OuR JoUrNey~~

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 24, 2013

Day 30

Salam.Alhamdulillah passing day 30 arini:D Semuanya dipermudahkan.Ibu ok,baby pon ok.Xmeragam so far.Minum susu then sambung tido bina badan.Heee.Owh kami juga telah merayau merata dah.Part paling tough nak urus si abang tuh,bukan si adik.Keluarkan carseat,abg yang nak duduk.Keluarkan stroller,kena tolak si abg.Haihla.Kadang hampir terlepas jugak rs nak marah tuh.Seb baik setiap kali nak marah teringat pesan mak sy.Setiap kali tepon sebelum letak mesti pesanan2 ni diulang byk kali.'Jaga diri leklok,pgg leklok sara masa mandi,jgn marah adim.Dia xsampai 3 thun pon lagi,xtau apa lagi'.Haih tersemat betul pesanan2 tu.Betol...bila rs nak marah tu,terus teringat suara mak yg mcm halilintar tu part jgn marah adim.Hahah.

Sy berpantang mcm org lain jugak.Bertungku,berbengkung, mengurut bagai.Cuma bab makan sy xbp ketat sgt.Both mak n mak mentua sy simple orgnya.2-2 pon guna prinsip yang sama.Makan serba sikit semua.Baru ada zat nak menyusu anak.Xla anak pon kurus keding sj dek kerana maknya pantang makan segala macam kan.Yep lain org lain penerimaan badannya.Mungkin ada org kalo makan makanan sejuk mcm pisang,terus menggigil badan kot.So far drp time adim dulu sy dh bantai semua benda.Mula2 try sikit.Kalo badan bole terima,baby pon ok so teruskanla makan.Xda la istilah pantang azab xleh makan mcm2 kn.Seriously xpaham apasal org pantang laksa sampai setahun n mcm2 pantang lagila.Kroniknya..

Tu bab pantang.Bab cara nak beranak pon jadi isu gak skang.Hadoi...kenapa semua org makin complicated neh..Gentle birthla,water birthla.Whatever it is,sakit nak beranak tu sama.Bini angkasawan pon second time deliver biasa sj.x repeat pon water birth mcm yg anak 1st tuh.N how do you know induce tu lagi sakit lg natural pain.Sy yg first induce due to leaking tp jalan xbukak,yg second ni natural sj.Masuk 8cm tu kau tetap sakit mcm tu jugak.Saya rs sama sj.Cuma mcm mana cara kita tenangkan diri,ambik nafas semua tu.Again experience la yg penting.Allah kurniakan rs sakit tu supaya kita bole tolak anak kuar.Habeh kalo xsakit,mcm mn nak teran.Lagi byk ilmu lagi complicated gaya hidup kita.Hmmm...

Xmasuk vaccine lagi.Byk google pon susah sebenarnya.Take it simple mommies..huhu

Footnotes: Mgu depan dah bole hanta adim pg school, dah bole masuk lab.Rindu nak tgk DNA yg xkuar2 result lagi so far:p Haih...

Tuesday, December 10, 2013

Life so far...

Assalamualaikum..alhamdulillah berpantang day 17 arini.Dok renung keta sj kaedahnya.Nak sj letak carseat bawak sara jalan2.Sampai kedai masukkan dia dlm carrier then ikut ibu shopping.Boley gitu??Hiks.Ikut hati boley tp ikut suami xbole katanya:D.Huh!Owh lupa nak mention,sy berpantang sendiri this time.Mgu first yang masa baru kuar hospital tu sj mak ngn ayah dtg teman seminggu.Lagi pon lagi senang berpantang rumah sendiri.Kalo balik kampung Adim confirm kena ikut.Nak soh org lain selain bapaknya uruskan dia,sy xcomfortable la.Susah senang biar laki bini sjla tanggung.Anak kedua dah pon,malas nak manja2:D

Berpantang kali ni jugak rs mcm senang sikit compare masa Adim dulu.Luka jahit cpt baik,Sara pon xbyk meragam (Baru tau perbezaan baby boy n girl.Boy asikla nak menyusu,bdn keras tough semacam.Girl byk tido,emah lembut sj,menyusu pon xkerap so ibu byk masa senggang utk bertungku,bengkung xlupa jugak shopping online:D)

Plannya nak berpantang smpai hujung bulan ni sj.1 hb 1 dah nak masuk lab.Xsbar nak pakai baju biasa balik neh.Baju2 pregnant semua dh lipat letak setempat.Habuan masuk stor.Till we meet again..3 or 4 years from now.Erkkk:P EBM stok pon dah menimbun.Alhamdulillah rezeki sara.Gigih buat stok sbb berpantang sekejap xmcm org lain yg tgh bekerja kan.Terima kasih jugak utk Talib yg subsidizekan deep freezer semalam.Speechless bila kedai hanta masa dia kat ofice,xmntak pon.Inisiatif dia tgk stok susu menimbun dlm peti ais kot.Semoga rezeki sara berpanjangan insyaAllah.

Footnotes: Excited nak menjawab if ada org ty anak bp org dah nt..'.i'm mother of two!' Heh

Wednesday, December 4, 2013

Saat yang dinanti:)

Assalamualaikum.Alhamdulillah.Sy dah selamat deliver ahad lepas.Dah 11 hari dah pun arini.So far so good.Second time mesti better than first time kan.Dah ada experience sikit,okla:) Harus buat catatan cepat2 so that precious moment ni akan diingati dan dikenang sampai bila2.Chronology..here we go.Heh.

