,alah yang ni.Tp mak pesan jgn ikot perasaan sangat.So arini tgh try xikot perasaan.See..pkl 947 dah bukak laptop.Ok la tu kan..hik2.Tp tu la takot satgi sudah hanyut kembali sementelah katil ni ha xsampai sejengkal dr meja tulis:P Ok dah nak cita 2-3 hari lepas yg tertinggal.Sabtu ngan ahad lepas balik bukak posa kat arau.Uhhh best.Sebut sj mak mesti masak.Dr penang dah order laksa ngan sambal ikan bilis.Yang lain mak nak masak apa ikot sukala kan.Sambal ikan bilis tu pelik cket.Dia punya teringin tu kan,Allah hai kalo dapat bole nanges kot.Bole sj buat sendiri.Mak mertua pon dah offer nak buat.Tp nak yg mak buat jugak.Dah tu request yg cair.Yg mcm kat dewan makan sekolah dulu.Pelik sungguh.Selalu sambal camtu org xlayan,budak asrama sj dijamu camtu.Tp yg tu jugakla pg ptg siang malam nak.Adakah anakku akan masok asrama penuh mcm mak ayah dia jugak..hak3..amin..:) So mak pon layan sj.Igt saya sorang sj bole makan.Eh hubby pon layan.OKla tuh:D..Esoknya mak buat lopes,ikan bakar,ayam masak merah etc..bercinta nak bagi makanan turun.Mak xbg p tarawikh masjid,sebab 1030 dah nak balik penang.Kalo p tarawikh kat masjid xsempat nak cver makan.So tarawikh di rumah sj.Cepat dan tangkas sket la kan kalo buat sendiri.Hihi.1030 tolak balik penang,kol 12 sampai Sg,Dua.Tp stat dr changlun dah jatuhkan kerusi.Ngantok xbole tahan.Sedar2 dah sampai tol Sg.Dua.Tu pon sebab H slowkan keta.Cuba teka sebab apa slowkan keta?sebab nak byr tol la.Huhu cam haram:P..Semalam g bazar ramadhan ni sebab nak beli tembikai ngan soya.Tp disebabkan ada org jual kek ngan milo ais yg van tu,beli jugak.Kat umah pon makanan dah mcm2.Tamak tu kan perkara biasa bulan posa ni.Keke.Okeh sambung nanti..nak kena g klinik.Nak knfemkan bole buat check up kat klinik panel USM x sebab klinik panel ku 1 di tepi UKM tuh,1 lagi kat PJ.Kehidupanku kini byk di penang so kena guna husband punya..daaaa

Thursday, August 19, 2010

Mengisi Masa Senggang

Skang baru pkl 6 lebih cket.Baru balik pasar ramadhan kat PKNS Shah Alam ngan housemate.Sasaran utama nasi kerabu ngan rojak singapore.Sasaran sampingan popia salut cili ngan McFlurry McD.Keputusan akhir,semua sasaran dapat dicapai dengan mudahnya.Ha!!cakap org makan byk la tu:P..biarla.Jgn sekat selera selagi ada selera makan:D Sebenarnya arini xposa pon.Semalam gatal2 jugak posa.Kebetulan eveything kena setel semalam jugak as arini dah xmasok lab,kena jumpa supervisor,jumpa suplier,jumpa kerani incharge claim (kiranya arini diperuntukkan untuk berjumpa org sjla).So semalam aktif mcm dulu2 jugakla.Jalan dgn lajunya xigt dunia,buat keja mcm lipas kudung sampai lupa there's something that i have to take care of.Pastu tetiba terasa perut mcm cramp..uhhh baru teringat.Aduhai nyesal..take time rehat cket,nak bukak posa dah nak pkl 4 ptg.So dcd posa jugak sampai habeh.Arini baru off.Dah doktor pesan jgn posa nak posa jugak.Besala yg halang tu nak buat sgt,lumrah kejadian manusia.Risau jugak takot jadi benda lain.Tp sampai nak tido malam jugakla perut rasa kejang cket.So malam lepas tarawikh mmg landing sjla kat katil.Arini lak tumpang housemate g uitm utk sesi perjumpaan ngan semua2 yg tersebut kat atas.Yes claim dah sampai stage bendahari.Bagus!Byk jugak tu.Almond london setakat nak buat mandi pon rasanya xdak masalah:P Jumpa suplier n terus submit quotation.Then dapat pasword untuk search jurnal.Mmg hebatla arini.Everything goes very fine..i loike..heee:) So esok pagi bole balik penang dgn tenang dan aman.Sabtu ngan ahad turn bukak posa di perlis ya suamiku sayang..hihi..Laksa mak,sambal ikan bilis mak...alahai..

Tuesday, August 17, 2010

Transport

Pahal pulak dah tajuk transport??Mmgla..sy sudah kembali menjenguk kerja2 yg tertinggal lama di Shah Alam ni setelah bercuti xsedar diri dan sy balik cni dengan menaiki kenderaan awam..huhu.Sudah lama xnaik bas.Tp memandangkan nak balik cni sampai jumaat ni saja dan keputusan dicapai pada saat-saat akhir,bas eagle menjadi pilihan (*xsuka bas eagle sebab penah aircond rosak dan driver dia pura2 baiki padahal xbuat apa2 pon..tp dah laki beli tiket eagle..jgn melawan,kelak masok neraka..huhu).Bas pkl 945 pg dr sungai nibong penang n this time bas jalan sharp.Ada 2-3 kerat sj penumpang so agak selesa..mungkin berkat xmelawan ckp suami:P..Tp kan mcm letak gam kat mata neh.Nyenyak sungguh mengulit mimpi.First sedar kat taiping sebab husband sms ty dah kat mana.Lepas tu 2nd time sedar dah kat rawang..aikk xlalu kah ipoh,tg malim bagai.Dah tido mcm xpenah tido pastu cakap bas xlalu.Hik3.Sampai shah alam malas nak call housemate,ambik cab sj.Lama sungguh xberjumpa housemate,seb baik kami masih kenal antara 1 sama lain.Hak3.Masing2 teramatla bz dengan urusan dunia masing2.Rumah ni pon bayar juz utk letak barang sjla kot.Tp katil rumah ni besttt!!pyh nak explain,tp mmg best.Yang pasti kalo dah landing mmg bercintala nak bangun.Hoho.Tp 1st time dok cni tanpa baby lion.Terasa susah nak gerak tanpa keta,langkah tersekat la cket.Seb baik housemate sudi balik shah alam teman diri ini.Wawawa esok pon dia offer nak hantar g lab.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas K'Kema, housemate tunggal sy:) Tp rindu pada kereta sendiri sukar digambarkan walaupon malas nak bukak MYEG..bukak sj mesti ada saman.Xkisahla,cara sy membalas jasa kerajaan yg bagi scholarship sejak sekolah menengah,masok u,even postgrad yg gaji jalan ni pon masih diberi scholarship..lain org lain cara membalas budi kan (rupanya masih xsedar diri bila masok highway..huhu).Balik cni cam ada perubahan cket.Kan mgu lepas cam xlalu makan,tp td g pasar ramadan ngan k'kema,huish seb baik xbeli semua makanan yg ada kat bazar.Yezza,i think i get back selera makan sy.Td time berbuka,risau2 jugak takot xleh telan,nafsu sj lebeh.sekali nasi lemak ayam yg byk tu,roti john keropok lekor habeh dibaham.Kan hebat tu.Sekejap sjla xlalu makan.Tinggal harapan sjla nak kurus konon 1st trimester neh:P..xkisahla yg pasti pening dah kurang,selera makan dah dpt balik.Nikmat dunia tu.Jgn main2:) N malam ni 1 kejayaan lagi dpt buat balik tarawikh n mengaji,alhamdulillah.tenang jiwa tp seketika la plak.Ni ha tgh bengang..ada 2-3 ekor budak2 xbertamadun dok press motor kat bwh.Harus baling kasut or botol besar sos megi kat dapor yg dah habeh tu kat budak2 ni????
(Footnote: Tahniah Dr.Linda, opismate for d newborn baby.4.16kg..uiii semangatnya:D)