Due date sy sepatutnya 20hb11.So pg rabu tu sgtla berdebar.Sampai ke malam sikit rs nak beranak pon x ada.Kuar makan malam mcm besa,balik tgk tv...feeling2 mlm tu maybe sakit.Sudahnya bangun esok pagi segar bugar jugak.Hiks.Kamis n jumaat ayah Adim dh stat EL,dia pon naik risau dah baby xnak kuar lagi.Sampai ari sabtu 23hb11.Bangun pagi masuk bilik air ada discas fluid sikit.Hmm..signs la kot kan.Ok nerves:D Ayah Adim asik ty sj pukul bp nak pg hospital.Bertahan dan terus bertahan sbb xsakit then yg kuar tu bukan blood or ketuban.Actually gynea yg consult dr awal pregnancy sy dh bg dateline ahad esoknya if xberanak lg nak induce sbb nampak ketuban mcm xbp nak balance ngan baby dah.Bincang punya bincang ayah Adim pujuk pg hospital malam tu jugak.At least apa2 pon dlm pemantauan dr kan.

So ptg tu setelkan adim n bekalannya pastu drop dia kat umah PIL.Menangis jugak sy time tuh.Risau wei.Beranak tu kan jihad.Antara hidup ngn mati.Takut sgt xdpt jumpa Adim dah lepas tu:( Dah puas plak ayah Adim nak memujuk masa tu.Pssstt...dia pon air mata dah bertakung,takut jugakla tu:P  So sy n ayah Adim sampai Bagan Specialist Centre dlm 830 malam camtu.Ok my gynea is Dr.Low.Senang nak cita lepas ni sebut nama dia terus.Xla meleret2 kan.Elok sampai kaunter Dr.Low lalu,kebetulan dia nak ambik file kat klinik.Xsempat register terus dia mintak staf hanta sy ke atas terus utk buat VE (vaginal examination).

Adala rs sakit sikit2, tp sy pon xpasti contraction betul or dah stat psiko.Hahah.After Dr.Low buat VE,dilate still sama mcm hari rabu lepas.Still 2cm.Ketat lagi tuh.Nak xnak warded jugakla sbb esoknya mmg dah nak kena induce kan.Ayah Adim teman sampai pkul 11mlm then sy mintak dia balik dulu.Adim tido ayah dia kena tepuk.Takut menangis plak first time tido ngan org lain.Tgh2 malam tu apa hal ntah sy rs contraction kuat sgt.Even nurse pon terus stay kat bilik sy nak pantau sbb bila drg letak tgn atas perut sy pon contraction 5 minit sekali.Tp tu la,sy pon xtau apahal contraction on and off.End up sy tetido.Sedar2 dh pukul 6 pg.Nurse kejut mintak sarapan get ready semua utk masuk labor room pkul 630.Dah ready semua,ayah Adim pon sampai.Sempatla dia solat subuh kat umah dulu.

Pkul 8 camtu Dr.Low sampai.Nak buat VE then nak stat induce dah.Sekali dia cakap..'Bagus sudah 5 cm.Xrs apa2 kah?Nampak relaks sj'..Ok nak lompat bintang.Hehe.5 cm means xpyh induce.Just dr akan pecahkan ketuban then tgu smpai 10 cm sjla.

PKul 9 camtu pecahkan ketuban.Haaa mulala episod yg dinanti.Contraction by contraction.Ayah Adim ada dgn sy sepanjang dlm labor room tu.Masa 6 cm bole lg tgk intenet kat phone sama2,gelak.Masuk 7 cm xmampu dah aih.Tgl ayah adim sj bckan yasin la,surah maryam la kat tepi sy.How was contraction?Masok 8 cm tu sy xsedar mana dah.Paut ayah Adim sj.Dipendekkan cerita pkul 1230 sy menjerit nak push.Serentak 4 nurse ngn ayah Adim dh get ready.Owh masa 8 cm tu sy dh stat sedut gas so suara2 sekeliling mcm sayup2 kedengaran sikit.Juggling antara sakit n khayal.Tp still bole dgr suara ayah adim mintak bersabar,suruh mengucap sambil pegang kepala n tangan sy:) Ntah celah mana jugak Dr.Low dh ready dpn kaki sy.Dia cek sekali lagi then sy dgr dia sebut..'ok full,bole push'..Apa lagi dh mmg berazam dr awal xnak ambik masa lama nak keluarkan anak kali ni.Kali ke-3 push dh kuar.Alhamdulillah.Terlepas azab rsnya nampak Dr.Low angkat bby sempurna sifat.Syukur ya Allah.Tepat 1255pm 24hb11 2013,selamat melahirkan baby girl.Sepasang dah anak sy ngan Talib.Semoga Allah sentiasa memberkati keluarga kami insyaAllah..

Ada byk lgi nak story,nt sy smbung k...

Layla Nursara Bt.Abdul Mutalib.Sy rsa mcm lahirkan Adim sekali lagi.Sebijik rupa 2 beradik ni masa baru lahir.Senyum tgk camera.Comelkan:p Semoga membesar menjadi anak yg solehah ya sara:)