Monday, August 16, 2010

Reward;D


Hihi..emotion back to normal:)..Sangat sengsara 2 mgu yg lepas ok.Huhu.Nampak sj muka dia kuar dr arrival hall pkl 520 camtu,fuhhhh baru leh senyum balik.Haish mcm 1st time bercinta lak.Same goes to him.Cepat sj dia tangkap mukaku ini dalam ramai2 menunggu tu even saya agak kebelakang cket.Petang tu bukak posa agak berselera cket,tp still ngan jeruk ikan mak masak,yg lain xlalu.Hmm xlalu bersebab:0 pagi td time bangun sahur,sy dah buat UPT.Owh mak ai..terangnya line merah yg muncul.Alhamdulillah,cepat rezeki kami.So excited ngan result UPT,excited husband balik lagi petang ni,maknanya berjagala engkau sampai pagi.Mmg xbole tido.So ahad means esok mesti g check kat klinik ok,walaupon knfuse apahal mcm xalah apa2.Cuma xlalu makan n muntah pon masa dok nangis time H call dr sana.Igt muntah mengada.Hik2.Dalam pkl 11 semalam g klinik,cnfirm dah 2 bulan.Oh hoiii..bwk naik gunung kinabalu aritu rupanya.Seb baik selamat semua.Risau bila pk2 balik.Cuma semalam dekat2 nak admit ward.Xcukup air.Xnakkkkk!!we all mintak balik then ptg ni dtg check urine sekali lagi.So in between bole sumbat air byk w'pon peel fresh oren sj yg berselera cket.Ktrg singgah carefour seberang jaya.Pastu rasa nak merapu plak.Singgah nokia outlet.Hmm cadang nak tgk nokia E5 yg baru kuar tu.Xsampai seribu pon.Dpt rm999 full installment.Tp kan,mata sy ni berkenan sgt ngan nokia E72 kaler purple special edition tu.Dan bertambah high bila suami terchenta bersetuju..yeeha sudah semalam hp baru tido dgnku,reward untuk ibu mengandung.Thanks bang:) Lupa kena balik rumah cepat n minum air byk supaya ptg ni result elok cket.Hehe.Sampai umah mmg keja tonggang air sjla.Ptg check dah kurang cket tp still +ve lagi.So doktor tidak membenarkan diri ini berpuasa mgu ini.Skang mcm budak jahat yg sehat walfiat tp tidak posa:D

Saturday, August 14, 2010

It's The Day

Yeah..arini sgt xsabar nak fecth hubby kat airport.Dia sampai pkl 5, tp pkl 330 sy akan ke airport ok.I'm so excited, 2 mgu ni my mood sgt horror.Sgt xmenikmati life kat kampung walaupon di samping keluarga terchenta.Betul la org kata,bila dah kawen laki dulu baru family.Serius..hati sgt xtenang sampai jumpa dia kejap lagi kot.Yes definitely.Semalam dah 2-3 kali terjaga,1 kena ke toilet,1 lagi mmg senang terjaga tido malam skang.Bila dah bangun,mmg susahla nak tido balik.Sudahnya pagi ni dekat pkl 10 baru bangun,seb baik jugakla posa,so xpyh sarapan.Td masa nak stat menulis,mcm2 nak tulis.Pastu ni kehabisan idea plak.Nway cnfirm esok akan byk idea..Hihi..

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan

Tajuk klise?sebab xtau nak letak tajuk apa:)Harini dah stat posa,xtaula posa sy arini selamat or x..harap2 selamat.Semalam cket sgt makanan masok dalam perot.Makan kuar balik,makan kuar balik.Teringat makanan pon dah nak termuntah.Petang sj dapat makan cket sebab lapar sgt2,tu pon lepas makan kena sandar,nak elak kuar balik.Campo pening bagai,so tido saja sepanjang hari.Pkl 4 camtu hubby call,mungkin instinct dia kot.Tp xsempat cakap apa pon,sebab credit habeh.So malam dalam 8 lebih dia call.Sana dalam pkl 2 petang camtu.Mmg terus teresak2 la ngadu.Mix feeling.Rindu,rasa penat muntah,xlarat asik tido sj semua ada.so 4 minit habeh rm40 utk dia dgr sy menangis sj.Kesian dia.Tp lepas dah ngadu,dah ceria balik.Betol2 pompuan kan.Hihi.Dah bole gelak2 ngan parents kat depan tv.Tp dia plak la kot susah hati kat sana.Dekat pkl 10 dia call lagi.Alaaa habeh duit beli top up sj.Call rate dahla tgi.So kali ni buat2 ceria,xmo dia susah hati dah.Nombor baru dia kali ni dah bole sms.Alahai,last day arini baru dpt sms.Tp dah bole cerita mcm2la.Lega cket.So sgt2 nak sampai cepat sabtu ni.Xmau benda lain.Sy nak sabtu ni pkl 5 sj.Really need him dalam keadaan xsehat skang..huhu..Kesimpulannya,tenang cket dapat keep cntact ngan kekasih saya at least sampai pkl 6 ptg ni guna simcard bosnia tu.Sebab flight ke turkey pkl 2..dah gtau xpyh beli simcard baru kat turkey.Bole survive insya Allah esok ngan lusa.Tp dia pon mesti susah hati kalo dgr bini teresak2 sj dalam tepon..huhu.Prob roaming la ni.Siot.Now i realize,dulu sgt sensitive ngan ayah.Skang sgt sensitive ngan husband.Jgn sepatah perkataan pon tersilap,air mata laju ya rabbi.Arini mak masak sambal ikan jenahak utk anak dia ni.Sebab sambal sj yg boleh lalu tekak.Kalo dulu gulai ayam top list,semalam mak masak huhu lalu tepi periuk pon xbole.Haish..nway selamat berpuasa semua:)

Saturday, August 7, 2010

Bring Smile:)

Awal mencoret arini.Bangun pagi bersemangat walaupon perut rasa xsedap..mcm sebu..tau sebu??nak explain pon xtau,xpala yg penting tuan badan xselesa.Bangun pagi ayah dah beli nasi lemak.So habeh sebungkus.Tp rasa xcukup so buat nescafe cicah ngan biskut kering munchys.Mcm gian lak,ari2 makan biskut tu skang.Sejak balik dok umah ni la.Sebab tu sebu kot.Makan over.Seluar ngan baju nampak ok lagi tp baju kurung moden agak melekat di badan.Huhu.Okeh tanda2 nak membesar!xsuka tp lapar..huhu..Then semalam p umah toksu ngan mak,haish warga2 dalam umah tu kata nampak cantik cket badan naik cket lepas kawen.Tidak tahukah mereka kata2 tu sebenarnya telah mengguris perasaan ini..haha.Tp ayah pon cakap camtu,balik kali ni lepas kawen nampak berseri sbb badan berisi cket,adakah sekadar mengambil hati???xkesahla selagi xnampak buruk dalam gambar still ok.Hehe.2-3 hari ni dapat 1 berita yg super mengejutkan about colleaugue.Tp nak tulis kat cni bukannya org kenal pon.Cuma still xpercaya si lelaki bole kawen lain masa bini tgh sarat,n kawen plak ngan kawan sepejabat..means ke 3-3 nya satu tempat kerja.N dulu belajar sama kat kelantan.They all my seniors masa degree dulu.Sampai nya hati lelaki dan perempuan ni....whatever reason,sy xbole terima.Kesian kat wife dia.If i'm her.i will live alone,i'm a doctor..bukan pompuan kampung yg org tua2 tolong pinangkan.N shes so great.Dah la masih di awal perkahwinan,bukan 20-30 thn kawen laki nak buat perangai.Laki dia mmg dah hilang akal..sgt kejam.Nauzubillah..dan sy dah stat benci pompuan perampas tu,dunno how to face her masok opis nanti.Mungkin sy nampak her position bwk tapak kasut sy saja setulusnya:) dah mcm blog anak hayam dah..hak3..Tp rasa benci ni mmg dr hati.Okeh nak tukar tajuk,topik td buat rasa menyampah meluap2..huhu.Y the title is bring smile hah??Hehe..semalam i miss him so much.Bila teringat air mata laju sj.Tp dalam bilik la,kat luar kang org lain perasan plak:P..2 kali jugakla menangis yg bersungguh.Mood mcm swing cket mgu ni.Tu pasal sensitive lebey cket kot.Tp 2-2 kali tgh menangis tu i got call from him.Aura sampai ke bosnia rupanya.Hihi.Yg jadi prob tu sebb ktrg xleh sms n call.Call dr sana sj boleh.Itu yg sengsara tuh.Sy xbole call dia,xmasok.Sengetla.So 2 kali call berjaya mengembalikan senyumanku.Lps tu dah ok.Dah sabtu arini.Sabtu depan dah bole jumpa.Hooray:D..todays punya agenda,nak p kenduri kawen member yg kenal sama2 kursus BTN ke luar negara dulu.Nama dia jasmi,baru sj balik dr finland.Time dalam grup dulu dia srg yg akan ke finland,yg lain cam besala UK,US Aussie semua tu.Staf UNIMAP kalo xsilap.Selalu contact ngan dia lagi lepas BTN tu.Alang2 dah kat perlis,bole la p kenduri dia.Kenduri sebelah pompuan last week kat cheras.Bwk mak ngan ayah escort sementelah hubby tiada di sisi..huhu...okeh nak iron baju dah..babai

Friday, August 6, 2010

2 BULAN

Arini genap 2 bulan kawen..malas nak menulis arini..not in good mood..sy nak cepat2 sabtu depan...sy nak jumpa husband sy sebab am so chronic of missing him!..babai..
(*masa sgt lambat..sy terseksa*)

Wednesday, August 4, 2010

SAKIT

Hehe..sj suka2 nak tulis tajuk camtu.Hmm dah 3 1/2 hari kat umah perlis.Kembali single.Kembali merayau2 ngan mak.Ari2 mintak mak bakar ikan or daging then cicah sambal belacan yg amat pedas,yes skang dah terliur dan satgi nak g sambung makan.Sungguh makan byk.Even g kenduri ngan parents mertua bfore balik perlis aritu pon 3 pinggan.Owh hebat sungguh corak pemakanan.Bapak mertua pon bole perasan n tegor menantu dia makan byk time kenduri tu.Sedap!ada ikan kering ngan sambal belacan kt kenduri tuh.Hmm dok umah mmg best tp hati teringat husband of course la kan.Dahla prob nak berbalas sms.Nak call xbole,nak sms pon xbole.Maxis pon xbole tolong.H pon xleh sms,bole call sj dr sana.Xpala dpt cakap sekejap2 pon.Huhu.Tp rindu mmg sakit la..:) Forward kan ke 14hb8 pkl 5 bole??nak g airport to fetch him:(

Sunday, August 1, 2010

Jiwa Kacau..

Mmg tgh jiwa kacau.Semenjak kawen mana penah xjumpa sampai 2 mgu.W'pon pjj,tp tiap2 mgu jumpa n spend masa lebih dr seminggu cuti.Huhu.Semalam lakiku itu dah ke bosnia 2 mgu.Balik dr airport masok bilik alahai,sedeh nya ngalahkan nak tinggalkan mak.Patutla mak penah kata dulu, 'skang mmg sedeh kalo nak pisah ngan mak,nanti dah kawen lagi sedeh kalo pisah ngan laki'.Serasa mcm betol la.I'm quite independent walaupon mengada.Ke asrama penuh dr form 1, then matriks then masok u,then keja ukm,so setakat nak balik dr umah ke tempat keja/belajar bukan masalah lagi dah.Xnangis dah cm mula2 mak nak balik lepas hantar ke smap labu dulu (bulan posa plak tuh..sadis)..Tp semalam bila laki nak masok brdg hall,sedeh tuh semacam.Seb baik parents mertua mcm ceria2 dalam keta nak balik umah tu.Sempat singgah makan nasi kandar lagi kami bertiga.Tp sampai umah masok bilik,tgk baju dia yg masok setengah sj dalam bakul (selalu kena marah ngan bini sebb xreti masok kan baju betul2 dalam bakul..huhu)..sedeh yg melampau2.Baju2 ada lagi 2-3 helai xbasuh.Xpyh basuh lagila,memerlukan.Bau pon jadila (tindakan normal kan..huhu).Kol 930 dapat sms dia dah kat singapore, tgu flight pkl 11 ke turkey.Sampai bosnia guna simcard sana baru call.Layan cerekarama sampai kol 12,xla igt sgt sedeh tu.Habeh cita masok bilik zzzzzz.Tp pkl 2 terjaga perutku cramping.3rd time jadi mgu ni.Sebelom ni dia urut.Sakit yg rabbi.Tp ni tido sorang2.So menangis la tgh2 malam sorang sambil mengerekot.Y la cramping,xpenah jadi sebelom ni.Huhu.Dalam 230 dah ok,asik nak terkucil la plak.Bp kali ulang g toilet.Sudahnya pagi ni ngantok.Mula plan nak balik perlis pagi ni.Tp parents mertua ajak g kenduri kawen dulu.So lepas zohor japg baru balik perlis...